Pdpr Hari Pertama Berjalan Lancar
Alhamdulillah harini Isnin 21 Mac 2022 hari pertama Akif melangkah masuk ke tingkatan 1. Hari ni juga merupakan hari pertama Pdpr untuk Akif di tingkatan 1. Kejap jer masa berlalu, sedar tak sedar Akif dah masuk tingkatan 1 dah.
Alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah dengan izin dariMu untuk harini Akif berjaya menuntut ilmu Geografi, Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris dan juga Sejarah tanpa apa apa masalah. Good job buat anak bongsu Umi. Teruskan bersemangat untuk ber Pdpr sehingga sesi persekolahan bersemuka pada 4 April 2022.
Pdpr Geografi
Pdpr Bahasa Melayu
Pdpr Sains
Pdpr Bahasa Inggeris
Pdpr Sejarah
Kekalkan Semangat Untuk Terus Cemerlang Dalam Pelajaran
Umi doakan semoga hari hari mendatang Akif dilapangkan dada dan hati, dipermudahkan urusan dan dikurniakan kecekalan untuk menuntut dan menerima ilmu. Semoga Akif terus bersemangat untuk belajar bersungguh sungguh dan berjaya serta dapat mengekalkan kecemerlangan dalam akademik dan juga kokurikulum. InsyaAllah aamin aamin Ya Mujib.