Iklan AdSense Yang Dah Macam Biskut Chipsmore | Sekejap ada sekejap takde, dah macam iklan biskut Chipsmore dah jadinya. Citernya camni, KakYa dapat email 11 May 2020, iklan AdSense dah approved kat blog KakYa. Your site is now ready to serve ads on AdSense. Yahoooo!!! Masa tu suka hati sangat la sebab dah boleh serve ads. Ya la apa tak happynya lama kot KakYa tunggu, dari 2015 rasanya lepas AdSense banned blog KakYa kerana INVALID CLICK. Ntah la tak paham jugak.
KakYa memang ada TER KLIK iklan tapi takde banyak kali hanya pada mula mula jer sebab iklan dengan template lama tak serasi. Nak klik lain terklik iklan. Last last kena banned. Tak dapat dah letak iklan AdSense kat blog. Maka KakYa pon malas la nak ambik tahu lepas dah jadi lagutu. Ada susah takde pon susah. Biar camtu jer la. Bertahun lamanya....

Last last masa awal Ramadhan baru baru ni, tangan ni tetiba gatal jer email kat AdSense tanya pasal kes KakYa yang dah lama sangat ni. Dapat pulak balasan, diaorang akan check balik lagumana citer. Lepas pada tu KakYa memang rajin la duk tanya sokmo kejap kejap tanya kejap kejap tanya. Diaorang pon naik penat dah kot menjawap tup tup dapat email blog dah boleh letak iklan dah.
Alhamdulillah syukur Ya Allah ada rezeki lagi ngan AdSense. Kalini dah dapat jer iklan menari nari KakYa memang lebih hati hati kot TER KLIK lagi cam dulu. Ok laa dah ada AdSense hati pon bunga bunga la sikit walaupon sehari dapat usd0.15 jer huhuhu. Boleh la dari takde. TAPI! Dalam berjaga jaga tu kan, tetiba jer bukak blog pada satu hari tu tengok tengok iklan dah takde. Missing oiiiii ....

Duk fikir la jugak, apabenda masalah la ni tetiba jer takde. Check email takde apa apa email dari pihak AdSense. Terus chek melalui dashboard blog untuk masuk ke akaun AdSense. Emmmm dapat lagi sekali. Sejarah berulang lagi huhuhu. Lepas dah chek kat dashboard check email lagi sekali ternampak la email dari AdSense. Tapi kalini lain sikit. Bunyinya camni pulak (Ad serving limit placed on your AdSense account). Adoii laa apabenda masalah pulak kalini oiii ...
Lepas dah godek godek baru KakYa tahu apa sebab dia. Isunya invalid traffic concerns. Tarikh isu pada 21 May 2020. Lalu lintas tak sah pulak dah. Jadi di sebabkan masalah ni sekejap ada sekejap takde iklan kat blog KakYa. Katanya akan ambil masa dalam 30 hari atau lebih. Ntah la KakYa pon tak pasti berapa lama.
Kalau ikutkan tarikh isu 21 May 2020 dan sekarang ni sah masuk 24 June 2020. Kiranya dah sebulan jugak la masalah ni. Masalah ni pulak KakYa rasa bukan sebab kita klik iklan sendiri tapi orang lain kot yang klik tapi banyak kali dari alamat IP yang sama kot. Sebab ada tulis kat situ lebih kurang cam gitu la.
Kalau detect kita yang klik memang kena banned la jawapnya. Tapi kali ni bukan sebab sendiri klik. Tu yang duk siasat tu gamaknya, sebab tu laa iklan kat blog kejap ada kejap takde. Sehari dua ada pastu lama seminggu baru muncul balik. Harap harap masalah ni dapat la selesai dengan cepat. Bukan salah KakYa kot kalau ada orang yang kita tak kenal duk klik klik iklan berkali kali. Macam macam hal. Masa takde nak diadakan, bila dah ada jadi laguni pulak dah.