Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 15 Lya Dan Suami | Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana dengan izinNYA pada tarikh ini 04/12/2018 , KakYa dan suami sekali lagi di beri peluang oleh Alah SWT untuk sama sama menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke 15 . Sedar tak sedar dah 15 tahun usia perkahwinan kami . Bersempena usia perkahwinan kami yang Ke 15 , KakYa titipkan doa paling indah ini khas buat kami berdua .
Ya Allah , jadikanlah kami pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu untuk selama-lamanya . Kurniakanlah kami keberkatan hidup , ketenangan hati dan kerukunan rumahtangga .
Ya Allah , hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih sayang , cinta dan rindu yang berpanjangan dan tiada penghujungnya . Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini .
Ya Allah , kurniakanlah dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah . Ya Allah , izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikitpun duka yang terpalit diantara kami di hati kami .
Hari ini 4 Disember 2018 genap sudah 15 tahun usia perkahwinan kita abang . Syukur alhamdulillah , perjalanan perkahwinan kita kini melangkah ke usia 15 tahun .
Terima kasih Allah atas limpah dan rahmatMu untuk kami dalam kami meniti hari hari indah sepanjang kami bersama . Semoga kebahagiaan yang kami kecapi hari ini dan hari hari yang bakal mendatang dipenuhi dengan kebahagiaan dan kasih sayang yang sentiasa berkekalan hingga ke Syurga . InsyaAllah .
Untuk suami tercinta Suhaimi Abd Aziz , Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke 15 sayang . Terima kasih kerana sudi dan sentiasa ada di sisi saya saat susah juga senang . Sentiasa support setiap langkah yang saya atur , selalu bagi semangat dan dorongan saat saya jatuh , di sisi saya saat berendam air mata , bertolak ansur dengan kerenah saya dan paling tak dilupakan sentiasa ada di sebelah saya saat saya melahirkan tiga orang anak kita . Terima Kasih Abang !
Sayang saya pada awak tak dapat nak diungkapkan melalui kata kata . Sikap dan cara awak buat saya jatuh cinta . Dulu , kini dan untuk selama lamanya . I LOVE YOU Mr SUHAIMI . Really really love you . Only you ini my heart . I truly , madly , deeply love you and always will . How lucky i am to have you by my side .
Anugerah paling indah buat kita dari Allah SWT yang tidak dapat diukur dan dinilai dengan wang ringgit . Anak anak kita Nur Aina Insyirah , Muhammad Adam Iman & Muhammad Akif Imtiyaz . Our kids are so blessed to have a dad like you abang ! . LOVE YOU SAYANG !
Syukur Ya Allah , dikurniakan kepada kami 3 cahayamata sebagai penyeri rumahtangga kami berdua . Semoga kebahagiaan ini akan kekal hingga hujung nyawa . Aamin aamin .
Syukur Ya Allah , dikurniakan kepada kami 3 cahayamata sebagai penyeri rumahtangga kami berdua . Semoga kebahagiaan ini akan kekal hingga hujung nyawa . Aamin aamin .