Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...
Observation Tower Legoland Johor Bharu Malaysia
Ketinggian minimum untuk menaiki Observation Tower,120 sm dan jika ditemani orang dewasa tiada had tertentu dikenakan.Umur minimum 1 tahun dan tiada had umur sekiranya ditemani oleh orang dewasa.Kalau nak naik kena ukur ketinggian dulu tau..Tapi nak naik bersama family tak yah nak ukur ukur bagai ..Naik jer.
Observation Tower Legoland Johor Bharu Malaysia.Tinggi jugak ni tengok dari bawah..Mula mula pandang Observation Tower ni ..teringat pulak Menara Taming Sari kat Melaka,sebijik dah rupa bentuk cam Menara Taming Sari..
Ni acara WAJIB...Jom bergambar duluuu...Datang jauh jauh kenala ambik gambar..Buat kenang kenangan..Bila lagi laaa ada peluang datang sini lagi..Sementara ada peluang ni kita rakam gambar pepuass ya anak anak..
Meh Umi pon nak masuk kamera gak..Asyik muka Akif jer masuk kamera..Sesekali Umi tumpang sekaki ..Tu pon Akif takde..Kalau dia ada kat sebelah ni..Tak muat Umi nak bergambar ngan Kakak dan Abang Iman..Kikikikikiki..
Nahhh..tak gayat dah dia..Siap boleh gelak gelak gerak sana sini lagi tuu..Pastu sip boleh snap gambar lagi..Kalau dulu masa naik menara Taming Sari langsung tak buat apa2..Cakap pon tak sebab gayat..Kali ni alhamdulillah dia dah tak gayat lagi..
Pemandangan Menarik Dari Observation Tower Legoland
Observation Tower akan membawa kita naik ke atas dengan cara berputar.Jadi kita dapat tengok keseluruhan kawasan kat legoland dan juga kawasan sekitar legoland dengan lebih jelas...Bila dah naik benda ni..memang tak sah laa kalau tak tengok kat bawah..mesti nak tengok jugak kan kan kan..Nah kita kongsi satu dua gambar dari atas untuk tatapan pembaca blog Lya.
Ok citer Observation Tower tamat kat sini...Kita jumpa lagi untuk cerita menarik lain sepanjang kami di Legoland.Nak baca cerita kami kat Legoland boleh KLIk link kat bawah ya..Jumpa lagi..Terima kasih sudi jadi pembaca di www.akifimtiyaz.com