Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...
Semalam Lya naik angin..Naik angin ni bersebab la bukan tak bersebab.Lama benor duk perati duk tengok duk kelih,benda sama jer sejak dulu sebenarnya..Ok kalau dulu Lya memang KAKI CONTEST dan biasa main TAG Contest pada kawan kawan yang Kaki Contest SAHAJA.Kawan yang tak terlibat dengan Contest memang takde la main main Tag bagai.Tapi kita join Contest takde la TAG orang sehari benda yang sama jer hingga mencecah ratus ratus..CONTEST yang sama hingga kita dah boleh hafal ayat dia dan Contest mana dia join..Kalau tengok kat Facebook dia tak nampak benda lain dah nampak Contest jer.Dah tenggelam habis yang lain lain sebab yang timbul hanya Contest yang sama tu la.Tapi takpe laa tu Wall dia,ikut suka dia la kan tapi bila terlibat dengan TAG nama kita tu yang kita hangin sikit tu..
Adoiilaaa seyess sakit kepala jugak laaaa bila tengok notifications berlambak lambak kat Facebook.
Mahu tak hangin.Nak marah pon ada.Kalau dulu Lya senyap jer,SENYAP agar SI TEGAR ini akan berubah,tapi bila kita senyap dan berdiam diri tanpa tindakan,dia punya aksi makin mendabik dada la pulak.Sekejap sekejap TAG,sekejap sekejap TAG.Macam takde kerja lain kot duk hadap Facebook layan Contest jer ke.Agak agak Lya la kan,mungkin HP dia ni selalu duk kat tangan gamaknya,sebab waktu dia duk TAG nama tu sekejap sekejap sangat.Lip lap lip lap naik notifications hingga kita yang duk menaip ni jadi serabut dan SAKIT HATI.
Bukan nak marah sangat,bukan nak kata sangat tapi kalau dah melebih hingga tahap ni kena la kita tegur.Kita tegur cara baik,tak nak la buat orang marah kat kita.Tapi bila dah tegur kat Private Message dia buat tak peduli,BACA PON TIDAK !! (Sibuk kot hingga tak terpandang mesej kita tu),maka cara paling WIN kita UP status la kan !.UP STATUS dengan harapan SI EMPUNYA diri TERPANDANG dan TERBACA status tersebut,moga moga berubah la hendaknya.Lepas ni takde la sehari duk TAG benda sama jer hingga kita naik LOYA.Nak muntah tengok benda sama jer...
Ok tu jer la nak membebel kat blog untuk hari ini.Sebenarnya bukan nak bebel sangat tapi nak bagi ingatan jer.Pasni jangan la buat gitu lagi tau.Penat dah kita.Kita nak rehat nak layan Facebook sesekali tapi tup tap tup tap duk TAG nama..Parah la camtu..Nak bukak Facebook rasa tak seronok dah..Alahai nasib kau la Lya !!!