Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all 1865 articles
Browse latest View live

❤ Giveaway October 2015 Cash RM500 by Emas Putih ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis  Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

[Sila Tekan Banner Di Atas Untuk Join]


Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Tarikh Mula : 29 October 2015 | Tarikh Tamat :12 November 2015



❤ Header Baru AkifImtiyazDotCom ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Ahad Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Dua tiga hari ni tak tahu nak update tentang apa..Cerita banyak tapi nak menulis tu tak jumpa point best lagi setakat ni.Yang kat dalam draft pon bukan main banyak lagi entri tak siap siap lagi.Entah bila la Lya boleh siapkan entri yang berlambak kat draft tu ya.Macam macam cerita ada..Tapi nak sambung cerita tu la ermmm otak dah tepu dah nak mengarang..''Kalau ikut bahasa TEPU tu..Lya pon bukan tahu sangat nak guna hehehe..Tapi nampak macam best jer.Kita belasah jer la guna ayat ni''.

Bila otak dah tepu bab bab menulis.Ada masa kita reka header baru untuk blog.Ya laa nak menulis takde idea tapi nak create header blog ada pulak idea..Maka bermula la sesi meng KRIK KRIKK KRIKKK duduk mengadap lappy siapkan satu header.

Orang kata nak buat header bukan susah sangat pon.Tapi nak MENJADIK SATU HEADER tu susah oooo.Beberapa kali pusing,konar,ejas rombak,sapu,padam semua sekali laaa yang seangkatan dengannya.Ha aa nampak tak kat situ susahnya nak siapkan satu header,kalau sapa sapa yang buat header cakap senang,tu kira ALHAMDULILLAH la senang bagi dia.Tapi bagi Lya susah sikit laa nak create satu header sampai kita puas hati.Tak tahu la apa rasa orang yang mengedit blog duk buat header untuk tempahan..Apa rasa agaknay ya ??...Mesti boring duk buat camtu camnitak jadik yang di kehendaki..Mak aii kalau Lya la mahu menangis nak dapat idea..Hehehe..

Membebel pulak dah mak jemah.Ok mula mula Lya buat satu dah siap.Bila letak kat blog nampak macam tak cantik jer sebab header tak transparent..Tak lawa la pulak bila dah publish kat blog..Cer tengok cer tengok.Memula Lya buat yang kat bawah ni..Nampak simple dah ni.Tanak la yang berat berat sangat nak simple jer.Tapi bila letak jer kat blog.ALAMAK ! nampak makan ruang dan jugak tak menarik sebab tak transparent macam header yang lepas lepas.Maka buang balik yang ni.Buat yang baru laa.Nak buat yang baru makan masa jugak..Tapi alang alang dah buat..Kita GO ON jer la.

Header Baru AkifImtiyazDotCom


Ermmm buat satu dua tiga dan empat lagi untuk senang pilih.Yehaaa mana tahu dah siap satu tak TERBERKENAN..Akhirnya setelah duk berhempas pulas..Inilah header pilihan Lya.Masih setia dengan bulat bulat bulat.Bila buat bulatan dan transparent gini baru nampak menarik sikit..Simple pon simple.Masih kekal dengan design yang sama..Tulisan yang sama..Tukar tataletak untuk Coretan Hati Lya jer..Letak kat atas gitu..Ok la dari yang atas tadi..Ok ke ??.Ke kita jer yang perasaan OK..Takpe laa kita dah suka macam ni..Kira OK la untuk blog kita..




Comel tak..Cantik tak..Ermm banyak plak tanya..Tanya je..Kita tahu kita takde seni kreatif sangatttt..Sebab tu la kita tanya..Hehehe..Ok la TAMAT dah citer petang ni..Yahooo blog kita tukar header baru dahhhhhhhhhhh !!! Saper nak tempah header ngan kita boleh roger okey !!..Hahahaha tempahhhh sangatttttt !!

Hikhikhik sambung sikit lagi..Alang alang dah buat untuk blog..Kita buat satu lagi untuk FANPAGE FACEBOOK ..Taraaa ni untuk FB PAGE kita..Ok dengan segala hormatnya nak bagitahu..ENTRI PETANG NI DAH TAMAT..takde sambungan lagi dah..K bye..Selamat minum petang sahabat..


 Header Baru AkifImtiyazDotCom


❤ Rebut Wang Tunai RM310 by Syira Lokman ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Hari ni ada masa jenguk blog..Nampak ramai yang join Giveaway Syira Lokman..Ok la Lya tumpang join jugak..Support Syira..Jom la join sekali ..


KLIK BANNER UNTUK JOIN !!!!

Cara mudah :

1. Follow SEMUA syarat.
2. Buat entry bertajuk "Rebut Wang Tunai RM310 by Syira Lokman"
3. Letak banner dekat entry.
4. Backlink kan ke entri Giveaway.
5. Publish!
6. Tinggalkan link entry giveaway anda di ruangan komen entry Giveaway sahaja.

Hadiah Untuk Pemenang 

Wang tunai RM50 x1 [ nfariza]

Wang tunai RM30 x1 [gnor.gnur]
Wang tunai RM30 x1 [mohdkhizrul]
Wang tunai RM10 x3 [MG]

Wang tunai RM20 x1 [nurfuzie]
Wang tunai RM20 x1[mieyraelyani]
Wang tunai RM20 x1 [norafidah]
Wang tunai RM10 x2 [aeinna.musaii]

Wang tunai RM10 x1 [Fa Sham]
Wang tunai RM10 x1 [Na Mie]
Wang tunai RM10 x1 [ikazulaikh]

Wang tunai RM10 x1 [siti.meriam]
Wang tunai RM10 x1 [Kyle Kesha]

Wang tunai RM10 x1 [nieyla]
Wang tunai RM10 x1 [nona]
Wang tunai RM10 x1 [radhia]
Wang tunai RM10 x1 [YanSaflina]

Tapak Iklan free selama sebulan x1 [SyiraLokman]
Buku Serenity x1 [SyiraLokman]

Best Of Luck buat semua yang join !!!!!!!!!

❤ Tiket Vip Hi 5 House Of Dream Live In Concert PERCUMA Untuk Anda

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Tiket Hi 5 House Of Dream Live In Concert Bernilai RM 1,216 PERCUMA Untuk Pembaca Blog Akif Imtiyaz 


 Tiket Vip Hi 5 House Of Dream Live In Concert PERCUMA Untuk Anda



Hi-5 HOUSE OF DREAMS LIVE IN CONCERT 2015 akan berada di Istana Budaya,Kuala Lumpur pada 10 hingga 13 Disember 2015 ini.Lya dan anak anak sangat sangat TERUJA dan tidak sabar menanti saat untuk bergembira bersama GANG Hi 5.Sama sama bergelak ketawa belajar sambil berhibur pastinya satu saat yang cukup indah untuk Lya dan Akif.Akif sangat sangat TERUJA dan sibuk bertanya tarikh dan waktu akan ke sana..Nampak tak keterujaan Akif kat situ..

JOM HI-5 


Hi-5 adalah lebih daripada sekadar persembahan muzik.Mereka menyediakan wadah interaktif untuk kanak-kanak belajar,menyelesaikan dan memahami masalah dan sesuai untuk kanak-kanak dari umur 2 hingga 8 tahun.Program ini dikendalikan oleh 5 tenaga penghibur dinamik yang dikenali sebagai Stevie,Mary,Dayen,Tanika dan juga Ainsley.

Hi 5 adalah kumpulan muzik yang terkenal di seluruh dunia,mencapai penonton global yang dianggarkan lebih daripada 1,000,000 kanak-kanak di seluruh Eropah,Amerika Utara,Asia dan Amerika Latin dengan lawatan,muzik dan rancangan TV.Siri Hi-5 TV secara konsisten adalah salah satu daripada tiga bahagian paling berjaya di seluruh dunia.

 Siri Hi-5 TV secara konsisten adalah salah satu daripada tiga bahagian paling berjaya untuk 
program televisyen prasekolah di seluruh dunia.Hi-5 juga telah memenangi 3 Logie Awards for Most Outstanding Children's Program, 5 ARIA Awards for Best Children's Album, 5 Australia n DVD and Video Industry Awards, 1 APRA Award, 1 AMIA Award dan 1 Helpmann Award. Hi-5 US pula telah dicalonkan bagi 3 Daytime Emmy Awards. Manakala,Jump and Jive with Hi-5 CD telah memperoleh anugerah berprestij Parents Choice Award 2004.

 

Hi-5 House of Dreams Live in Concert, Kuala Lumpur 2015


Impian terbesar akhir tahun ini Hi-5 kembali ke Malaysia untuk menghiburkan anda dengan muzik, nyanyian dan tarian dalam pengeluaran peringkat baru yang menarik ini.Peminat rancangan Hi 5 boleh menyertai Stevie,Mary, Dayen,Tanika dan Ainsley sebagai untuk sama sama merasai saat saat indah ini.Semoga impian anda boleh menjadi kenyataan.Jom sama sama kita berhibur bersama Hi 5 dengan program muzikal kanak kanak yang menerapkan informasi berguna untuk kanak kanak seawal usia 2 hingga 8 tahun.Adakah anda TERUJA ?? 

Ok jika anda TERUJA Lya ada TAWARAN MENARIK untuk pembaca Blog Akif Imtiyaz.Adakah anda BERMINAT untuk menyertai Lya dan Akif ke Istana Budaya untuk menyaksikan Hi-5 House of Dreams Live in Concert 2015 di Istana Budaya? Siapa sangka,rezeki akan berpihak pada anda untuk sama sama berpeluang menonton konsert Hi-5 secara lansung pada 10 November 2015 ini dengan tiket VIP. 

KHAS BUAT PEMBACA BLOG AKIF IMTIYAZ...Lya sedang MENCARI 5 ORANG PEMENANG BERTUAH UNTUK MEMENANGI 4 TIKET VIP BERNILAI RM 1,216.00 . Anda bukan saja memenangi TIKET VIP tau,tapi anda juga berpeluang untuk berjumpa empat mata dengan kelima lima pengacara Hi 5.Apalagi dapat la anda dan anak anak anda bergambar sakan bersama mereka di konsert itu nanti...



NAK MENANG TIKET Hi 5 HOUSE OF DREAM LIVE IN CONCERT 2015 KUALA LUMPUR.Jangan lupa sertai Giveaway ini dan ikuti syarat mudah seperti tertera di bawah.

Syarat GIVEAWAY Hi-5 House of Dreams Live in Concert 2015 


1: Muat turun video anak sedang menari atau menyanyi lagu Hi-5 ATAU hantarkan gambar dan namakan lagu Hi-5 yang anak anda gemari di media sosial.

