Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2022
Jom Masuk Matrikulasi
Permohonan ke Program Matrikulasi ambilan tahun 2022 di buka pada 15 Mac 2022 sehingga 15 April 2022. Permohonan adalah PERCUMA.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang:
Program Matrikulasi KPM:
https://matrikulasi.moe.gov.my
Program Matrikulasi KPM:
https://matrikulasi.moe.gov.my
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa warganegara Malaysia lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019, 2020 dan 2021 yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).
Keterangan Program
Laluan : Laluan Perdana
Nama Program : Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
- Program ini dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.
- Pemohon dikehendaki mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama dua belas (12) bulan atau tiga (3) semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Pemohon yang LULUS PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan DITAWARKAN mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau dua belas (12) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Syarat Dan Kelayakan Asas

- PPISMP dan PISMP dilaksanakan secara Mod Sepenuh Masa.
Syarat Dan Kelayakan Asas
- Warganegara Malaysia.
- Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2022 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2002
- Sihat tubuh badan.
- Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
- Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana lima (5) mata pelajaran.
- Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
i.Bahasa Melayu;
ii. Sejarah; dan
iii.Bahasa Inggeris
- Memenuhi syarat bidang pengkhususan. Rujuk syarat bidang pengkhususan.