Bina Rumah Banglo Satu Tingkat | Impian setiap orang pastinya ingin memiliki sebuah rumah idaman. KakYa pon ada simpan impian nak bina rumah idaman kat kampung. Tanah dah ada cumanya nak merealiasikan impian tu perlukan lebih masa dan juga perlukan bajet yang sesuai dengan kewangan KakYa dan suami. Zaman sekarang ni kalau nak beli rumah kat kawasan bandar memang mahal harganya dan kadang kadang harga tak masuk akal. Daripada beli rumah kat bandar KakYa pilih untuk Bina Rumah Banglo Satu Tingkatkat kampung sebab KakYa sukakan keindahan alam semulajadi yang jauh dari hiruk pikuk kotaraya. Lagipon KakYa dan suami minat nak tanam pokok buah buahan berdekatan rumah kami nanti. Doakan kami berjaya merealisasikan impian kami. InsyaAllah.
Design Rumah Banglo Satu Tingkat
Rekaan rumah banglo setingkat ini berkonsepkan alam semula jadi di dalam rumah.
Rekaan rumah ini adalah setiap ruang di dalam rumah disambungkan antara satu sama lain dan bertumpukan pada elemen alam semula jadi di dalam rumah ini iaitu open courtyard.
Rekaan open courtyard ini adalah terbuka dan hanya boleh dinikmati oleh pengguna di dalam rumah itu sahaja.
Rekaan landskap courtyard itu terletak kepada cita rasa pengguna. Kemasan luaran rekaan ini bertemakan minimalis dengan minimalkan pengunaan corak dan coping.
Disertakan juga rekaan 'light shelf' pada tingkap untuk melantunkan cahaya semula jadi luar masuk ke dalam ruang tertentu di dalam rumah ini.
Dengan keluasan 5221 kaki²,rekaan banglo setingkat ini mempunyai 5 bilik tidur dan 4 bilik air. Rekaan ini sesuai di mana-mana sahaja lokasi tanah yang berbentuk segi empat sama tidak kira di bandar mahupun di desa.