2: Lengkapkan ayat, " Saya layak untuk menangi tiket ini kerana....." ( 20 patah perkataan atau kurang )  dalam Bahasa Melayu

ATAU

Dalam Bahasa Inggeris - Caption it with a simple sentence, “I deserve to win these tickets because…” (in 20 words or less)

3: Pamerkan penyertaan anda di BLOG,FB dan Instagram secara terbuka atau PUBLIC dengan menggunakan hashtag #todayishere #malaysiaairlines #EnrichUrLife #EnrichJunior

(Peserta tidak diWAJIBKAN menghantar penyertaan melalui semua media sosial yang ada.Peserta boleh menghantarkan penyertaan melalui apa sahaja medium media sosial yang ada.Samada dalam Bahasa Melayu ataupun Bahasa Inggeris)

4. Sila hantarkan link penyertaan seperti URL BLOG, FACEBOOK, INSTAGRAM atau Twitter di ruangan komen entri ini.Itu sahaja.Mudah jer kan !!!!

Giveaway ini di bawakan oleh Program Enrich Junior,Malaysia Airlines usahasama terbaru dalam perkongsian terkini dunia muzik kanak-kanak.

Program Enrich Junior ini adalah program berdasarkan mata ganjaran sama seperti mata ganjaran dewasa. Ahli Enrich juga berpeluang untuk dapatkan 10% diskaun untuk harga tiket Hi-5 House of Dreams Tour in Malaysia 2015. Hanya gunakan kod promo enrich10.

HADIAH GIVEAWAY YANG DI TAWARKAN 


1. 5 orang pemenang akan menerima EMPAT (4) tiket HI-5 HOUSE OF DREAMS LIVE IN CONCERT,KUALA LUMPUR 2015

Tarikh : 
10 December 2015 

Masa :
 10.30pagi

Lokasi :
 Istana Budaya, Kuala Lumpur 

Pakaian : 
Smart casual

SYARAT DAN TERMA :- 

1. Tarikh berlangsungnya giveaway ini dari 11 hingga 23 November 2015.

2. Pemilihan pemenang akan di buat oleh pihak Malaysia Airlines.

3. Pemenang akan di pilih berdasarkan penyertaan paling kretif. Penyertaan yang mempunyai video Hi-5 anak menyanyi atau menari akan dapat peluang lebih tinggi untuk menang.

4. Keputusan pemenang akan di umumkan di blogakifimtiyaz.com pada 28 November 2015.

5. Pengambilan tiket akan bermula dari tarikh 30 November - 9 Disember 2015.

Jangan lupa lawati,like dan follow :-



Twitter :
@MAS 

Instagram :
www.instagram.com/malaysiaairlines 

YouTube :
malaysiaairlines 

Hashtags 
#todayishere, #malaysiaairlines, #EnrichUrLife, #EnrichJunior 


SELAMAT BERJAYA UNTUK ANDA SEMUA ..


❤ Keputusan Peperiksaan PraSekolah Akif Imtiyaz ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Alhamdulilah keputusan peperiksaan Akif dah dapat semalam..Matematik ..Sains...
Bahasa Inggeris dan juga Bahasa Melayu..Tahniah Akif Imtiyaz..PAI jer belum dapat keputusan lagi...Tak sabar tunggu keputusan penuh...
Keputusan Peperiksaan PraSekolah Akif Imtiyaz
Keputusan Peperiksaan PraSekolah Akif Imtiyaz
Nanti Lya citer penuh ya..Arini RABU..Kita letak gambar dulu laaa..Ada lagi keputusan yang belum dapat..Tak dapat la nak bercerita lagi..Tunggu keputusan penuh peperiksaan Akif nanti..Lya akan citer semua sekali..



❤ Ummi Chicken Rice Kemaman Bukan Sekadar Nasi Ayam ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Jumaat Sahabat...
 Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Hari Rabu 11 November 2015 kelas Insyirah telah mengadakan majlis jamuan untuk akhir tahun.Tahu tahu je la kan bila dah akhir tahun,memang kebanyakan kelas akan mengadakan majlis perpisahan.Ok bersempena majlis perpisahan Cikgu Zaliza,guru kelas Insyirah telah memilih menu nasi arab,nasi goreng,makaroni bakar,keropok,buah buahan koktail,puding coklat dan agar agar jagung serta air oren sebagai menu majlis.Nak di jadikan cerita,kerana terlalu banyak sangat makanan yang disediakan,Insyirah tak boleh nak makan sekaligus jadi dia bawa balik nasi arab,nasi goreng,keropok dan juga buah buahan koktail kat rumah.Amboi banyak sangat tu..Umi sempat laa rasa nasi arab..Mak aii sedap sungguh nasi arab yang Insyirah bawa balik.Umi apalagi terus la usha penutup bekas nasi arab yang tertera nama Ummi Chicken Rice..Dek kerana sedap sangat Nasi Arab ni Lya nak masukkan dalam blog Akif Imtiyaz la..terus PM Pn Wawa sambil jenguk facebook page Ummi Chicken Rice.


Wow !!! dekat Ummi Chicken Rice terdapat pelbagai menu makanan dan juga kuih muih.Nampak sedap dan menyelerakan.

Ummi Chicken Rice menerima tempahan dalam bentuk buffet dan juga packing.Bukan setakat makanan,nak pakej sekali dengan air pun boleh.Sesuai sangat untuk majlis hari jadi,doa selamat,rumah terbuka,majlis perpisahan dan sebagainya.Jadi apa kata kita intai intai dulu apa menu yang menarik di Ummi Chicken Rice.Yang pasti bukan hanya nasi ayam ada kat sini.tapi banyak lagi makanan lain yang akan menambat citarasa anda.

Ummi Chicken Rice juga ada buat delivery makanan ke rumah rumah atau pejabat.Kalau anda timggal di sekitar Kemaman dan berminat nak rasa masakan Ummi Chicken Rice atau ada sebarang pertanyaan tentang harga,nak buat tempah atau nak delivery boleh sms,call atau whatsapp saja ke no  +601116808101 boleh bercakap dengan Pn Wawa.Lupa nak bagitahu,Ummi Chicken Rice beroperasi dari rumah takde kedai hanya di rumah sahaja tau !!.

Lya tak nak cakap banyak..Jom kita intai intai menu best di Ummi Chicken Rice.Yang pasti SEDAP,LAZAT,MEMENUHI CITARASA MALAYSIA,CUKUP RASA dan yang paling best HARGA BERPATUTAN sesuai dengan menu yang disediakan.TERBAIK dari YANG TERBAIK hanya di Ummi Chicken Rice,Kemaman. 

NASI AYAM UMMI CHICKEN RICE
NASI AYAM UMMI CHICKEN RICE 

 NASI ARAB UMMI CHICKEN RICE
NASI ARAB UMMI CHICKEN RICE 

NASI MINYAK UMMI CHICKEN RICE

NASI MINYAK UMMI CHICKEN RICE 
- Ayam Gulai 
- Daging Gulai 
- Ayam Goreng Berempah
- Ayam Masak Merah
- Opor Daging

NASI DAGANG UMMI CHICKEN RICE
NASI DAGANG UMMI CHICKEN RICE 

NASI LEMAK UMMI CHICKEN RICE

NASI LEMAK UMMI CHICKEN RICE 

NASI CAMPUR UMMI CHICKEN RICE

NASI CAMPUR UMMI CHICKEN RICE 

MEE,BIHUN & KUEY TEOW GORENG

MEE,BIHUN & KUEY TEOW GORENG

MEE KARI SAMBAL KERANG UMMI CHICKEN RICE

MEE KARI SAMBAL KERANG UMMI CHICKEN RICE 

MEE HOON SUP AYAM / DAGING

MEE HOON SUP AYAM / DAGING


LAKSA KUAH LEMAK UMMI CHICKEN RICE

LAKSA KUAH LEMAK UMMI CHICKEN RICE 


ROTI JALA UMMI CHICKEN RICE

ROTI JALA UMMI CHICKEN RICE 
Kari Ayam/Kuah Manis

ANEKA KUIH DAN PUDING UMMI CHICKEN RICE

ANEKA KUIH DAN PUDING UMMI CHICKEN RICE 

Terliur tak ?..rasa nak makan tak?..rasa lapar tak?..Kalau dah ada semua rasa tu dan anda tinggal di Kemaman atau kawasan sekitar Kemaman boleh la sms,call atau whatsapp Puan Wawa untuk tempahan atau anda boleh jenguk Facebook page Ummi Chicken Rice.

Puan Wawa - +601116808101
Puan Wawa - +601116808101
Puan Wawa - +601116808101

❤ Jangan Masuk Perangkap Panggilan Dari Luar Negara.❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Jumaat Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Baru baru ni kecoh mengenai sebaran mesej melalui WhatsApp berkenaan ''MISSED  CALL'' dari nombor telefon +265882615012 dan  +265882615017 yang bertujuan memerangkap penerima panggilan.Mangsa yang membuat panggilan semula kepada kedua dua nombor berkenaan akan menanggung caj panggilan yang tinggi oleh penyedia perkhidmatan terbabit.Kes ini telah mendapat perhatian Polis DiRaja Malaysia dan satu siaran media telah di buat pada 11 November 2015.Lya sertakan sekali siaran media untuk tatapan pembaca Blog Akif Imtiyaz.

SIARAN MEDIA: Perangkap Panggilan Dari Luar Negara.

SUMBER : FACEBOOK PDRM
Jangan Masuk Perangkap Panggilan Dari Luar Negara 


Jangan Masuk Perangkap Panggilan Dari Luar Negara

Dalam duk sibuk orang bercerita.Lya check phone kedua Lya,ada tertera nombor yang dimaksudkan.MISSED CALL pada 6.11.2015 jam 9.43 malam.Lya memang tak pernah layan bila dapat MISSED CALL dengan nombor yang pelik camni.Sebab per tau sebab nombor untuk telefon ini telah dikhaskan untuk ahli keluarga sahaja.Bila masuk jer nombor yang pelik memang Lya tak pernah angkat atau layan.Memang pelik la kan kalau ada MISSED CALL sedangkan kita tak bagi nombor kita tu pada orang lain selain ahli keluarga.Jalan paling selamat tak perlu angkat dan tak perlu la nak balas call..

Terkejut juga bila dapat tahu ini satu teknik licik penjenayah.Main main MISSED CALL pulak nak suruh kita call balik.Bila orang duk heboh baru Lya check handphone balik..Ha aa laa nombor yang sama..Tapi bagi Lya benda ni tak pernah menggugat ketenteraman Lya sebab Lya dah SET KAT DALAM KEPALA tak kan angkat atau call balik nombor yang Lya tak kenal.Kalau betul la SI PEMANGGIL sedang cari kita dia pasti akan call balik,sms atau whatsapp kita semula.Tak gituuuu !!!.Banyak cara orang boleh cari kita kalau betul betul perlukan kita..Jadi lepas ni kena hati hati ya..

Jangan masuk perangkap panggilan dari luar negara..Jangan balas panggilan dari Malawi.Jangan sekali kali membalas panggilan daripada dua nombor ini :-


WARNING !!!!!!!

+265882615012  dan  +265882615017

JANGAN BALAS CALL DARI NOMBOR DI ATAS !!!



