Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1855

Hahahaha You Don't Know My Password

$
0
0
Sebelum solat isyak jap tadi Lya check hp kakak insyirah...Biasa la sesekali kena buat sportcheck jugak..Tekan jer keluar lagu ni..Hahahaha You Don't Know My Password.Amboii siap tukar password dah ni..Bukan setakat tukar password siap tukar wallpaper lagi haaaa..Umi yang mula.mula tengok wallpaper ni rasa cam kena gelak jer..Pastu ngan Umi sekali rasa nak gelak jer..Ntah mana dia la dapat wallpaper tu ntah...

Kakak cakap tak nak bagi adik main game kat hp dia.Macam macam game dah adik adik dia layan kat dalam hp sampaikan nak guna hp pon susah sebab adik adik layan game dan jugak tengok citer kartun kat youtube.Lepas ni adik adik sila guna tab dan lappy jer..takle dah guna hp kakak.PASSWORD biarlah RAHSIA !!! Yer yer jer kakak ni...



Cuti sekolah ni diaorang bosan jugak kat rumah takde apa nak buat.Tv pon dah nak masuk 3 bulan takde..Sampai ke sudah tak beli tv lagi sejak rosak ritu..Jadi  Lya bagi kelonggaran kat anak anak tengok kartun kat youtube dan jugak layan game lepas dah settle baca buku dan buat latih tubi buku buku latihan untuk tahun 2017.Setakat ni sejak cuti sekolah tak miss lagi la diaorang buat latihan untuk pembelajaran 2017.Kiranya seimbang laaa..Main main jugak buku jangan lupa..Cuti sekolah jer,buku tak cuti..Lagipon sebelum cuti baru baru ni Umi dengan abah dah belikan buku latihan latih tubi untuk sesi 2017.Jadi diaorang boleh buat latih tubi dan layan baca buku buku teks yang cikgu dah bagi sebelum cuti sekolah..Ada jugak aktiviti bermanfaat sempena cuti sekolah..Minggu depan dah nak balik kampung cuti cuti..Minggu ni kita habiskan cuti cuti kat rumah dulu ...


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1855