Ketahui Rotavirus,cara penularan,rawatan serta pencegahan daripada dijangkiti.
Apa Itu Rotavirus
Rotavirus adalah sejenis virus penyebab lazim cirit birit teruk atau AGE dikalangan kanak kanak berumur lima tahun ke bawah.Rotavirus menyebabkan cirit birit teruk,demam,sakit perut dan juga muntah.Cirit birit teruk boleh menyebabkan dehidrasi dan kematian jika tidak dirawat segera.
Cara Penularan Rotavirus
Rotavirus boleh menular melalui makanan dan air yang telah tercemar.Di pusat jagaan kanak kanak virua boleh mencemari permukaan dan permainan kanak kanak.
Cara Rawatan Rotavirus
Cara rawatan Rotavirus tidak spesifik.Rehidrasi untuk elakkan dehidrasi dan kompilasi.
Cara Mengelakkan Penularan Rotavirus
- Jangan bawa anak anak anak yang mengalami cirit birit mandi dalam kolam mandi/renang awam.
- Elakkan mandi bersama lampin pakai buang.
- Dilarang menghantar anak yang mengalami cirit birit ke sekolah,tadika atau taska.
- Pengusaha taska perlu memastikan permukaan lantai dan permainan kanak kanak dibuat disenfeksi setiap hari.
- Basuh tangan dengan air bersih selepas memgendalikan anak sebelum menyediakan makanan atau sebelum mengendalikan anak anak lain.
- Sentiasa amalkan kebersihan diri dan persekitaran yang bersih.
UNTUK MENCEGAH GEJALA ROTAVIRUS TERUK,PASTIKAN ANDA MENDAPAT SUNTIKAN VAKSIN DI KLINIK DAN JUGA HOSPITAL.