❤ Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015 ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015 telah diadakan di Suria Cherating Beach Resort pada 15 November 2015.Alhamdulillah kali ni Umi dan abah dapat hadir sekali ke Majlis Graduasi Akif..Syukur pada Allah majlis berjalan lancar mengikut perancangan.

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Majlis bermula sekitar jam 8.30 pagi....Di mulakan dengan pendaftaran kehadiran ibubapa dan pengagihan baju konvo.Jam 8.50 pagi ketibaan VIP diikuti perarakan masuk graduasi ke dewan dengan iringan muzik.

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti bacaan doa dan ucapan selamat datang ..Seterusnya bacaan al quran dan terjemahan oleh anak anak prasekolah.Perasmian majlis graduasi telah disempurnakan oleh Tuan PPD daerah Kemaman.Persembahan tradisional anak anak prasekolah mengambil tempat sebelum penyampaian sijil dan hadiah untuk semua anak anak prasekolah..

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Alhamdulillah dah tamat belajar di PraSekolah.Tahun depan Akif akan melangkah ke tahun 1 di sekolah yang sama ...

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Senyum senyum Umi nak snap gambar ni..Bukan senang tau nak snap gambar graduasi sebab gerakan laju je sorang sorang..Kena standby dua telefon ni..Satu telefon abah dan satu telefon Umi..Kamera tak sempat nak guna..Al maklum la tangan dua dua guna untuk pegang handphone..

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Dapat juga gambar yang cantik dan memenuhi kehendak Umi..Ok laa boleh simpan untuk kenangan Akif nanti..

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Alahai segak dan bergaya sungguh laa anak bujang Umi dengan jubah konvo merah.
Fuh handsome sangat bila berjubah camni..Eh eh eh tetiba pulak Umi terperasan lebih..

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Meh sini..pandang kamera jap..Umi nak snap gambar..Satu dua tiga cheese..Hehe..

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Bersama dua kawan baik..Rayyan dan jugak Zharif.Ha aaa dua orang ni kawan baik Akif kat kelas.Bff sangat...

Acara seterusnya ..Acara yang paling ditunggu tunggu anak anak prasekolah semestinya CABUTAN BERTUAH..Masing masing sibuk angkat tangan nak hadiah nak hadiah...Seronok tengok gelagat anak anak ...

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Rezeki Akif..Menang cabutan bertuah..
Alhamdulillah syukur dapat hadiah hehehe..

Selesai acara cabutan bertuah majlus diserikan dengan persembahan nyanyian anak anak prasekolah.Seterusnya penyampaian hadiah karnival kecemerlangan prasekolah peringkat negeri Terengganu..Persembahan tarian k pop oleh anak anak prasekolah mencuit hati guru guru dan juga ibubapa...Majlis berakhir pada jam 12 tengahari..
Alhamdulillah syukur.

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Sebelum balik snap gambar lagi sekali dengan hadiah cabutan bertuah..Yeyy..Suka sangat bila menang cabutan bertuah..

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Ok gambar dengan Umi ..pastu gambar dengan umi juga abah..tapi kat sini gambar abah takde laa..Abah tak kasi letak gambar kat blog abah kasi Umi dan anak anak jer..Ok abah takpe laaa..

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Gambar sekitar majlis graduasi.Kat mana ada Akif kat situ la ada Umi duk snap gambar.Ada yang Akif pandang kamera ada juga yang tak pandang..Takpe laa janji ada la juga gambar sekitar majlis graduasi..

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Majlis Graduasi PraSekolah SKSG 2015

Alhamdulillah..dapat SIJIL PRASEKOLAH setelah setahun bertungkus lumus dibangku prasekolah..Tahniah Akif Imtiyaz.


❤ Takwim Persekolahan Dan Cuti Sekolah 2016 ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Takwim Persekolahan Tahun 2016 Untuk Kumpulan A
- Kedah,Johor,Kelantan dan Terengganu 


Takwim Persekolahan Dan Cuti Umum 2016




Takwim Persekolahan Tahun 2016 Untuk Kumpulan B
- Perlis,Pulau Pinang,Perak,Selangor,Negeri Sembilan,Melaka,Pahang,Sabah,Sarawak,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Labuan & Putrajaya 


Takwim Persekolahan Dan Cuti Umum 2016


❤ Majlis Anugerah Kecemerlangan SKSG 2015..Tahniah Iman ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Hari ni 18 November 2015 telah diadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan di SKSG.Syukur pada Allah,anak kedua Lya,
Iman turut terpilih untuk menerima anugerah cemerlang pada hari ini.

Majlis Anugerah Kecemerlangan SKSG 2015..Tahniah Iman

Alhamdulillah Iman dapat nombor 3 dalam kelas dan mendapat keputusan cemerlang dalam matapelajaran Pendidikan Agama Islam.Tahniah Iman.Umi abah tumpang bangga dengan Iman.

Majlis Anugerah Kecemerlangan SKSG 2015..Tahniah Iman

Gambar jarak jauh..tak berapa nak clear sangat la..Tapi takpe laa setidak tidaknya ada jugak la sekeping dua gambar untuk kenangan ...

Majlis Anugerah Kecemerlangan SKSG 2015..Tahniah Iman

Tak sedar pon Umi sibuk snap gambar..Laju jer dia bergerak bila tiba giliran naik pentas.Tak sempat nak snap cantik cantik tup tup dah turun bawah dah..Ni jerla
sekeping dua yang sempat ..

Majlis Anugerah Kecemerlangan SKSG 2015..Tahniah Iman

Gambar kabur pon ada..Al maklumla tangan laju jer duk snap ..tak sempat nak tengok betul betul..

Majlis Anugerah Kecemerlangan SKSG 2015..Tahniah Iman

Alhamdulillah dapat nombor 3..Tahniah Iman di atas usaha dan kesungguhan Iman. Untuk tahun ini Iman salah seorang penerima anugerah cemerlang.Semoga tahun hadapan dan tahun tahun yang akan datang Iman akan lebih maju dan berjaya.

Majlis Anugerah Kecemerlangan SKSG 2015..Tahniah Iman

Semoga kecemerlangan hari ini menjadi pemangkin semangat untuk Iman lebih maju di masa hadapan..InsyaAllah aamin aamin..Tahniah lagi sekali daripada Umi,abah,kakak insyirah dan adik akif.


❤ Kami Ke Kota Bharu ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Cuti sekolah pada Jumaat Sabtu yang lepas kami sekeluarga meluangkan masa melawat datuk Insyirah,Iman dan Akif di Kota Bharu Kelantan.Kali ni Lya dan suami ambik keputusan untuk bertolak ke Kota Bharu dari Kuantan.Maknanya dari Kuantan kami akan terus ke Kota Bharu dan tak singgah dekat rumah Wan dan Tok Ayah.Balik dari Kota Bharu baru singgah kat rumah Wan dan Tok Ayah...Ok kan Tok Ayah...Balik nanti kitasinggah tau !!!

Mula mula sampai kat Kota Bharu jumpa pak sedara dan juga ibu saudara Akif kat Bilion Kota Bharu.Kami janji kumpul kat sana senang nak jumpa dan gerak sekali.Bila dah jumpa teruskan perjalanan ke tempat Tokki Bat.Alhamdulillah urusan dipermudahkan..Siapkan Tokki Bat pastu bawak pergi jalan jalan..Ok tempat persinggahan pertama kami..KFC Kota Bharu sebab Tokki Bat nak makan ayam goreng..Tapi yang lebih makan budak kecik ni...Tak lebih pon dua ketul jer Akif makan,tu pon tak berapa nak habis...

Kami Ke Kota Bharu 2015
Syiokk makan tak sedar dah tu..Sedang MENGHAYATI tuuu..

Selesai makan di KFC ..Tunaikan satu lagi permintaan Tokki Bat..Nak makan nasi air kat Bebas Cukai Pengkalan Kubor pulak..Ok dah settle semua kami gerak ke Pengkalan Kubor.Sampai sana terus masuk kat Bebas Cukai..Nak cari nasi air punya pasal..

Kami Ke Kota Bharu 2015
Sempat tangkap gambar dulu..Macam macam gaya..Gaya tak sudah pon ada.Ok la dapat sekeping dua yang OK untuk masukkan kat entri ni..

Kami Ke Kota Bharu 2015
Sempat lagi tu beli toto Narita..Kalau ke Bebas Cukai Pengkalan Kubor orang kata tak sah kalau tak beli toto..Tapi pergi kali ni tak beli pon..Tu adik adik punya..Kita tak beli sebab dah banyak kat rumah..Lain kali la kot beli lagi...

Oleh kerana niat sebenar nak cari nasi air yang sedap kat dalam ni..Langkah diteruskan tapi tapi tapi hua hua huaaaaa..HAMPA sebab kedai nasi air yang sedap lazat terangkat tu TUTUP la pulak hari Jumaat..Satulagi kat sebelah kedai tu baru jer habis huhuhuhu memang takde rezeki Tokki Bat nak makan la gamaknya..Takpe laa kita teruskan perjalanan kat situ..Pusing pusing ronda ronda cuci mata gituuuuuuuuuuuuuuuuu...

Dah penat jalan jalan singgah beli aiskrim kelapa kejap..Ha aaa ni aiskrim kelapa yang muncul kat Majalah 3 TV3 baru baru ni..Kat mana kat mana..K at dalam tempat orang duk jual beli di Bebas Cukai Pengkalan Kubor ni la.Kalau jalan jalan kat dalam tu memang jumpa laa orang jual aiskrim kelapa kat sini. Apalagi mood nak merasa pon datang..Kena beli ni kena rasa ni..

Kami Ke Kota Bharu 2015
Ha aa kita masukkan muka ayah teh Akif duk tuang air kelapa untuk anak buah dia.Beli aiskrim kelapa dapat minum air kelapa free..Minum jangan tak minum.

Boleh pulak Akif tanya apasal air kelapa ni tawar.Air kelapa yang selalu beli tak tawar..Alahai wahai anak..ni air kelapa fresh takde campur campur gula la nak oiii..Oo dia angguk angguk..nampak macam faham..Kalau tak faham mahu dia duk tanya lagi..Faham ler tuu.

 Kami Ke Kota Bharu 2015

Fuhh masa nak beli aiskrim kelapa ni kan orang kemain ramai lagi..Siap ambik no dulu..Bila nombor dah dipanggil boleh laa order berapa kita nak.Umi order tiga jer.Ntah habis ke tidak ler tiga bijik tu sebab kat dalam buah kelapa tu mak aii macam macam ada..Tak sempat nak bilang berapa jenis bahan dia letak dalam tu..Yang pasti memang banyak laa termasuk pulut pon dia letak sekali..Fuhh memang kenyang laa kalau makan aiskrim kelapa kat sini.Tokki Bat pon makan sekali..Sibuk duk carik pulut kat dalam aiskrim kelapa..Al maklum la Tokki Bat suka pulut..

