Selamat tinggal November,selamat datang Disember..Alhamdulillah hari pertama di bulan Disember.Syukur pada Allah SWT kerana dengan izin dan rahmatNya dapat kita bersua lagi untuk kesekian kalinya.November telah berlalu pergi membawa bersama kisah dan cerita samaada suka,duka, sedih dan juga gembira.
November telah berlalu Disember berganti kini.Semoga harapan,impian dan juga doa kita untuk yang baik baik akan berterusan diterima oleh Allah SWT.Permulaan Disember 2016 ini,Lya mengharapkan agar dipermudahkan segala urusan dan dilimpahkan rezeki dalam pelbagai bentuk InsyaAllah dengan izinNya.Semoga pengakhiran bulan untuk tahun 2016 ini berakhir dengan senyuman yang cukup indah dan keistimewaan tersendiri.Hanya Allah sebaik baik perancang.Aamin aamin..
Disember my feveret month of the year..Bulan cuti cuti Malaysia,bulan orang buat kenduri kawen (yeyyy boleh g makan kenduri..) ,bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW (Rabiulawal) dan jugak paling penting dan ditunggu tunggu bulan anniversary perkahwinan Lya..Semoga sinar kebahagiaan,kesihatan,kesejahteraan dan juga ketenangan di dunia dan akhirat akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup Lya dan keluarga.Hujan rahmat sejak awal pagi tadi mengiringi awal Disember.Semoga kita semua sentiasa murah rezeki dan diberkati dunia akhirat.Aamin aamin ...
Di luar sana hujan masih membasahi bumi,semoga Allah limpahkan rahmat dan keberkatan buat kita semua....