Cara Semak Keputusan SPM 2019 Secara Online 5 Mac 2020 | Sekarang ni mesti calon SPM 2019 tengah duk berdebar debar menanti keputusan SPM yang bakal keluar pada hari ini. Bagi yang tak sabar nak dapat keputusan sebelum ke sekolah, anda boleh buat semakan keputusan SPM 2019 secara online yang akan dibuka pada hari ini bermula 10 pagi. Semakan keputusan menerusi laman web hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN berdekatan.
Cara Semak Keputusan SPM 2019 Secara Online
Bagaimana cara untuk semak keputusan SPM 2019 secara online. Sila ikuti langkah langkah dibawah.
1. Sila lawati laman sesawang SPPAT MOE Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia KPM - Semakan Keputusan Peperiksaan UPSR/ SPM/ SPMU/ STAM atau klik saja link kat bawah.
Klik link ini : http://sppat.moe.gov.my/semakan/
2. Masukkan nombor kad pengenalan dan juga angka giliran anda.
3. Klik Semak.
Calon SPM 2019 juga boleh menyemak keputusan melalui mySMS 15888 dengan menaip SPM, jarak, Angka Giliran dan SMS ke 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula 10 pagi, 5 Mac 2020 dan akan ditamatkan 11 Mac pada jam 6 petang.
Semoga anda semua berjaya, insyaAllah. Kepada ibubapa yang turut menanti keputusan anak anak, sama samalah kita terus memberi sokongan dan panduan buat mereka walau apapun keputusan yang mereka perolehi. All the best!