Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1856

Cara Permohonan Dan Tarikh Pembayaran i-Citra KWSP 2021

$
0
0
Cara Permohonan Dan Tarikh Pembayaran i-Citra KWSP 2021 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyokong inisiatif Kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia yang terjejas akibat pandemik dengan memperkenal 
kan kemudahan pengeluaran baharu i-Citra untuk membantu ahli KWSP mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam jangka masa pendek.


Kerajaan mula-mula sekali memperkenalkan program i-Lestari, i-Sinar dan yang terbaru di umumkan semalam i-Citra bagi meringankan beban kewangan ahli KWSP yang terjejas akibat PKP. 

Pelaksanaan i-Citra KWSP 2021

Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sehingga 5 ribu ringgit dengan kadar bayaran tetap 1 ribu ringgit sebulan untuk tempoh lima bulan, tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli. 

Pelaksanaan i-Citra dijangka dapat menyalurkan 30 bilion ringgit kepada rakyat untuk menampung keperluan harian. 

Cara Permohonan i-Citra KWSP 2021

Ahli boleh mula memohon kemudahan pengeluaran KWSP di portal dalam talian i-Citra di icitra.kwsp.gov.my mulai 15 Julai 2021, dengan pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021. Semua ahli di bawah umur 55 tahun layak untuk memohon i-Citra, yang membolehkan mereka mengeluarkan sehingga maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki di kedua-dua Akaun 1 dan 2.

Cara Pembayaran i-Citra KWSP 2021

Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar untuk tempoh sehingga lima bulan dengan bayaran bulanan sebanyak RM1000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan atau minimum RM50. Nombor telefon bimbit yang telah dikemas kini untuk menerima Transaction Authorisation Code (TAC) dan akaun bank peribadi aktif diperlukan untuk memudahkan proses pembayaran.

Maklumat Lanjut Mengenai i-Citra

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai i-Citra  ahli boleh merujuk laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, atau menghubungi Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.

Sumber: Olahan Teks Ucapan Perdana Menteri  Malaysia 28Jun 2021 dan Laman Sesawang KWSP

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1856