Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1855

Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM 2022 Diumumkan 13 Julai 2023

$
0
0

Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM 2022 Diumumkan 13 Julai 2023

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk tahun 2022 akan diumumkan pada 13 Julai 2023 (Khamis) pada jam 11.30 pagi


Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia STPM 2022 diumumkan pad 13 Julai 2023, tarikh keputusan STPM 2022, keputusan STPM 2023, STPM


Seramai 41,701 calon telah menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 di 659 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. 

Cara Mendapatkan Keputusan STPM 2022

Calon Sekolah Kerajaan/Bantuan Keraajan/swasta/persendirian/individu boleh mendapatkan keputusan masing masing melalui kaedah berikut;

1) Calon Sekolah Kerajaan/Bantuan Kerajaan/swasta boleh memperoleh keputusan peperiksaan STPM 2022 dari sekolah masing masing mulai jam 11.30 pagi pada 13 Julai 2023 atau,

2)  Secara dalam talian di portal Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) melalui pautan ini; http://stpm.mpm.edu.my/stpmK untuk mendapatkan slip keputusan STPM 2022 mulai jam 11.30 pagi pada 13 Julai 2023;  atau,

3) Secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan STPM 2022 dengan menaip STPM<jarak>No.K/P<jarak>Angka Giliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan bermula jam 11.00 pagi pada 13 Julai 2023 (Khamis) sehingga jam 12.00 tengah hari pada 23 Julai 2023 (Ahad).

Selamat maju jaya buat semua calon STPM 2022. Semoga beroleh keputusan yang cemerlang. InsyaAllah.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1855