Kami Ke Kota Bharu 2015

Ok jangan cakap akak tak payung eaa.Ni haa akak dah payung tiga anak akak dengan aiskrim kelapa diaorang.Nampak tak muka sorang sorang ceria boleh makan aiskrim kelapa.First time makan aiskrim dalam buah kelapa.Akif cakap berat la pulak nak pegang..Makanya Umi la yang kena pegang...Makan sambil berdiri camtu jer la sebab takde tempat disediakan untuk makan..Layan jer la.

 Kami Ke Kota Bharu 2015

Ok posing dulu..Adat laaa posing posing ni boleh serah kat dia..Selagi boleh posing dia OK jer..Smile !!!!..Ok dah siap makan aikrim kelapa dan jalan jalan kat situ..Kitaorang ubah angin ke Wakaf Che Yeh pulak..Nak cari makan malam kat sana..Wakaf Che Yeh plak dah..

Zooomm ke Wakaf Che Yeh pulak kita.Kalau ke Wakaf Che Yeh tak sah tak beli nasi bungkus.Macam macam pilihan yang ada.Nasi berlauk,nasi minyak,nasi putih,nasi kerabu..Kami beli nasi bungkus je dan order air kat gerai.Dek kerana lapar sebab tak makan nasi tengahari..lupa dah nak tangkap gambar..Takde satupon gambar kat  Wakaf Che Yeh.Siap makan kami jalan jalan kat sana.Fuhh meriah giler suasana pasar malam kat sini.Pasar malam yang ada tiap tiap malam ditempat yang sama..Orang jangan cakapla,nak parking pon payah.Alang alang dah sampai sini maka Umi abah sempat laa shopping sikit..Sempat jugak la beli dodol seketul dua.Dah sampai Kelantan rugilaa tak beli dodol sebab kat lain susah nak dapat dodol.Ok dodol di Wakaf Che Yeh.Sapa nak sapa nak !!

Kami Ke Kota Bharu 2015

Balik dari Wakaf Che Yeh..singgah kejap di KB Burger Bakar..Ha aa tak sah kalau tak g sini kalau ke Kota Bharu..Sebenarnya perut dah kenyang masa drive dari Wakaf Che Yeh ke KB Burger Bakar tapi bila sanpai sini tengok jer burger bakar rasa nak makan la pulak..ok mula mula order sebijik je takut tak abih..Order burger daging double cheese punya.Kan kalau order banyak banyak tak habis sayang laa..

Masa Umi cibuk order burger,jeng jeng jeng ..nah tengok la gelagat Akif..Boleh pulak dia tidur kat meja tu.Aduhai mengantuk benar anak Umi kalau lagu ni gayanya.Ngantuk ngantuk tidur dulu laa wahai anak..Nanti burger siap Umi kejutkan..

Kami Ke Kota Bharu 2015
Tidur tidur tidur...Dari siang duk jalan jalan..Malam penat sangat la ni terus tidur kat meja makan KB Burger Bakar..

Kami Ke Kota Bharu 2015
Bila Umi kejutkan dia suruh bangun..Bukak je mata,burger bakar kat depan mata.Mamai lagi tuu..tapi bila tengok burger mata terus jadi bulat..Haaa apalagi terus laa makan..Makan makan jangan tak makan..Selamat menjamu selera ... 

Kami Ke Kota Bharu 2015

Makan satu ramai ramai rasa makin lama makin sedap la pulak..Nak satu lagi..Order lagi satu ikut pilihan Insyirah..kongsi kongsi jugak sebab takut tak habis laa.Tapi yang kedua ni pon habis..Sedap sangat kot tambah pulak Ayah teh dan Cik Teh makan sekali..Bertambah tambah la sedapnya..Yang kenyang pon tumpang makan lagi..

Kami Ke Kota Bharu 2015

Bila dah habis yang kedua,Akif cakap nak.makan lagi laa..Mak aii banyak benor Akif makan..Tapi takpe la dah anak nak makanabah cakap order lagi satu.Tapi bila makan yang terakhir ni bahagian roti dah tak boleh nak makan lagi dah sebab terlebih kenyang.Tak habis jugak sikit.Kenyang kenyang katanya ..


Kami Ke Kota Bharu 2015

Ok dah habis makan terus gerak balik ke Terengganu..Masa gerak balik jam 12 malam dah.Sampai rumah Wan dan Tok Ayah dah lewat malam..Lepas mandi terus tidur..Ngantuk sangat sebab sepanjang hari berjalan.dari pagi hingga ke petang..Tidur laa jawapnya bila dah jumpa bantal dan tilam..Fuhh penat !!..

Habis dah citer..Nanti citer lain pulak muncul..Selamat malam..Terima kasih sudi singgah blog Akif Imtiyaz ..Jumpa di lain entri .. Bye Bye !!


❤ Insyirah,Iman & Akif..Buah Hatiku Dunia Akhirat,Anugerah Indah Untukku.. ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Setelah lama tak mencoretkan kata kata buat anak anak comel yang Allah hadiahkan untuk Lya jaga dan Lya sayangi.Pinjaman Allah untuk Lya dan juga suami.Hari ini Umi berkesempatan untuk mencoretkan sepatah dua kata buatmu putera puteriku..Semoga coretan ini dapat kamu jadikan panduan buat kamu dalam mengharungi liku liku kehidupan yang mencabar di luar sana..

Nur Aina Insyirah,Muhammad Adam Iman & Muhammad Akif Imtiyaz

Nur Aina Insyirah,Muhammad Adam Iman & Muhammad Akif Imtiyaz


Assalamualaikum anak anak soleh dan anak solehah Umi.Salam sayang buat ketiga tiga buah hati Umi.Apa khabar buah hati Umi hari ini.Semoga hari ini buah hati Umi berada dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa bergembira dalam menempuhi hari hari yang penuh makna.Alhamdulillah dah start cuti sekolah,riuh rendah rumah dengan suara gelak tawa dan juga tangisan anak anak.Apa tidaknya sekejap bersuka ria dan sekejap bergaduh.Adatlah jika anak lebih dari satu..Pasti akan ada gelak ketawa dan juga tangisan manja.Si kakak mengusik si adik dan si adik mengusik si kakak..Alhamdulillah masih diberi pendengaran yang baik oleh Allah SWT untuk sama sama mendengar tiap tutur bicara anak anak.Masih lagi di beri peluang untuk mendengar gelak tawa dan tangisan anak anak.Syukur alhamdulillah.Umi mendoakan agar buah hati Umi yang Umi sayang,yang Umi kasih,yang Umi cintai akan sentiasa dalam lindungan Allah SWT.InsyaAllah..Aaamin aaamin..

Buah Hati Umi Dunia Akhirat,

Seandainya Umi pergi dulu dari hidup kamu..INGAT dan INGATLAH SELALU,Umi sentiasa mendoakan agar buah hati Umi tabah dan sabar mengharungi liku liku kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.Umi akan sentiasa mendoakan KEJAYAAN dan KEBAHAGIAAN untukmu wahai buah hatiku.Semoga kebahagiaan dan kegembiraan kamu akan berjalan seiring.Pesanan untuk Kakak Insyirah ''Jangan lupa jaga adik adik,sentiasa berpesan pesan pada adik adik,jangan bergaduh,sentiasa kekalkan hubungan mesra dan hubungan baik sesama adik beradik agar hubungan Kakak dan adik adik akan kekal hingga ke syurga''.InsyaAllah..

Buah Hati Umi Dunia Akhirat,

Umi mengharapkan ikatan kasih sayang antara buah hati Umi bertiga sentiasa tersemat kukuh di hati masing masing.Jagalah ikatan persaudaraan ini dengan penuh kasih dan sayang yang takkan pudar untuk selama lamanya.Ingat pesanan Umi wahai buah hatiku ..Jaga diri,jaga peribadi,jaga makan minum kamu,jaga hati insan di sekelilingmu,jaga solat dan jaga iman kamu.Andainya semua itu terjaga InsyaAllah hidup kamu akan diberkati Allah.Jangan lupa taat akan orang yang lebih tua daripada kamu wahai buah hatiku....INGAT INGAT INGATLAH !!!

Buah Hati Umi Dunia Akhirat,

Ingat selalu dan sematkan dihati kamu wahai buah hatiku..Umi sayang kamu dunia akhirat,Sayang kamu sejak kamu dilahirkan hingga ke hari ini.Bagaimana cara untuk Umi tafsirkan rasa kasih dan juga sayang Umi pada kamu,Umi sendiri tak dapat untuk menjelaskan dengan kata kata.Rasa yang datang dari lubuk hati Umi hanya yang IKHLAS buat kamu bertiga anak anakku.Umi akan sentiasa sayang kamu tak kira walau di mana Umi berada..InsyaAllah buah hatiku.Ingat Umi dalam doamu .Jangan lupa doakan Umi dalam setiap sujudmu wahai buat hatiku..Jangan lupa solat ikut waktu kerana solat adalah TIANG SERI yang akan menyerikan lagi warna warni hidup kamu nanti..

 Insyirah,Iman & Akif..Buah Hatiku Dunia Akhirat,Anugerah Indah Untukku..

Ingatan ikhlas dan jauh di lubuk hati Umi sangat sangat kasih dan sayang akan dirimu wahai tiga buah hatiku...Umi sayang kamu .Sayang sangat sangat..Sayang yang tak terungkap dengan kata kata..

Insyirah,Iman & Akif..Buah Hatiku Dunia Akhirat,Anugerah Indah Untukku ...


❤ UPSR 2016 Format Dan Contoh Soalan/Instrumen ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Isnin Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

FORMAT UPSR 2016


 UPSR 2016 Format Baru Dan Instrumen/Soalan Contoh Peperiksaan


Format Baru UPSR 2016 terdiri daripada ujian bertulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris,Sains,Matematik,Bahasa Cina dan Bahasa Tamil antara lain adalah bertujuan untuk mentaksir pencapaian akademik murid seluruh negara dengan mematuhi standard yang ditetapkan.Format peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR akan ditambah baik dan yang akan digunakan masih lagi ujian bertulis 100 peratus seperti tahun tahun sebelum ini dan lebih mengutamakan calon menerapkan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Minggu lepas Lya ada muat turun format dan contoh soalan/instrumen UPSR 2016 untuk anak Lya,Insyirah.Alang alang dah di muat turun Lya buat satu entri dan selitkan sekali format dan contoh soalan/instrumen untuk entri ''UPSR 2016 Format Dan Contoh Soalan/Instrumen''.Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Format Baru UPSR 2016 Mata Pelajaran Bahasa
( Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina Dan Bahasa Tamil )


