Lost in Sekutland 2 Bakal Keluar Tak Lama Lagi | Lost in Sekutland 2 kisah kembara kehidupan Tuan Irwan Dahnil di Scotland. Tuan ID cakap buku Lost in Sekutland 2 ni eksklusif dengan content dan tips yang praktikal. Katanya lagi 50 naskah terawal akan dapat sign panjang bersama kad diskaun travel. Yang Lost In Sekutland ritu KakYa beli tak dapat sign Tn ID harap harap Lost in Sekutland 2 ni nanti dapatla tandatangan mahal beliau. Jadi kena la tunggu bila tempoh pre order buku ni nanti.
Jadi kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut mengenai Lost in Sekutland 2, korang boleh Follow pengumuman di channel Tn Irwan Dahnil t.me/idjalanlagi . KakYa opkos laa akan beli untuk yang nombor 2. Sebab KakYa suka baca tulisan Tn ID. Tulisan yang santai dan mudah nak hadam.
Tadaaa ni buku Lost In Sekutland yang pertama. KakYa beli pada 27 april 2017. Ritu ingatnya nak buat riview tapi tertangguh tangguh sampai ke sudah tak buat huhuhu. Tapi yang penting KakYa dah khatam dua tiga empat lima nam kali baca dah ni. Yang ni takde tandatangan dari Tn ID. Tunggu yang nombor 2 la kot, kot ada rezeki dapat yang bertandatangan. InsyaAllah Aamin aamin.