PKPD Di Daerah Kuantan Bermula 24 May 2021 Sehingga 6 Jun 2021 | Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat pembaca blog KakYa. Alhamdulillah masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik oleh Allah SWT untuk terus menulis diruangan bisu ini. Syukur Ya Allah.
PKPD Di Kuantan
Bermula hari ini 24 May 2021 sehingga 6 Jun 2021, KakYa dan penduduk daerah Kuantan dah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD). Ini bermakna sepanjang dua minggu ni KakYa dan keluarga akan kekal duduk rumah dan tak dapat bergerak ke mana mana. Encik suami masih lagi bekerja seperti biasa.
Sop Am Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Daerah Kuantan, Pahang Darul Makmur
KakYa kongsikan di sini Sop Am Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Daerah Kuantan, Pahang Darul Makmur berkuatkuasa hari ini 24 May 2021. Semoga perkongsian ini dapat memberi maklumat lebih terperinci mengenai SOP yang telah di tetapkan oleh pihak kementerian.
KLIK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS!
Sama samalah kita patuhi prosedur operasi standart (SOP) PKPD yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara. Semoga penduduk daerah Kuantan dapat memberikan kerjasama yang tidak berbelah bahagi bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini. Kalau takde apa apa tujuan yang munasabah, sebaiknya kita kekal berada di rumah.
#PKPDKuantan #PKPD2021 #PKPDDay1 #DaerahKuantan #KuantanPahang #JagaSOP #KitaJagaKita #StaySafe #StayHealthy
#AkifImtiyazDotCom #CoretanHatiLya #Kbba9 #KelabBloggerBenAshaari #Blogger #BloggerPahang #BloggerPantaiTimur #LifestyleBlogger #ParentingBlogger