Format Dan Contoh Soalan/Instrumen UPSR 2016

 Format Baru UPSR 2016 Mata Pelajaran Matematik 

Format Dan Contoh Soalan/Instrumen UPSR 2016

Format Baru UPSR 2016 Mata Pelajaran Sains 


Format Dan Contoh Soalan/Instrumen UPSR 2016

INSTRUMEN CONTOH Format Baru UPSR 2016


Soalan/Instrumen Contoh UPSR BAHASA MELAYU  PEMAHAMAN Bahagian A


Format Dan Contoh Soalan/Instrumen UPSR 2016

Format Dan Contoh Soalan/Instrumen UPSR 2016

Format Dan Contoh Soalan/Instrumen UPSR 2016

Format Dan Contoh Soalan/Instrumen UPSR 2016


Format Dan Contoh Soalan/Instrumen UPSR 2016

Format Dan Contoh Soalan/Instrumen UPSR 2016

UPSR 2016 Format Dan Contoh Soalan/Instrumen

UPSR 2016 Format Dan Contoh Soalan/Instrumen


Soalan/Instrumen Contoh BAHASA MELAYU PEMAHAMAN Bahagian B


UPSR 2016 Format Dan Contoh Soalan/Instrumen

UPSR 2016 Format Dan Contoh Soalan/Instrumen

UPSR 2016 Format Dan Contoh Soalan/Instrumen

UPSR 2016 Format Dan Contoh Soalan/Instrumen

UPSR 2016 Format Dan Contoh Soalan/Instrumen

UPSR 2016 Format Dan Contoh Soalan/Instrumen

UPSR 2016 Format Dan Contoh Soalan/Instrumen

UPSR 2016 Format Dan Contoh Soalan/Instrumen

UPSR 2016 Format Dan Contoh Soalan/Instrumen

Soalan /Instrumen Contoh BAHASA MELAYU PENULISAN


UPSR 2016 Format Dan Contoh Soalan/Instrumen

UPSR 2016 Format Dan Contoh Soalan/Instrumen

UPSR 2016 Format Dan Contoh Soalan/Instrumen

UPSR 2016 Format Dan Contoh Soalan/Instrumen









Soalan/Instrumen BAHASA INGGERIS PEMAHAMAN Bahagian A




UPSR 2016 Format Dan Contoh Soalan/Instrumen

UPSR 2016 Format Dan Contoh Soalan/Instrumen

UPSR 2016 Format Dan Contoh Soalan/Instrumen






Soalan/Instrumen Contoh BAHASA INGGERIS PEMAHAMAN Bahagian B







UPSR 2016 Format Dan Contoh Soalan/Instrumen





Soalan/Instrumen Contoh UPSR BAHASA INGGERIS PENULISAN 


UPSR 2016 Format Dan Contoh Soalan/Instrumen

UPSR 2016 Format Dan Contoh Soalan/Instrumen










Soalan/Instrumen Contoh UPSR MATEMATIK Kertas 1





























Soalan/Instrumen Contoh UPSR MATEMATIK Kertas 2

















Soalan/Instrumen Contoh UPSR SAINS KERTAS 1






























Soalan/Instrumen Contoh UPSR SAINS Kertas 2















Untuk format dan contoh instrumen matapelajaran lain seperti Bahasa Tamil dan juga Bahasa Cina anda boleh muat turun di laman sesawang Lembaga Peperiksaan yang boleh dicapai melalui pautan ini www.lp.edu.my . Lya hanya muat turun untuk Bahasa Inggeris,Bahasa Melayu,Matematik dan Sains sahaja.Harap maklum..Terima Kasih sudi singgah dan sudi baca entri ini..


❤ Contoh Karangan UPSR Bahasa Inggeris Mudah ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Selasa Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Sekarang ni Lya sangat sibuk dengan aktiviti cuti sekolah anak anak.Bila musim cuti sekolah memang Lya sangat sibuk.Aikk orang kata cuti sekolah tak sibuk,kenapa Lya sibuk ??..

Yupp cuti sekolah baru jer bermula tapi kesibukan Lya mengalahkan Cikgu yang nak mengajar kat sekolah.Sekarang ni lagi berganda kesibukan Lya.Al maklum la tahun hadapan 2016 anak sulung Lya,Insyirah akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR.Tahun 2016 juga adalah tahun pertama UPSR menggunakan format baru,jadi Lya kena bersedia awal untuk Insyirah.Format Baru UPSR 2016 ini membabitkan bentuk dan jenis soalan di mana soalan objektif aneka pilihan akan dikurangkan dan sebaliknya ditambah objektif pelbagai bentuk berunsurkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).Format Baru UPSR 2016 akan membabitkan enam subjek dengan Bahasa Inggeris akan dibahagikan kepada dua kertas iaitu pemahaman dan penulisan. Ini bermakna pelajar Sekolah Kebangsaan akan menduduki 6 kertas matapelajaran untuk maksimum keputusan cemerlang 6A.

Sekarang ni Lya banyak habiskan masa mencari contoh contoh soalan dan juga jawapan untuk kertas UPSR yang lepas bagi Insyirah jawap.Banyak masa ditumpukan untuk Bahasa Inggeris penulisan.
Alhamdulillah dalam zaman serba moden ini,maklumat hanya di hujung jari.Semua itu ikut kehendak kita..Kalau kita rajin mencari insyaallah kita dapat apa yang kita cari.Malam ni dah selesai untuk Karangan Bahasa Inggeris mudah untuk Insyirah.Lya ada muat turun beberapa contoh karangan dari laman sesawang Scribd dan Lya kongsikan beberapa contoh karangan untuk anda di luar sana.
Semoga bermanfaat dan dapat membantu anak anak anda untuk menulis satu karangan mudah.Semoga berjaya..Jangan lupa doakan Insyirah juga ya !!

Contoh Karangan UPSR Bahasa Inggeris Mudah


My Best Friend 

Contoh Karangan UPSR Bahasa Inggeris Mudah

Our School Exhibition

Contoh Karangan UPSR Bahasa Inggeris Mudah



Cameron Highlands A Malaysian Hill Resort 


Contoh Karangan UPSR Bahasa Inggeris Mudah


My Country - Malaysia

Contoh Karangan UPSR Bahasa Inggeris Mudah



Teachers' Day

Contoh Karangan UPSR Bahasa Inggeris Mudah



Turtles In Terengganu



Contoh Karangan UPSR Bahasa Inggeris Mudah


My Pets

Contoh Karangan UPSR Bahasa Inggeris Mudah

Things I Like To Do

Contoh Karangan UPSR Bahasa Inggeris Mudah



Hari Raya Celebrations


Contoh Karangan UPSR Bahasa Inggeris Mudah


A Wedding I Attended


Contoh Karangan UPSR Bahasa Inggeris Mudah


Ini adalah sebahagian daripada contoh karangan UPSR Bahasa Inggeris mudah yang Lya muat turun di laman Scribd.Untuk mendapatkan contoh contoh yang lain anda boleh muat turun di laman Scribd melalui https://www.scribd.com/ . Terima kasih sudi baca entri Lya.


❤ Latih Tubi UPSR Simpulan Bahasa Bersama Insyirah ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Rabu Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Alhamdulillah tengahari tadi berkesempatan untuk muat turun soalan latih tubi Simpulan Bahasa untuk Insyirah.Makanya Umi pon layan simpulan bahasa tengahari ni bersama dengan abah sekali.Best jugak join sekali dengan anak duk jawap soalan sebab masa ni la banyak benda benda kelakar yang keluar bila temgok jer Simpulan Bahasa yang ada kat bawah ni..Jom  belajar sekali..Sebenarnya Umi dengan abah yang duk gelak gelak bila nampak ayat kelakar atau simpulan bahasa yang kelakar..Insyirah yang tengok pon naik seronok nak belajar..Alhamdulillah pendekatan baru kami untuk Insyirah agar dapat dan mudah memahami..Doakan Insyirah ya sahabat !!

Latih Tubi UPSR Simpulan Bahasa



Latih Tubi UPSR Simpulan Bahasa

Latih Tubi UPSR Simpulan Bahasa

Latih Tubi UPSR Simpulan Bahasa


Latih Tubi UPSR Simpulan Bahasa




Latih Tubi UPSR Simpulan Bahasa




❤ Latih Tubi Tatabahasa UPSR Bersama Insyirah ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Sedar tak sedar dah masuk waktu petang.Hari ni sempat luangkan masa untuk Insyirah siapkan latih tubi Tatabahasa UPSR.Alhamdulillah hari ni dapat belajar dan buat latihan untuk Kata Nama Am,Kata Nama Khas,Kata Ganti Nama Diri,Kata Ganti Nama Tanya,Kata Ganti Nama Tempat dan Tunjuk,Kata Ganti Nama Tak Tentu,Kata Kerja,Kata Adjektif,Kata Sendi Nama, Kata Hubung,Kata Tanya,Kata Seru,Kata Bantu,Kata Nafi,Kata Penegas,Kata Pemeri,Kata Penguat,Kata Bilangan,Kata Perintah,Ayat Aktif Ayat Pasif,Cakap Ajuk Dan Cakap Pindah,Imbuhan,Tanda Baca,Penanda Wacana,Penjodoh Bilangan,Peribahasa,Sinonim,Antonim,Kata Banyak Makna,Imbuhan,Kata Majmuk,Kata Ganda dan Bandingan Semacam..Fuh banyak no pelajaran hari ni..Umi pon dah penat sangat ni..Tapi dalam duk penat tu Lya sempat sediakan satu entri untuk pembelajaran Insyirah hari ini.Jom selusuri Kata Nama Am,Kata Nama Khas dan Kata Nama Diri untuk entri kali ni.Nanti ada masa Lya cuba sediakan untuk tajuk lain yang dah dilaksanakan Insyirah.Tunggu entri Lya ya !! Terima Kasih sudi baca entri Lya..

Latih Tubi Tatabahasa UPSR 


KATA NAMA AM 


KETERANGAN:Kata Nama Am ialah kata yang menamakan manusia,haiwan, tumbuh-tumbuhan, benda, tempat dan sebagainya secara am atau umumKata Nama Am boleh terbina daripada kata dasar atau pun kata terbitan.Kata nama dasar ialah kata nama yang tidak mengalami proses pengimbuhan.
Kata nama terbitan ialah kata nama yang terhasil akibat proses pengimbuhan pada sesuatu kata dasar.

