Cara Mohon i-Lestari Tanpa Perlu Daftar i-Akaun | Pihak KWSP telah memudahkan lagi cara pengeluaran i-Lestari KWSP dengan melancarkan sistem baru i-Lestari online. Penambahbaikan ini diharap dapat memberi lebib manfaat kepada ahli berdaftar KWSP.
Cara Permohonan i-Lestari Tanpa Perlu Daftar i-Akaun
Permohonan baharu : Sila baca dan fahami INFO PENTING sebelum meneruskan permohonan.
1. Sila layari https://ilestari.kwsp.gov.my/
2. Pilih Permohonan Baharu
3. Isikan
• Nama Penuh
• No MyKad
• No Telefon Bimbit
• Alamat Emel
• Alamat Rumah
• Poskod
• Bandar
• Negeri
4. Pilih jumlah Amaun DiMohon Sebulan
5. Pilih Bank dan Masukkan No Akaun Bank (Simpanan/Semasa) Aktif.
6. Tanda pada petak pengesahan pengakuan pemohon.
7.Baca dan fahami Perakuan Pemohon dan tekan butang SETUJU
8. Pastikan semua maklumat yang disisi adalah Betul dan Tepat sebelum menekan butang HANTAR.
9. Permohonan pengeluaran anda telah berjaya dihantar.
Semak Status Permohonan Pengeluaran i-Lestari
Semakan status permohonan boleh dibuat dalam tempoh DUA hari selepas permohonan.
Cara semak status permohonan;
1. Sila layari https://ilestari.kwsp.gov.my/
2. Pilih Semak Permohonan
3. Masukkan No MyKad, No Tel Bimbit dan tekan SEMAK.
4. Status permohonan akan terpapar bagi tukuan semakan.
Untuk maklumat lanjut layari https://ilestari. kwsp.gov.my untuk membuat pengeluaran ATAU imbas kod QR yang tertera di laman KWSP.