Seronoknya Main Game Online Di Plays.org
Assalamualaikum! Hi korang pagini KakYa nak citer kat korang mengenai website online game percuma iaitu Plays.org . Siapa yang tak suka main game kan? Pendek kata kalau tanya kat sorang sorang mesti akan cakap suka main game. Kebanyakan daripada kita memang suka main game waktu terutama waktu santai santai. KakYa pon selalu jugak layan game dengan anak anak kalau ada masa. Sesekali boleh buat hilang stress jugak layan game. Hidup ni kena enjoy barulah tak stress.
Plays.org Menyediakan Lebih Daripada 100 Game Online Free
Plays.org menyediakan lebih daripada 100 game pelbagai versi untuk peminat game online. Paling best game waktu KakYa kecik kecik dulu pon ada kat sini. Kalau korang nak tahu, korang boleh main game di Plays.org secara percuma, tanpa iklan dan tak perlu download aplikasi.
Klik jer Plays.org dah boleh main game kegemaran korang menggunakan komputer, laptop atau smart phone. Mudah dan jimat duit sebab nak main game kat sini tak perlu bayar. Boleh main berapa lama korang nak main.
Pilihan Game Yang Tersedia Di Plays.org
Pelbagai pilihan versi game online menarik yang tersedia kat sini yang korang wajib cuba antaranya;
- Farm Town
- Soldier Legends
- Defentures
- Pocket Racing
Player Favorites Game
- Endless Siage
- King Rugni
- Break The Worm
- Rogue One Boots On The Ground
Room Escape Game
- Lifespan Candle
- Coco Monkey
- Heatwave Antartica
- Plug Me
Education Game
- Garfield Sentences
- Zombie Typing
- Virtual Xylophone
- Bow And Angle
Arcade Classics Game
- Neon Invades
- Parade Pranks
- Pac Chef
- Tetra Blocks
Awe Shoot! Game
- Cannons & Soldiers
- Defend The Sewers
- The Sorcerer
- X-Wing Fighter
Cartoons Game
- Ok Ok Lets Be Heroes
- TMNT Pizza Quest
- Danger Mouse Ultimate
- Powerpuff Girls Unordinary Week
Comics Game
- Avengers Hydra Dash
- Batman Gotham City Speed
- Incredible Hulk Chitauri Takedown
- Spider Man Mysterio Rush
Solitaire Game
- Classic Solitaire
- Spider Solitaire
- Freecell Solitaire
- Mahjong Solitaire
Sports Game
- Nick Ultimate Mini Golf Universe
- Toon Cup 2020
- Backyard Hoops
- Mafia Billiard Tricks
Retro Pixels Game
- MagikMons
- 2 Minute 2 Escape
- Shadoworld Adventure
- Robo Escape
PinBall Game
- Space Adventure Pinball
- Binpall
- Mousetrap
- Foot Chinko
Base Deffence Game
- Kingdom Defence
- Tank Wars
- Frontline
- Hold Position
Simulation Game
- Build And Protect
- Penguin Cafe
- Flight Sim
- Fight Virus
Game Pilihan KakYa Di Plays.org
Penguin Cafe
Dah nama pon layan game santai santai, jadi KakYa pilih game yang santai jer. KakYa try main game Penguin Cafe. Penguin Cafe adalah game dalam kategori Simulation Game. Game ni ada 25 level dan kita perlu dapatkan sasaran yang ditetapkan untuk setiap level bagi melangkah ke level seterusnya.
Cara nak main game ni kita sebagai pelayan cafe dan perlu melayani kehendak pelanggan yang datang untuk menikmati hidangan di cafe. Memula sekali kena carikan meja kosong untuk pelanggan dan jemput pelanggan masuk pastu dapatkan pesanan mereka. Pastikan mereka dihidangkan makanan dan minuman yang betul dengan cepat dan pantas bagi memenuhi sasaran jualan pada peringkat tersebut.
Peringkat satu bermula dengan 10 dan sasaran akan terus meningkat sehingga ke peringkat yang terakhir iaitu peringkat ke 25.
Nak masuk ke peringkat seterusnya, kena dapat sasaran yang ditetapkan. Kalau tak dapat sasaran yang telah ditetapkan maka kita tak dapat bergerak ke peringkat seterusnya tetapi perlu ulang ulang pada tahap yang sama sehingga sasaran tercapai. Hahaha yang ni banyak kali jugak KakYa duk kat tahap sama sebab tak menepati sasaran untuk ke peringkat seterusnya.
Best main game ni sebab ianya menuntut kesabaran dan kecepatan kita dalam melakukan sesuatu kerja. Memang enjoy jer duk main game ni sebab best pulak tengok penguin tu duk terkejar sana sini melayan pelanggan yang datang kat cafe. Layan jugak la sambil buat kerja rumah.
Fight Virus
Fight Virus adalah salah satu game yang ada dalam versi Simulation Game. Main game ni teringat masa waktu puncak COVID19 melanda Malaysia. Makin hari makin tinggi kes. Memang best sebab masa fight tu rasa cam kita duk bahagian depan sebagai frontliner memerangi COVID19. Korang kena main game ni.
Game ni adalah game permainan simulasi hospital di mana kita bertindak sebagai doktor dan jururawat dalam persekitaran hospital untuk mengelakkan sistem daripada terbeban dengan virus COVID19.
Bila-bila masa jer korang melihat simbol virus hijau, klik padanya untuk membersihkan persekitaran daripada tersebar dengan virus. Klik laju laju jangan bagi lepas.
Pastu korang kena klik pada pesakit di kawasan pemeriksaan perubatan untuk menguji mereka adakah mereka dijangkiti COVID19 atau tidak.
Last sekali korang klik pada pesakit di katil hospital untuk membantu mereka pulih dari COVID19 dengan cepat. Memang bes la jugak layan game ni sebab ada sedikit cabaran untuk kita buat agar virus COVID19 tidak tersebar dengan meluas dan berapa yang berjaya sembuh.
Nak Main Game Online? Jom Terjah Plays.org
Kalau korang suka main game online free, tanpa iklan dan tak perlu download apa apa aplikasi, korang boleh cuba main game online di Plays.org . Banyak betul game yang best best kat sini yang boleh korang pilih. Boleh main dengan keluarga dan kawan kawan. KakYa pon masih tengah explore lagini. Duk cari game yang best best untuk main time bosan. Seronok jer layan game sebenarnya tapi jangan sampai kita lalai. Main game sekadar suka suka ok jer takde masalah.