LATIHAN KATA NAMA AM

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1.__________ yang terletak di hujung kampung mengeluarkan hasil yang lumayan.
A.Kebun
B.Pokok
C.Buah  
D.Tumbuhan

2.Mak Lijah mengikat sebilah __________ pada galah itu untuk mengait jantung pisang.
A.tajak
B.parang
C.gunting
D.pisau

3.Kerja sebagai seorang anggota __________ adalah untuk menangkap dan membawa penjenayahke muka pengadilan.
A. tentera
B. rela
C. polis
D. kastam


4._________ handalan itu telah memecahkan rekod acara 100 meter yang bertahan selama lima tahun.
A.Orang
B.Atlet
C.Pasukan
D.Pemain


5.Kawasan itu akan dimajukan sebagai kawasan __________ yang baharu tidak lama lagi.
A. perumah
B. perumahan
C. rumah
D. berumah

6.Seorang __________ ternama sedang bermain golf sambil berbincang urusan jual beli dengan rakan-rakannya.
A. pekerja
B. pegawai
C. peniaga 
D. usahawan

7.Bapa saya pernah menjadi __________ sekolah di kampung ini.
A. ketuaan
B. mengetua
C.ketua
D. pengetua

8.Banyak _________ gemar melawat tempat-tempat menarik di negara ini.
A. pelancung
B. pelancong
C. pendatang
D. pelawat

9.Para pelajar sedang sibuk menghias __________ sekolah kerana majlis anugerah kecemerlanganakan diadakan lusa.
A. taman
B. kantin
C. dewan
D. kedai

10. Pada zaman dahulu,banyak _________ datang ke Melaka untuk urusan perniagaan.
A. pengurus
B. penjual
C. penjaja
D. pedagang

11. __________ yang dibonceng oleh abang tersadai di tepi jalan kerana kerosakan enjin.
A. Bas
B. Basikal
C. Kereta
D. Motosikal

12. Pemuda buta itu pandai mengayam _________ daripada buluh.
A. tikar
B. kotak 
C. bakul
D. bekas

13. Abang baru membeli sebuah __________ berjenama Sony.
A. jam
B. radio
C. komputer
D. gitar 

14. Saya dan Samy belajar di _________ yang sama sejak dari tahun satu hingga kini.
A.dewan
B.tadika
C. sekolah
D. bala

15. Adik saya menyertai pertandingan menulis __________ bagi kategori murid tujuh hingga sembilan tahun.
A. cerpen
B. skrip
C. cerita
D. novel

16. __________ itu diminati kerana kelunakan suaranya apabila beliau mendendangkan lagu.
A.Penari
B. Penyair 
C. Penyajak
D Penyanyi

17. Anggota rukun tetangga bertugas untuk menjaga __________ saya pada setiap malam.
A.pekan
B. kampung
C. negeri
D. negara

18. Di dalam tin kosong itu terdapat banyak __________ kerana air bertakung.
A.jejentik
B. lelabah
C. riang-riang
D. umang-umang

19. Saya telah mengirim sepucuk __________ kepadanya untuk bertanya khabar.
A. kad
B. nota
C.kertas
D. surat

KATA NAMA KHAS 


KETERANGAN:Kata Nama Khas ialah kata yang merujuk kepada nama sesuatu benda yang khusus dan ejaannya berpangkalkan huruf besar.


LATIHAN KATA NAMA KHAS


Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.


1. Pemenang program realiti TV 10 telah menerima sebuah kereta ________ .
A.Sony
B.Gen 2
C.Nokia
D.Del

2. Kes pembunuhan berprofil tinggi itu telah diketuai oleh ________ .
A.Mejar Amran
B. Inspektor Haris
C. Hakim Saljit Singh
D. Peguam Bala


3. Jam tangan berjenama ________ telah dihadiahi oleh Datuk Kamal kepada kepada anak kesayangannya.
A.Pilot
B. Darlie
C. Rolex
D Satria


4. Pada hari minggu ayah membawa kami ke ________ untuk membeli belah.
A. Pasar Raya Tesco
B. Hotel Perdana
C. Stesen KLIA
D. Bangunan Petronas


5. Khazanah purba negara banyak tersimpan di ________ .
A.Masjid Negara
B. Taman Negara
C. Zoo Negara
D.Muzium Negara


6. Murid-murid menghadiahi guru-guru mereka pelbagai hadiah sempena sambutan ________ peringkat sekolah setiap tahun.
A.Hari Ibu
B. Hari Guru
C. Hari Bapa
D.Hari Pekerja


7. Tunku Abdul Rahman telah dianugerahi gelaran ________ .
A.Bapa Keamanan
B. Bapa Pemodenan
C. Bapa Kemerdekaan
D. Bapa Perpaduan


8. Negeri ________ juga dikenali sebagai Negeri Jelapang Padi Malaysia.
A. Joho
B. Kelantan
C. Pahang
D. Kedah


9. Orang ramai telah berkunjung ke ________ untuk melihat gerhana matahari yang berlaku baru- baru ini.
A.Bangunan KLCC
B. Planetarium Negara
C. Menara Kuala Lumpur
D. Pusat Dagangan Dunia


10. Ramai pembesar negara hadir ke ________ untuk meraikan istiadat pertabalan Yang DipertuanAgung.
A. Istana Negeri
B. Dewan Merdeka
C. Istana Negara
D. Bangunan Parlimen


11. Hukuman gantung sampai mati telah dijatuhi oleh ________ kepada pengedar dadah itu.
A. Peguam Kamal
B. Perdana Menteri
C. Ketua Polis
D. Hakim Gopal Singam


12. Pameran Pertunjukkan Akrobatik Maritim Antarabangsa ( LIMA ) telah diadakan di ________.
A. Pulau Pinang
B. Pulau Pangkor
C. Pulau Langkawi
D. Pulau Redang

13. Pesakit yang malang itu merayu orang ramai untuk mendapatkan derma bagi menjalani rawatandi ________ .
A. Institut Aminuddin Baki
B. Institut Pengajian Tinggi
C. Institut Jantung Negara
D. Institut Perguruan


14. Seekor lembu peliharaan Pak Mail telah mati dibaham oleh ________ ketika meragut rumput dihujung kampung.
A. Sang Kancil
B. Sang Rangkak
C. Pak Belang
D. Pak Bedal


15. Abang membawa kami ke ________ untuk menyaksikan tayangan filem hindustan.
A. Pusat Sivik
B. Dewan Pleno
C. Pawagam Odeon
D. Taman Tasik


16. ________ merupakan seorang pahlawan Melayu Melaka yang tersohor pada zaman dahulu.
A. Tok Dalang
B. Hang Li Po
C. Tok Selampit
D. Hang Tuah


17. Banyak rumah yang telah musnah akibat dilanda bencana ________ beberapa tahun yang lepas.
A. Chikungunya
B. Tsunami
C. Malaria
D. Gerhana


18. Negeri Sarawak menjadi tuan rumah ________ peringkat kebangsaan .
A. Pesta Ria
B. Pesta Tani
C. Pesta Air
D. Pesta Heboh


19. Pasukan Brazil telah memenangi Kejohanan Bola Sepak ________ yang berlangsung di Jerman.
A. Piala Emas
B. Piala Dunia
C. Piala Agung
D. Piala Thomas


20. Kempen ________ sedang giat dijalankan untuk membentuk masyarakat penyayang.
A .Bahasa Jiwa Bangsa
B .Cintai Bahasa
C. Budi Bahasa Budaya Kita
D. Sayangi Budi Bahasa Kita


KATA GANTI NAMA DIRI


KETERANGAN:Kata Nama Ganti Diri digunakan untuk menggantikan nama seseorang.Kata ganti nama diri dibahagikan kepada 3 bahagian :
1. Kata Ganti Nama Diri Pertama – contohnya aku, saya, hamba,patik,beta,kami,kita.
2. Kata Ganti Nama Diri Kedua – contohnya kamu, awak, engkau, anda, saudari,saudara.
3. Kata Ganti Nama Diri Ketiga – contohnya dia, beliau, baginda, mereka.


LATIHAN KATA NAMA DIRI

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.


1.“Ampun__________, bolehkah _____mengiringi mereka ke sana?” tanya Tuah kepada Sultan Mahmud Shah.
A.beta…hamba
B. yang mulia…beta
C. baginda…hamba
D. tuanku…patik


2._______mesti berlatih bersungguh-sungguh jika ingin menentang_________,” kata ketua pasukan kepada sahabatnya.
A. awak… mereka
B. Kita … mereka
C. Anda … aku
D. Awak … saya


3.”Masalah itu patut______selesaikan supaya____________tidak merajuk lagi,” kata Ali kepada kawan-kawannya.
A. awak … mereka
B. aku … kita
C. engkau … beliau
D. kita … dia


4. “Ampun _______, apakah hajat ________meminta ______ datang menghadap?” sembah Bendahara Tun Perak
A, baginda … tuanku … hamba
B. tuanku … beta … patik
C. beta … baginda … hamba
D. tuanku … tuanku … patik


5. _______ bertiga telah diarahkan oleh________membersihkan taman mini ini.
A. Kami … awak
B. Mereka … beliau
C. Beta … dia
D. Mu … kami


6. “Perbuatan ________memang tidak ________gemari,” kata Adnan kepada budak-budak itu.
A. anda … dia
B. kita … beliau
C. kamu … ku
D. awak … saya


7. Pen ini________hadiahkan kepada__________,” kata Ani kepada Ayu.
A. nya … awak
B aku … kami
C. kita … anda
D. ku … mu


8. Amin bermain bola sepak di padang. ________bermain bersama rakannya.
A. Mereka
B. Kami
C. Dia
D. Engkau


9. “Pukul berapa________akan sampai di rumah?” tanya Puan Aini kepada Taha.
A. kami
B. mereka
C. awak
D. kamu


10. Kami berikrar akan melakukan apa sahaja yang ________suruh.
A. kita
B. mereka
C. awak
D. kami


11. Sultan Muzaffar telah mangkat. Jenazah_________akan dimakamkan di kawasan makam diraja.
A beliau
C dia
B baginda
D nya


12.“________ yang melakukan kesalahan, bukan saya,” kata lelaki itu sambil menunjuk ke arah AhHong.
A Saya
C Dia
B Kami
D Mereka


13. ________ akan berangkat ke balai persidangan tidak lama lagi.
A Baginda
C Beta
B Aku
D Hamba


14. Murid-murid di dalam kelas itu mengutamakan kebersihan. _________ ingin belajar dalam suasanayang ceria.
A Mereka
C Kita
B Kalian
D Kamu


15.“________ telah dirompak oleh ________,” rintih kumpulan pelancong itu sambil menunjuk ke arah perompak yang melarikan diri.
A Hamba, dia
C Kami, mereka
B Kita, nya
D Saya, dia


16.Sami ialah anak angkat Encik Siva. Ibu bapa _______ meninggal dunia setahun yang lalu.
A kami
C kita
B mereka
D nya


17. Ayah Amin sakit. Kami sudah melawat _______ di hospital semalam.
A nya
C mereka
B dia
D beliau


18.Aini dan keluarga _______ telah berpindah ke Kuantan sejak dua tahun yang lalu.
A ia
C nya
B kami
D dia


19.Kepulangan ________ sekeluarga dari Mekah telah disambut oleh sanak-saudara dan penduduk kampung.
A. kita
B. saudara
C. kami
D. ianya


20.Perdana Menteri telah sembuh selepas ________ diberi rawatan di hospital.
A. dia
B. kalian
C. baginda
D. beliau

Ok siap jugak entri hari ini.Semoga bermanfaat untuk semua.Terima Kasih sekali lagi sudi singgah dan sudi baca entri Lya.Jumpa lagi !!



.
.


❤ Malaysia Islamic Children's Fair (MICF) ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah..
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Yey Cuti sekolah dah bemula! Pastikan bawa anak-anak ke Malaysia Islamic Children's Fair MICF ya.Jom datang beramai-ramai dan sama sama memeriahkan Malaysia Islamic Children's Fair (MICF), Pesta Kanak-kanak Islamik terbesar yang akan bermula esok hingga 29 November 2015 di Shah Alam Convention Centre bermula jam 9.00 pagi - 9.00 malam.






Pelbagai aktiviti menarik untuk anak-anak anda.Masuk adalah percuma.Antara aktiviti-aktiviti pentas yang akan berlangsung di Malaysia Islamic Children's Fair 2015 pada 27-29 November 2015 di Shah Alam Convention Centre.


Malaysia Islamic Children's Fair (MICF)


Malaysia Islamic Children's Fair (MICF)
Pesta Kanak-Kanak Islam Terbesar
Tarikh: 27-29 November 2015
Masa: 9:00 pagi - 9:00 malam
Tempat: Shah Alam Convention Centre

Mari sama-sama kita memeriahkan lagi pesta kanak-kanak Islam terbesar ini !! Jom bawa anak anak kita ke sana.

❤ Soalan Latih Tubi Tatabahasa UPSR Bersama Insyirah ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Khamis Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

Entri ini adalah entri sambungan untuk pembelajaran Insyirah petang tadi.Syukur alhamdulillah banyak soalan yang telah berjaya dijawap oleh Insyirah.Semoga dipermudahkan untuk menjawap semua soalan yang Umi muat turun dari lama Scribd.Ok laa tak nak cerita panjang panjang,Lya sertakan sekali soalan yang telah berjaya Insyirah jawap petang tadi.Jom ler kita sama sama belajar.Semoga entri ini bermanfaat buat semua..

KATA GANTI NAMA TANYA


KETERANGAN:Kata ganti nama Tanya digunakan untuk membentuk ayat-ayat.Kata ganti nama Tanya digunakan untuk menanyakan manusia,binatang,benda dan tempat.Contoh : apa, mana dan siapa.

LATIHAN KATA GANTI NAMA TANYA

Pilih ayat yang menggunakan kata ganti nama pertanyaan yang betul.

1. “ Boleh saya tahu, yang datang semalam itu _______ ? ” tanya Rizal kepada Suzi.
A bila
B siapa
C apa
D mana

2. “ Tolong buka beg , saya nak tengok _______ yang ada di dalamnya,”Kata Cikgu Ani kepada Ayu.
A bila
B siapa
C apa
D berapa

3. “________ Pak Adib dan isterinya akan berangkat ke Mekah ? ” tanya Haji Sudin kepada isterinya.
A Bilakah
B Di manakah
C Siapakah
D Bagaimanakah

4. ________ kamu tidak datang ke kelas tambahan semalam ?
A Bagaimanakah
B Berapakah
C Mengapakah
D Bilakah

5. ________ harga sekilogram buah duku ini ?
A Di manakah
B Bilakah
C Berapakah
D Adakah

6. Selamat pagi, ________pesanan cik ?
A bilakah
B apakah
C adakah
D di manakah

7. _______ kamu akan bertolak ke London ?
A Bilakah
B Siapakah
C Berapakah
D Di manakah


8. _______ caranya kamu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan ?
A Bilakah
B Berapakah
C Siapakah
D Bagaimanakah

9. Bilangan pelajar yang dipilih menyertai pertandingan lukisan itu ______?
A bila
B siapa
C apa
D berapa

10. Tuan punya kereta berwarna putih itu ______ ?
A siapa
B apa
C mana
D berapa

11. Harga buku yang kamu beli itu _____ ?
A mana
B kenapa
C berapa
D bagaimana

12. Beg yang kamu beli itu untuk ______?
A berapa
B siapa
C mana
D apa

13. “______ lagi yang tidak kena ,Amin ?”tanya ibu.
A Apa
B siapa
C Bila
D Mengapa

14. Pada hari ______kah kamu akan pulang ke Negeri Sembilan?
A bila
B apa
C mana
D berapa

15. Yang ______kah baju yang sesuai dipakai untuk majlis di istana nanti?
A bagaimana
B siapa
C mana
D apa

16. Cara untuk menenun kain songket _____?
A bagaimana
B berapa
C mengapa
D siapa

17. Lelaki yang datang ke rumah kamu semalam _____?
A apa
B siapa
C mana
D mengapa

18. Perasmi sukan tahunan sekolah kamu _____?
A berapa
B apa
C siapa
D bila

19. Yang duduk di hadapan guru besar itu _____?
A apa
B bila
C berapa
D siapa

20. Adik-beradik awak _____ orang?
A apa
B siapa
C berapa
D bagaimana

KATA GANTI NAMA TEMPAT DAN TAJUK 


Kata Ganti Nama Tempat
Digunakan untuk mengganti nama tempat.Terdapat tiga jenis kata ganti nama tempat iaitu:
Sana – tempat yang jauh dan tidak kelihatan.
Sini – tempat yang dekat
Situ – tempat yang agak jauh tetapi tidak sejauh sana dan tempat ini masih kelihatan.

Kata Ganti Nama Tunjuk 
Digunakan untuk menunjukkan manusia,haiwan,benda dan tempat.Terdapat dua jenis kata ganti nama tunjuk iaitu:
Ini – menunjukkan sesuatu yang dekat.
Itu – menunjukkan sesuatu yang jauh.

LATIHAN KATA GANTI NAMA TEMPAT DAN TUNJUK

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1. “ Mesin basuh yang baru tiba itu ___________?” tanya Fatin kepada jurujual itu.
A mana
B ini
C apa
D siapa

2. Peristiwa ______________ masih segar dalam ingatan Pak Abu.
A ini
B sini
C itu
D situ

3. Ulang tahun kemerdekaan Negara kita pada kali _____________ jatuh pada hari Jumaat.
A itu
B sana
C ini
D sini

4. Suria tidak ke _______________ sepanjang cuti persekolahan yang lalu.
A apa – apa
B mana – mana
C bila – bila
D siapa – siapa

5. “Wakil rakyat itu akan datang ke _______________ sebentar lagi,” kata ketua kampung kepada pemuda di sebelahnya.
A sana
B sini
C ini
D itu

6. Para tetamu diminta duduk di ________________ tempat yang masih kosong.
A mana – mana
B apa – apa
C mana
D sesiapa

7. Letakkan meja dan kerusi rosak ini di _____________ bilik yang mempunyai ruang,” kata gurudisiplin kepada murid – murid.
A mana – mana
B siapa – siapa
C bila – bila
D apa – apa

8. “Di ___________kah letaknya masjid Putrajaya?’ tanya Encik Adam kepada lelaki itu.
A mana
B berapa
C apa
D siapa

9. “Awak berasal dari ______________?” tanya Umar kepada jiran barunya.
A apa
B mana
C siapa
D bia

10. Jika tiada ______________ pertanyaan tentang kertas soalan, mulalah menjawab soalan itu.
A mana – mana
A bila – bila
C apa – apa
D siapa – siapa

11. Puisi _____________ saya tujukan untuk ibu tersayang yang telah pergi buat selama – lamanya,”kata Mira.
A sini
B itu
C sana
D ini

12. Kedai hiasan dalaman di seberang jalan ____________ dihias sangat cantik.
A itu
B sana
C ini
D begitu

13. Di _____________lah berlakunya kemalangan ngeri yang menyebabkan semua penumpangnyameninggal dunia.
A ini
B sini
C begitu
D begini

14. Perbuatan pemuda itu mencuri barang – barang surau akan menimbulkan kemarahan penduduk di _____________.
A ini
B begitu
C situ
D demikian

15. Jika ada _____________ perkara yang tidak diingini, sila maklumkan segera kepada pihak polis.
A apa – apa
B bila – bila
C mana – mana
D siapa - siapa

16. Ketuhar ________________ lah yang dimenangi oleh Mak Teh secara percuma semasa acaracabutan nombor bertuah yang diadakan di Pasar Raya Mutiara.
A situ
B ini
C sini
D itu

17. Pilih ________________ kasut yang padan warnanya dengan baju kebaya itu.
A siapa - siapa
B bila – bila
C mana – mana
D apa – apa

18. ________________ lah nasib yang dialami oleh Lebai Malang itu.
A begini
B situ
C begitu
D sini

19. ________________ sajalah buah tangan yang dapat saya berikan kepada kamu.
A ini
B sana
C itu
D sini

20. Kita perlu berusaha gigih, rezeki ada di ______________ .
A bila – bila
B siapa – siapa
C apa – apa
D mana – mana

KATA GANTI NAMA TAK TENTU 


KETERANGAN:Kata ganti nama tak tentu ialah kata ganti yang menunjukkan sesuatu atauseseorang secara tidak tentu.Contoh : apa-apa, mana-mana, masing-masing,seseorang,sesuatu dan siapa-siapa atau sesiapa.

LATIHAN KATA GANTI NAMA TAK TENTU

Isi tempat kosong dengan perkataan yang paling sesuai.

1._________ yang berminat mengambil bahagian dalam perlawanan itu, dikehendaki membuat pendaftaran.
A Apa-apa
B Siapa-siapa
C Bila-bila
D Mana-mana

2.“Serahkan _________ yang ada di dalam beg itu kepada aku!” kata perompak itu kepada Mak Munah.
A mana-mana
B siapa-siapa
C apa-apa
D bila-bila

3.Salim tidak menjamah _________ makanan pun hari ini.
A apa-apa
B siapa-siapa
C mana-mana
D bila-bila

4.Entah _________ lagi kami sekeluarga akan dapat pulang ke kampung.
A mana-mana
B apa-apa
C bila-bila
D siapa-siapa

5.Emak melarang adik ke __________ semasa beliau membayar harga makanan di kaunter.
A mana-mana
B siapa-siapa
C bila-bila
D apa-apa


6.__________ yang kehilangan jam tangan, sila berjumpa dengan saya.
A Mana-mana
B Siapa-siapa
C Bila-bila
D Apa-apa

7. Antara baju-baju ini pilihlah __________ yang adik berkenan.
A apa-apa
B siapa-siapa
C bila-bila
D mana-mana

8.Adakah __________ berita tentang keadaan ekonomi negara kita?
A bila-bila
B mana-mana
C apa-apa
D siapa-siapa

9.Pesanlah __________ makanan yang awak hendak.
A mana-mana
B siapa-siapa
C apa-apa
D bila-bila

10. Hasnah tidak suka __________ pun bertanyakan masalahnya.
A bila-bila
B siapa-siapa
C mana-mana
D apa-apa

11. Kami akan tiba __________ masa sahaja.
A bila-bila
B siapa-siapa
C mana-mana
D apa-apa

12. _________ barang yang berharga eloklah diselamatkan dahulu.
A Apa-apa
B Mana-mana
C Bila-bila
D Siapa-siapa

13. Tiada _________ dibenarkan masuk ke dalam bilik itu kecuali kakitangan yang berkenaan.
A apa-apa
B mana-mana
C sesiapa
D bila bila

14. “Pilihlah _________ kuih yang adik suka,” kata Puan Rokian kepadaanak bongsunya.
A mana-mana
B siapa-siapa
C apa-apa
D bila-bila


15. __________ pun pandangan kita tentang vandalisme, fenomena ini wajar dibanteras.
A Mana-mana
B Sesiapa
C Apa-apa
D Bila-bila

