PKPB Seluruh Kelantan Bermula 21 November Sehingga 6 Disember 2020 | Kelantan dikenakan PKPB. PKPB di Kelantan akam berkuatkuasa mulai esok 21 November 2020 sehingga 6 Disember 2020. PKPB di Kelantan membolehkan pihak KKM melakukan ujian saringan secara bersasar selain mengurangkan pergerakan orang awam dan komuniti.
Menteri Kanan Pertahanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Datuk Ismail Sabri mengumumkan Perintah Kawalan Pelaksanaan Bersyarat (PKPB) di Kelantan selama dua minggu mulai esok hingga 6 Disember. Ia berikutan kenaikan mendadak kenaikan kes di negeri ini termasuk 17 kes semalam.
Selain Kelantan, negeri-negeri yang dikenakan PKPB adalah Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan dan Perak.
Dalam Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju untuk menamatkan PKPB di empat negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Kedah, Johor, Melaka dan Terengganu bermula esok.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB masih berkuat kuasa di Kulim, Kedah serta Kota Tinggi dan Mersing, Johor.
Menurut beliau, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan laporan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan.