Ketam Betina Banyak Isi | Hari ni Lya rasa nak kongsikan satu tips untuk sahabat sahabat Lya.Lya harap tips yang Lya kongsikan kat sini boleh di manfaatkan untuk kita bersama.Tips apa tu Lya ?..Ok Lya nak kongsikan Tips Memilih Ketam Yang Banyak Isi.Korang yang suka makan ketam,tahu tak tips pilih ketam yang padat isi ?..Mesti best kan kalau dapat ketam yang padat isinya.Kalau dapat ketam yang padat isi barula puas makan anak beranak.Tak gitu ??
Tips Pilih Ketam Yang Banyak Isi
Kalau nak ketam yang banyak isi.Sila pilih ketam betina.Sebab apa kena pilih ketam betina.Sebab ketam betina lebih banyak isi berbanding ketam jantan.Aikk ada ketam jantan ada ketam betina jugak ke?..Ya ada ada cuma ramai daripada kita yang tak tau nak bezakan mana satu ketam betina mana satu ketam jantan.Jadi Lya kongsikan untuk koramg cara yang korang boleh guna untuk MENGENALI mana satu ketam betina mana satu ketam jantan.
Ketam betina ni kalau tengok betul betul nampak LEBIH GEBU berbanding ketam jantan.Kat mana gebunya tuuuu..Kena tengok betul betul ketam tu baru nampak kegebuannya..Hehehee..
Ketam betina ni kalau tengok betul betul nampak LEBIH GEBU berbanding ketam jantan.Kat mana gebunya tuuuu..Kena tengok betul betul ketam tu baru nampak kegebuannya..Hehehee..
Tengok pulak warna sepit ketam.Jika warna sepitnya biru,itu ketam jantan.Jika warna sepitnya coklat kemerahan itu ketam betina la tu.Kalau tak kenal sepit ketam sila cubit pipit atau peha korang,rasa sakit tak ? Kalau rasa sakit,tu laa sepit ketam namanya.Aihhh takde laa..sepit ketam duk kat badan ketam la..
Selain warna sepit ketam,kena tengok saiz sepit jugak.Jika sepit kurus dan panjang itu ketam jantan.Ketam betina pula sepitnya bulat dan pendek jer.
Kalau korang nak pilih ketam jangan tengok bahagian atas cengkerang jer.Korang kena tengok juga bahagian bawah.Bahagian bawah ketam tengok kat kawasan berbentuk segi tiga.Kalau kecil bentuknya,tu ketam jantan.Kalau besar bentuknya tu ketam betina.
Satu lagi cara nak tau ketam jantan atau ketam betina.Tengok kat bahagian bawah ada selonggok telur berwarna kuning.Kalau ada telur tu ketam betina.Ketam jantan mana ada telur...hehehe..
Ok setakat ni jer perkongsian tips dari Lya.Nanti Lya kongsikan lagi tips menarik untuk korang semua.Tq tau sudi.singgah blog kita.Jangan lupa tinggalkan jejak,nanti ada masa Lya singgah blog korang.