Simpan Duit Raya Anak Anak Di Tabung Haji | Alhamdulillah selamat sudah simpan duit raya 2017 anak anak kat Tabung Haji. Tiap tiap tahun setiap kali raya anak anak akan dapat duit raya, korang buat apa dengan duit raya yang anak anak dapat. Kalau tanya KekYa, buat apa dengan duit raya anak anak ? Opkoss laa KekYa simpan. Simpan kat Tabung Haji. KekYa memang tak galakkan anak anak gunakan duit raya diaorang untuk beli barangang yang diaorang suka. Bagi KekYa menabung lebih baik untuk masa depan diaorang. Kalau diaorang ada rasa nak beli barang ke apa ke dengan duit diaorang, diaorang akan cakap dan KekYa atau En Hubby akan belikan guna duit kami jika benda yang diaorang nak, perlu untuk diaorang. Kalau tak perlu memang KekYa takkan beli. Itu prinsip KekYa dengan anak anak. Beli HANYA benda yang kita perlu ... Anak anak pon faham dan diaorang takde minta benda yang kami tak mampu nak beli. Alhamdulillah syukur Ya Allah ...
Anak anak KekYa sejak kecil lagi, memang KekYa dah buka akaun Tabung Haji dan akaun BSN sorang satu. Jadi setiap kali raya, duit raya diaorang KekYa akan simpan kat Tabung Haji. KekYa memang dah ajar anak anak KekYa menabung sejak kecil. Bukan setakat duit raya, duit simpanan bulanan yang En Hubby bagi untuk anak anak dan juga duit lebihan belanja sekolah yang diaorang simpan dalam tabung, KekYa akan masukkan kat Tabung Haji dan juga BSN diaorang setiap bulan. Syukur anak anak KekYa yang tiga orang ni memang suka menabung. Alhamdulillah boleh buat simpanan untuk masa depan diaorang.
Anak anak kita ni, kalau dari kecil kita dah pupuk minat menabung untuk diaorang, insyaallah bila dah besar diaorang akan kekal dengan sifat suka menabung. Semoga sifat suka menabung dikalangan anak anak KekYa akan berkekalan sampai bila bila. Umi dan abah doakan yang terbaik untuk anak anak Umi. Semoga anak anak Umi semakin bijak menguruskan wang bila dewasa kelak ...
Simpan Duit Raya Anak Anak Di Tabung Haji
Anak anak KekYa sejak kecil lagi, memang KekYa dah buka akaun Tabung Haji dan akaun BSN sorang satu. Jadi setiap kali raya, duit raya diaorang KekYa akan simpan kat Tabung Haji. KekYa memang dah ajar anak anak KekYa menabung sejak kecil. Bukan setakat duit raya, duit simpanan bulanan yang En Hubby bagi untuk anak anak dan juga duit lebihan belanja sekolah yang diaorang simpan dalam tabung, KekYa akan masukkan kat Tabung Haji dan juga BSN diaorang setiap bulan. Syukur anak anak KekYa yang tiga orang ni memang suka menabung. Alhamdulillah boleh buat simpanan untuk masa depan diaorang.
Bila dah masukkan duit diaorang kat Tabung Haji rasa lega la sikit. Kalau tak duk bawak ke sana ke mari jer duit tu .. Jadi satu kerja pulak kalau nak pegi jalan jalan kena angkut sekali duit raya diaorang .. Bila dah simpan ni kan, rasa lega.. Simpanan duit raya kakak Insyirah RM450 ...
Simpanan duit raya abang Iman RM350. Menabung untuk masa depan diaorang. Insyaallah satu hari nanti boleh pergi Haji dengan izinNYA. KekYa dah daftarkan tiga tiga anak KekYa untuk menunaikan haji. Moga dipermudahkan.. Aamin aamin..
Simpanan duit raya Akif RM400. Alhamdulillah duit raya diaorang untuk tahun 2017. Banyak juga diaorang dapat duit raya tahun ni. Rezeki raya untuk anak anak. Syukur selalu ..