Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1855

Sanah Helwah Ya Muhammad Adam Iman

$
0
0
Sanah Helwah Ya Muhammad Adam Iman | Harini 13 Ogos 2021, hari lahir Iman yang ke 14. Kejap jer masa berlalu, sedar tak sedar dah genap 14 tahun usia Iman hari ini. Barakalah fii umrik. Semoga dengan bertambah usiamu semakin bertambah iman dan sempurna akhlakmu wahai anak. Sanah Helwah Uhibbuki Fillah. Selamat hari lahir, sayang kamu kerana Allah. 

Ucapan selamat hari lahir islamik, ucapan selamat hari lahir anak lelaki, selamat hari lahir anak, happy birthday, sanah helwah, ucapan hari jadi

Selamat Hari Lahir Ke 14 Iman


Selamat hari lahir ke 14 buat anakku Muhammad Adam Iman.  Semoga Iman di panjangkan umur dalam keberkatan, dikurniakan kesihatan yang baik dan diperluaskan pintu pintu rezeki, dikurniakan rezeki berkat melimpah ruah, jadi anak soleh, sentiasa dalam lindungan, rahmat dan redha Allah SWT setiap saat dan ketika dan diterangi hati untuk terus menimba ilmu. 

Ucapan selamat hari lahir islamik, ucapan selamat hari lahir anak lelaki, selamat hari lahir anak, happy birthday, sanah helwah, ucapan hari jadi


Doa Umi Akan Sentiasa Mengiringi Perjalanan Hidupmu 


Doa Umi akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup Iman. Dalam setiap denyut jantung dan nafas Umi, pasti akan Umi selitkan doa terbaik buatmu Iman. Ya Allah kurniakan kebaikan dan kebahagiaan dunia akhirat buat anakku Muhammad Adam Iman. Semoga anakku Muhammad Adam Iman menjadi insan berguna pada agama, bangsa dan negara. InsyaAllah. Aamin aamin Ya Mujib. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1855