Semakin hari semakin banyak ancaman jenayah terhadap anak anak kecil seperti culik,rogil,dan juga jenayah pencabulan yang sedikit sebanyak amat membimbangkan kita yang bergelar ibubapa.Banyak jenayah dan kisah memyentuh hati berlaku dikalangan kanak kanak.
Sesetengah kejadian jenayah sekarang ni kadang kala macam tak masuk akal apabila ada di kalangan kita tergamak merogol kanak kanak bawah umur.Tapi itulah hakikat yang terpaksa kita terima dalam keadaan sekarang.
Sebagai ibubapa,walau seprihatin manapon kita,kita memang tidak mampu untuk mengawal keselamatan anak 24 jam.Anak anak perlu ke tadika,taska,sekolah atau rumah pengasuh..Jadi sebagai ibubapa bagaimana kita hendak memastikan mereka selamat.
Pendidikan awal tentang menjaga keselamatan diri sendiri sejak anak usia kecil perlu dititikberatkan ibubapa.Mungkin dengan menggunakan kaedah teknologi dan cara persembahan yang kreatif dan menarik, anak-anak lebih memahami mengapa mereka perlu menjaga keselamatan diri dan bagaimana sentuhan yang selamat atau tidak selamat terhadap diri mereka.
Video di bawah Lya dapat dari group WhatsApp..Semoga video ini bermanfaat untuk kita ibubapa dan juga anak anak...
Kami mengalu-alukan ibu-bapa dan guru-guru untuk berkongsi video ini dengan anak-anak serta murid-murid agar mereka tahu batasan tubuh badan mereka yang boleh dan tidak boleh disentuh oleh orang lain. Video ini juga menerangkan langkah-langkah yang patut diambil oleh anak-anak sekiranya hak mereka dicabuli. Video yang diilhamkan oleh team MAP ini sangat menarik dan mudah untuk difahami oleh kanak-kanak seawal umur 4 tahun.
Kami juga menggesa kepada para ibu khususnya untuk tidak mengambil ringan sekiranya anak anda ada mengadu atau bercerita tentang perkara yang tidak sepatutnya dilakukan terhadap mereka. Jangan biarkan sehingga terlambat! Selamatkan anak-anak kita. Mereka merupakan tanggungjawab dan amanah buat kita.
#saynoto2P
#saynotochildgrooming
#tubuhsayamaruahsaya
Mothers Against Pornography