Pendaftaran Sekolah Menengah Kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia Kini Di Buka.Permohonan Ke Sekolah Menengah Kawalan Tingkatan Satu Ambilan 2017 boleh dilakukan bermula 1 September 2016 sehingga 30 September 2016 melalui sistem pendaftaran atas talian.
Sistem Pendaftaran Atas Talian Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah kawalan dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan untuk memudahkan permohonan ke tingkatan Satu bagi pelajar-pelajar yang layak mendaftar.Sistem ini menggantikan sistem sebelum ini yang banyak menggunakan borang dan perlu diisi secara manual.Sistem ini akan diguna pakai oleh ibu bapa/penjaga pelajar pelajar yang akan memasuki tingkatan 1.Ibu bapa/ penjaga perlu mendaftar sebagai pengguna baru terlebih dahulu sebelum membuat permohonan.Setiap sekolah di setiap daerah dan negeri mempunyai syarat syarat yang berbeza,justeru itu, ibu bapa/ penjaga dinasihatkan untuk membaca Panduan Am yang disediakan dengan teliti. Hanya pelajar-pelajar yang memenuhi syarat layak memohon sekolah yang diinginkan.
Sistem Pendaftaran Atas Talian boleh dicapai melalui alamat berikut : https://public.moe.gov.my Browser yang sesuai digunakan adalah Internet Explorer (IE) 7 ke atas dengan resolusi paparan adalah 1024 X 768 pixel atau Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas atau Google Chrome.
Hari ni Lya berkesempatan untuk mendaftarkan Insyirah bagi memohon sekolah kawalan menengah pilihan Insyirah...Alhamdulillah dipermudahkan untuk isi segala butiran lengkap dan sistem pendaftaran atas talian sangat mudah untuk di guna pakai dan memberikan kerjasama baik sepanjang proses pendaftaran..
Bagi pengguna baru,anda perlu daftar dahulu untuk masuk..Nombor daftar masuk adalah nombor kad pengenalan ibubapa pelajar disertai kata laluan yang telah dipilih.
Setelah berjaya mendaftar masuk..pilih senarai sistem Sekolah Kawalan Menengah dan anda boleh mendaftarkan anak anda berdasarkan maklumat yang dikehendaki...
Maklumat Murid
Maklumat Penjaga
Maklumat Permohonan
Setelah semua maklumat lengkap diisi,anda boleh buat semakan terakhir sebelum menghantar permohonan anda..
Ok jika permohonan anda berjaya..Akan keluar satu POP UP "PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN MENENGAH anda telah berjaya dihantar" .. Klik Ok..
Untuk lebih kepastian anda boleh buat semakan sekali lagi..Jika berjaya,Status pada kotak Semakan Permohonan ke Sekolah Kawalan akan ada lambang "S" bermakna permohonan anda telah dihantar dengan selamat.Ok dah selamat buat semakan,kalau anda nak cetak surat permohonan boleh KLIK kat ruangan Cetak Surat Permohonan dan anda akan dapat tiga cetakan bercetak seperti di bawah..
Pendaftaran Sekolah Menengah Kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia Untuk Insyirah
Hari ni Lya berkesempatan untuk mendaftarkan Insyirah bagi memohon sekolah kawalan menengah pilihan Insyirah...Alhamdulillah dipermudahkan untuk isi segala butiran lengkap dan sistem pendaftaran atas talian sangat mudah untuk di guna pakai dan memberikan kerjasama baik sepanjang proses pendaftaran..
Bagi pengguna baru,anda perlu daftar dahulu untuk masuk..Nombor daftar masuk adalah nombor kad pengenalan ibubapa pelajar disertai kata laluan yang telah dipilih.
Setelah berjaya mendaftar masuk..pilih senarai sistem Sekolah Kawalan Menengah dan anda boleh mendaftarkan anak anda berdasarkan maklumat yang dikehendaki...
Maklumat Murid
Maklumat Penjaga
Maklumat Permohonan
Setelah semua maklumat lengkap diisi,anda boleh buat semakan terakhir sebelum menghantar permohonan anda..
Klik pada bahagian SERAH PERMOHONAN setelah anda yakin semua maklumat yang anda isi BETUL dan LENGKAP.
Ok jika permohonan anda berjaya..Akan keluar satu POP UP "PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN MENENGAH anda telah berjaya dihantar" .. Klik Ok..
Untuk lebih kepastian anda boleh buat semakan sekali lagi..Jika berjaya,Status pada kotak Semakan Permohonan ke Sekolah Kawalan akan ada lambang "S" bermakna permohonan anda telah dihantar dengan selamat.Ok dah selamat buat semakan,kalau anda nak cetak surat permohonan boleh KLIK kat ruangan Cetak Surat Permohonan dan anda akan dapat tiga cetakan bercetak seperti di bawah..
Semoga anda ibubapa calon pelajar tingkatan satu 2017,dapat mengisi borang Pendaftaran Sekolah Menengah Kawalan Kementerian Pendidikan Malaysia secepat yang boleh agar tidak terlupa di kemudian hari..Tempoh mengisi borang dan menghantar borang permohonan bermula pada 1 September 2016 dan akan berakhir pada 30 September 2016.Semoga berjaya dan dipermudahkan segala urusan anda..