Menang Hadiah Utama RM100 Giveaway Mamapipie Dan JomJalan
Alhamdulillah syukur Ya Allah, rezeki di hari ke 7 Ramadhan. KakYa menang hadiah utama giveaway anjuran Mamaipie dan JomJalan. Untuk hadiah utama giveaway kalau korang nak tahu hadiahnya ialah wang tunai RM100. Yeay KakYa menang RM100! Rezeki anak anak KakYa.
Giveaway anjuran Mamapipie dan Jom Jalan yang berlangsung selama sebulan bermula 3/3/222 sehingga 3/4/2022 telah menarik peserta dari kalangan blogger seramai 22 orang. KakYa join pada 11/3/2022 dan KakYa peserta ke-18 yang join giveaway ni.
Menang Hadiah Wang Tunai RM100 Penulisan Kreatif Dan Menarik Untuk Post Pilihan Dari Blog Jom Jalan
Semua pemenang hadiah wang tunai seramai 9 orang telah dipilih berdasarkan syarat ke 5 giveaway yang memerlukan blogger memilih salah satu post yang disukai dari blog Jom Jalan beserta dengan link. Terpulang pada blogger nak nak pilih tempat melancong, hotel, tempat makan dan sebagainya.
Blogger perlu menulis secara kreatif dan menarik kenapa dan mengapa post tersebut menjadi pilihan. Ok untuk syarat ke 5 giveaway ni KakYa rasa teruja tau sebab kita sendiri pilih post mana kita suka dan kita perlu ulas mengenai post tersebut dengan cara paling kreatif. Alhamdulillah Allah zahirkan idea buat KakYa untuk menulis dan inilah hasilnya.
https://www.akifimtiyaz.com/2022/03/giveaway-wang-tunai-rm500-mamapipie-dan-jomjalan.html
Terima Kasih Mamapipie Dan Jom Jalan Dan Tahniah Buat Rakan Blogger Yang Lain
Terima kasih buat blogger Mamapipie dan Jom Jalan untuk giveaway yang awesome ini. Terima kasih juga kerana memilih entri KakYa sebagai pilihan hadah Utama. Alhamdulillah. Tahniah juga dari KakYa buat sahabat blogger yang menjadi pemenang dalam giveaway kali ini. Pada sahabat blogger yang lain semoga ada rezeki kalian di lain hari. InsyaAllah. KakYa doakan semoga akan ada lagi giveaway menarik dari Mamapipie dan sahabat blogger yang lain di masa masa akan datang. InsyaAllah.