Mengusung Rindu Versi Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan Dan Zack Zakwan
Mengusung Rindu pernah di popularkan oleh kumpulan SPIN dimana lagu ini merupakan single pertama memperkenalkan mereka dalam industri muzik tanah air. Kini Mengusung Rindu lagu nyanyian asal Achik SPIN tampil dengan versi 2022. Menampilkan Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan & Zack Zakwan dalam versi baru Mengusung Rindu 2022.
Video lagu Mengusung Rindu nyanyian Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan & Zack Zakwan
Lagu ini kedengaran seimbang dan harmoni antara satu sama lain dengan paduan vokal mantap empat suara ini. Persembahan daripada Tajul, Hakiem Rusli, Afieq Shazwan dan juga Zack Zakwan sangat menghiburkan.
Setiap seorang daripada mereka ada aura masing masing. Gandingan yang cukup mantap! Suara semua padu. Semua ada keunikan vokal tersendiri. Part paling best sekali FEEL sampai!
Goodluck in the future Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Tajul Ariff dan Zack Zakwan. KakYa pon dah jatuh suka dengan Mengusung Rindu versi 2022 ni.
Mengusung Rindu Versi 2022 Trending
Mengusung Rindu versi Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan dan Zack Zakwan telah dilancarkan secara rasmi di saluran Youtube rasmi FMC MUSIC SDN BHD pada 28 Julai 2022 dan menduduki carta ke dua trending di Youtube. Good job FMC Music!
Lagu Mengusung Rindu masih mengekalkan melodi asal dan paduan vokal yang menusuk dari Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan dan Zack Zakwan memang sesuai sangat bawa lagu ni dan sedikit sebanyak mengembalikan memori kumpulan SPIN dan allahyarham Achik selaku penyanyi asal lagu Mengusung Rindu.
paling best sekali FEEL sampai!
KakYa paling suka part mendayu dayu dalam lagu ni dibawakan dengan baik oleh empat penyanyi muda ini Tahniah buat keempat empat penyanyi ini kerana dapat membawakan lagu Mengusung Rindu dengan baik tanpa mencacatkan lagu.
Lirik Lagu Mengusung Rindu
Mengusung Rindu
Dalam hati ini ada nama mu
Nama seorang insan yang aku rindu
Dalam diri ini ada sayang mu
Sayangnya diri mu tidak mengerti
Dalam senyuman ini ada tangisan
Tangisan seorang insan terluka
Dalam jiwa ini ada pilunya
Pilu yang membuat aku menangis
Oh hibanya...
Sayu hati... sayu sekali
Melihat engkau berpimpin tangan
Dengan sidia
Sakit hati... sakit sekali
Pabila cinta yang aku beri tak dihargai
Sungguh terhina letih tidak bermaya
Rasa terkilan bunga yang ku puja
Kini mekar harum di jambangan orang
Kau yang ku sayang
Aku yang gundah
Kalau tahu sakit begini
Tidak aku bermain cinta
Kalau tahu siksa begini
Tidak aku menyanyangi mu
Pilu resah di hati ini
Mengusung rindu...…
Lagu: Mengusung Rindu
Nyanyian: Tajul, Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Zack Zakwan
Composer : Abd Hamid Bin Adnan
Lyric : Aminah Binti Abdul Rahman
© 2022 FMC Music Sdn Bhd