Lake View College Pilihan Terbaik Program Pengajian Peringkat Diploma Untuk Lepasan SPM | Tak dapat UPU .. Nak sambung belajar kat mana ? .. Tak dapat UPU bukan penamat jalan untuk adik adik sambung belajar .. Jangan sedih dan berdukacita tau, adik adik masih ada peluang lagi untuk sambung belajar. UPU bukan segala galanya. Gagal dalam UPU tak bermakna adik adik gagal dalam hidup. Tak perlu risau, di Malaysia masih banyak ruang dan peluang untuk adik adik menyambung pelajaran. Fikir yang baik-baik, maka kita akan dapat yang baik-baik juga. Jangan menyerah kalah ya adik adik. Usaha selagi kita mampu. Selagi kita hidup, selagi itulah usaha itu kena ada dalam diri kita. Jangan sesekali mengalah okey ! Allah minta kita berusaha, berusaha dan teruskan berusaha ..
Usah risau, walaupun tidak berjaya mendapat tempat di IPTA, adik-adik masih berpeluang melanjutkan pelajaran peringkat diploma di Lake View College (LVC) yang ditubuhkan pada tahun 2006 dan terletak di dalam persekitaran Bukit Merah Laketown Resort. Lake View College pastinya pilihan terbaik untuk adik adik menyambung pelajaran selepas tamat SPM.
Program Pengajian Yang Di Tawarkan Di Lake View College
Dengan dikelilingi tasik dan kehijauan alam semulajadi, ianya menjadikan LVC sebagai suatu institusi pendidikan yang kondusif. LVC menawarkan program pengajian di peringkat Diploma . Antara program pengajian yang ditawarkan adalah Diploma Kejururawatan, Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Diploma Kesihatan Persekitaran, Diploma Pengurusan Hotel, Diploma Pengurusan Pelancongan, Diploma Pengurusan Perniagaan dan Diploma Perakaunan.
Yuran Pengajian Berpatutan Dan Juga Bantuan Kewangan Di Lake View College
Untuk makluman ibubapa dan adik-adik, LVC merupakan antara kolej swasta yang menawarkan yuran pengajian yang berpatutan di negara ini bagi peringkat Diploma. Dengan pelbagai fasiliti pengajaran dan pembelajaran yang lengkap, pengajian di LVC bukan sahaja berbentuk teori malah turut merangkumi komponen amali dan latihan praktikal. Ini bertujuan mempersiapkan pelajar dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang perlu sebelum mereka menempuh alam pekerjaan kelak. Bantuan kewangan? Usah risau, kerana LVC ada menyediakan pinjaman pendidikan PTPTN bagi membantu merealisasikan hasrat adik-adik untuk menyambung pengajian. Bantuan zakat turut disediakan bagi yang kurang berkemampuan menerusi Badan Amal dan Kebajikan M K Land.
Pelajar yang telah tamat pengajian di LVC di peringkat diploma juga boleh menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di mana-mana universiti awam mahupun swasta di negara ini. LVC turut dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan beberapa universiti tempatan sebagai kolej bersekutu.
Untuk makluman semua sehingga kini, LVC telahpun melahirkan sekitar 1,400 graduan, di mana ada di antara graduan kejururawatan serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan ditawarkan pekerjaan sebelum tamat pengajian. Apa yang lebih membanggakan, ada di antara graduan kejururawatan LVC turut ditawarkan pekerjaan di hospital-hospital luar Negara seperti di Singapura, Dubai, Jeddah dan Kanada.
Bagi mereka yang berminat untuk menyertai Lake View College , boleh layari laman web tertera :
Website LVC : http://www.lvc.edu.my/
Facebook LVC: http://www.facebook.com/lvcollege
Instagram : https://www.instagram.com/lvcollege/
Atau hubungi 60 5-890 8071 untuk keterangan lanjut.
Website LVC : http://www.lvc.edu.my/
Facebook LVC: http://www.facebook.com/lvcollege
Instagram : https://www.instagram.com/lvcollege/
Atau hubungi 60 5-890 8071 untuk keterangan lanjut.