16. __________ yang tidak mengikut arahan akan dikenakan tindakan.
A Siapa-siapa
B Bila-bila
C Apa-apa
D Mana-mana

17.__________ yang tidak faham, tolong angkat tangan.
A Siapa-siapa
B Bila-bila
C Mana-mana
D Apa-apa

18. Kamu tidak dibenarkan menulis __________ sehingga dibenarkan berbuat demikian.
A apa-apa
B bila-bila
C mana-mana
D siapa-siapa

19. Duduklah di __________ yang kamu suka kerana tempat duduk ini tidak bernombor.
A apa-apa
B mana-mana
C bila-bila
D siapa-siapa

20. Tidak ada __________ lagi yang boleh kamu buat kerana semua kerja telah disiapkan.
A mana-mana
B bila-bila
C siapa-siapa
D apa-apa

KATA KERJA


KETERANGAN:Kata kerja ialah perkataan yang menunjukkan sesuatu perbuatan atau keadaan melakukan sesuatu.Kata kerja terbahagi kepada 3 jenis iaitu :
i. Kata Kerja Transitif – menebas, menyidai, menulis
ii. Kata Kerja Tak Transitif – bangun, lihat, lulus
iii. Kata Kera Pasif – ditebas disidai ditulis

LATIHAN KATA KERJA 

1.Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya _______ sauh yang berat itu di muara sungai.
A menghulurkan
B meletakkan
C melontarkan
D melabuhkan

2.Kakak ________ erat pinggang ibu sewaktu berpayung dalam hujan yang lebat itu.
A mencapai
B menggarap
C menduduki
D merangkul

3.Pendaki yang hilang semasa mendaki Gunung Ledang telah _________ di kawasan hutan tebaldi kaki bukit.
A terjumpa
B berjumpa
C dijumpai
D menjumpai

4.Pihak polis telah berjaya ________ kegiatan penyeludupan di kawasan sempadan.
A menumbangkan
B menewaskan
C menundukkan
D menumpaskan

5.Hakisan tanah dapat dielakkan jika ________ hutan dikawal oleh pihak kerajaan.
A penghapusan
B penerokaan
C pembersihan
D pembasmian

6.Pak Cik Amit ________ batang kayu itu untuk dijadikan tiang rumahnya.
A mengikis
B meraut
C menarah
D mengupas

Pilih ayat kata kerja transitif yang betul.

7. A Ali suka membaca buku.
B Dia pancing ikan di sungai.
C Ahmad tendang bola itu.
D Farid dan Ahmad baca cerita di perpustakaan.

8.A Adik saya suka menangis.
B Air sungai itu mengalir deras.
C Ahli perniagaan itu dan keluarganya melancong ke Turki.
D Puan Jamilah seorang guru yang rajin dan berdedikasi.

Pilih ayat kata kerja tak transitif yang betul .

9. A Pak Mat sedang membelah kayu.
B Ruzila sedang memasak kuih.
C Noraini sedang makan buah rambutan.
D Datuk sedang tidur dengan nyenyak.

10. A Jangan melompat.
B Dia lompat jauh.
C Dia senyum kepada saya.
D Ani bersalam dengan saya.

Pilih jawapan yang paling sesuai.

11. Anjing liar itu ________ seketul tulang.
A mengepit
B menjamah
C mengonggong
D memakan

12. Pak Amin kecewa kerana ________ oleh jurujual yang tidak berdaftar itu.
A ditipu
B ditegur 
C disapa
D dikunjungi

13. Dagu atuk luka terkena pisau semasa dia ________ janggutnya.
A mencabut
B memotong
C mencukur
D menggunting

14. Aina dan keluarganya sering ________ nenek tua yang tinggal keseorangan di teratak buruk itu.
A melancong
B menziarahi
C mendatangi
D menemui

15. Beberapa orang pekerja wanita di restoran menjual sate ________ daging pada lidi sebelum membakarnya.
A meraut
B memasuk 
C menjolok
D mencucuk 

16. Puan Syarifah seorang deklamator yang tersohor dan sering diundang untuk ________ puisinya.
A menyanyikan
B mengalunkan
C mempamerkan
D mendendangkan

17. Piala kejohanan pertandingan hoki itu ________ oleh para pemain Sekolah Kebangsaan Kampung Aman.
A diangkat
B dipegang
C disambut
D dijulang

18. Sekawan anak itik sedang _______ air di sebuah kolam yang cetek.
A menyudu
B menyodok 
C meminum
D mencedok 

19. Beberapa buah gerabak kereta api ________ daripada landasan akibat melanggar seekor gajah.
A tergelincir 
B terbabas
C tersangkut
D tersangkut

20. Mak Cik Minah asyik ________ tikar mengkuang di bawah pokok di tepi pondoknya.
A menenun
B menyirat
C menganyam
D menyulam

Ok dah siap..Terima kasih sudi baca..Jumpa lain kali di entri yang lain pula.Selamat malam sahabat..Esok kita jumpa lagi !!


   






   




❤ Peraduan Tahap Tahap Kebijaksanaan ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Jumaat Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

PERADUAN TAHAP-TAHAP KEBIJAKSANAAN

Apabila kanak-kanak membesar,keupayaan mereka untuk belajar juga berkembang.Perkembangan ini ditunjukkan dalam tahap-tahap kebijaksanaan yang berbeza [Curious (1-2 tahun), Explore (2-4 tahun),Create (4-6 tahun), Learn (6 tahun dan ke atas)].

Peraduan Tahap Tahap Kebijaksanaan


Seronok melihat anak-anak membesar.Macam-macam pencapaian mereka yang mengagumkan kita. Rasanya setiap detik hendak kita rakamkan aksi mereka.Hantarkan gambar aksi pintar dan menarik si manja anda yang berusia 1-6 tahun bersama produk Dutch Lady Nutri Plan™ dengan 5x DHA*.
Gambar yang mendapat undian tertinggi akan memenangi hadiah-hadiah menarik dari Dutch Lady Nutri Plan™ dengan 5x DHA*.

Peraduan Tahap Tahap Kebijaksanaan


Sertai PERADUAN TAHAP-TAHAP KEBIJAKSANAAN.Rakam aksi pintar mereka yang ceria dan menarik itu dan hantarkan ke http://pama.karangkraf.com/peraduan-dutch-lady.Hadiah-
hadiah menarik menanti 20 pemenang yang dipilih melalui undian tertinggi.

SYARAT PENYERTAAN PERADUAN TAHAP-TAHAP KEBIJAKSANAAN 

1.Peraduan akan bermula dari 12:00 tengahari pada 17 Nov 2015 dan tamat pada 12:00 malam (Waktu Malaysia) pada 07 Dec 2015.

2.Peraduan ini terbuka kepada ibu bapa dengan si manja yang berusia 1-6 tahun setakat 16 Nov 2015.

3.Gambar "close-up" si manja hendaklah diambil bersama produk Dutch Lady Nutri Plan™ dengan 5x DHA* (Dutch Lady® Curious (1-2 Tahun), Explore (2-4 Tahun), Create (4-6 Tahun) dan Learn (6+ Tahun)).Hanya penyertaan dengan gambar yang jelas dan menarik sahaja akan diterima.Gambar kabur atau imej terlalu kecil tidak akan diterima.

4.Pihak Penganjur ("KARANGKRAF") berhak,atas budi bicara mutlaknya untuk membatalkan kelayakan sebarang penyertaan atas sebarang sebab,termasuk tetapi tidak terhad kepada,apa jua yang dipercayai berkaitan dengan bayi dan/atau produk tersenarai yang melanggar Kod Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Tersenarai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai  PERADUAN TAHAP-TAHAP KEBIJAKSANAAN,anda boleh KLIK link peraduan di atas atau boleh layari Facebook Page Pa & Ma .


❤ Mini Giveaway YanieYusuf.com ❤

$
0
0
Salam Ukhuwah Fillah...
Salam Jumaat Sahabat...
Sedikit Perkongsian Untuk Sahabat...

MINI GIVEAWAY YANIEYUSUF.COM



KLIK BANNER NI TAU .. PASTU JOIN !!!

Syarat-syaratnya:

1. Buat satu entry ''Mini Giveaway YanieYusuf.com'' berserta gambar diatas (pastikan blacklink ke entry Mini Giveaway YanieYusuf.com).
2. Follow Blog www.yanieyusuf.com
3. Follow Google+ Yanieyusuf
5. Jangan lupa tinggalkan link enrty diruangan komen di entry Mini Giveaway YanieYusuf.com.

Tarikh akhir: 30 November 2015
(Sehingga jam 1159 malam)

Pemenang bertuah dipilih seramai 2 orang sahaja dan dipilih melalui random (keputusan adalah muktamad tau).

Ok,syarat dah tahu,pemenang pon dah tahu berapa orang yang akan menang..Meh kita jenguk sikit apa hadiah yang Puan Yanie Yusuf nak bagi kat kita kalau menang..Mesti nak tahu hadiah kan kan kan !! Jom usha sorang sikit apa benda laa hadiah dia tu yer.Nak jugak tahu.Yehaaa nak hadioh nak hadioh !! ..Pehlisss I nak I nak hahahahahaha ..

1) 1 Pemenang x Sebuah Buku nota dari TV9 seperti dibawah + RM10.00.


Ni rupa paras Buku Nota dari TV9 kat bahagian depan..Manakala gambar duit RM10 Pn Yanie Yusuf tak letak laa kat sini sebab nanti kan ada percanggahan pulak bila dapat duit nombor siri tak sama dengan duit yang tertera.Al maklumla Puan Yanie dah TERPAKAI duit tu hahaha !!



Ni pulak bahagian dalam Buku Nota TV9 .Comel jer ...Bagi kat I please !!!


2) 1 Pemenang x Sebuah buku nota kecil + badge pin Travelling Beruang

Ni dia bentuk rupa bumi kulit depan Buku Nota kecil tu ya !! Ololololo comel jugak..I kan kalau tengok benda comel comel memang excited sesangat ..


Tu tu tu ..Yang bulat tu badge pin Travelling Beruang.Ololololo comelnyer badge tu !! Alamak makin lama makin comel bila di tenung tenung ...

Ok la ..Syarat dah citer,tarikh tamat dah bagitahu,hadiah pon dah ditunjukkan.Suka tak suka tak suka tak !!!! Kalau suka ,tunggu lagi cepat cepat la join sebab dah nak tamat lagi tiga hari jer lagi.Join la, mana tahu ada rezeki menang hadiah kat atas tu tu tu.Akhir tahun ni kalau dapat note book memang kita suka sangat.Banyak nak menulis untuk awal tahun nanti oiiii..Untungla saper yang dapat note book boleh laa tulis menulis apa yang patut awal tahun nanti...Ok dah TAMAT !!

Lagi sekali nak bagitahu ... MEH LA JOIN MEH LA JOIN MEH LA JOIN !!!!!

http://www.akifimtiyaz.com/


Ok Good Luck For Me & For U Jugak..Yesss U Laa...U U U U  Yang Join Sekali ...


Viewing all 1865 articles
Browse latest View live