Selamat Hari Wanita Untuk Anda Yang Bergelar WANITA | Alhamdulillah hari ini 8 Mac 2017 adalah HARI WANITA SEDUNIA. Selamat Hari Wanita untuk semua wanita di seluruh dunia. Lya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI WANITA buat semua sahabat Lya yang bergelar WANITA.
WANITA
❤ Tercipta Daripada Rusuk Lelaki,
Bukan Dari Kepala Untuk Dijunjungi,
Bukan Juga Dari Kaki Untuk Dialasi,
Tapi Dekat Dibahu Untuk Dilindungi,
Dekat Jua Dihati Untuk Disayangi,
WANITA hiasan duniawi ...❤
❤ Sayangi Diri ..Kasihi Diri .. Kerana Dirimu Begitu Berharga..
WANITA HEBAT
Wanita hebat bukan kerana dia cantik
Wanita hebat bukan kerana dia kaya
Wanita hebat bukan kerana dia pintar
Dan bukan pula kerana disampingnya ada lelaki kacak dan kaya
Tapi wanita hebat adalah :
Wanita yang mampu terus berdiri menyelesaikan masalahnya
Mampu berdoa dan percaya kepada Allah sumber kekuatan
Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan
Bersabar saat tertekan
Tersenyum saat hati menangis
Diam saat terhina
Mempesona kerana memaafkan
Mampu membalut luka hati dengan sabar
Mampu memadam amarah dengan istighfar
Mampu menghapus dendam dengan maaf.
Wanita hebat bukan kerana dia cantik
Wanita hebat bukan kerana dia kaya
Wanita hebat bukan kerana dia pintar
Dan bukan pula kerana disampingnya ada lelaki kacak dan kaya
Tapi wanita hebat adalah :
Wanita yang mampu terus berdiri menyelesaikan masalahnya
Mampu berdoa dan percaya kepada Allah sumber kekuatan
Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan
Bersabar saat tertekan
Tersenyum saat hati menangis
Diam saat terhina
Mempesona kerana memaafkan
Mampu membalut luka hati dengan sabar
Mampu memadam amarah dengan istighfar
Mampu menghapus dendam dengan maaf.
Sesungguhnya WANITA adalah ciptaan Allah swt yang paling indah sekali dimuka bumi ini, oleh itu hargai diri anda wahai wanita yang diciptakan dengan pelbagai kebolehan ini. Selamat Hari Wanita Sedunia.