Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all 1856 articles
Browse latest View live

Selamat Hari Lahir Ke 12 Muhammad Adam Iman

$
0
0
Selamat Hari Lahir Ke 12 Muhammad Adam Iman | Alhamdulillah sedar tak sedar hampir masuk pertengahan bulan 8 dah kita. Bulan 8 bulan kelahiran anak kedua KakYa, Muhammad Adam Iman. 13.8.2019 genap 12 tahun usia Iman.  Entri ni tertunda sebab KakYa sekeluarga baru jer balik dari bercuti di Kelantan. Makanya tarikh 13.8.2019 tak sempat nak buat entri beday Iman. Harini baru berkesempatan menulis kembali. Makanya Umi coretkan sepatah dua kata untuk anak kedua Umi di ruangan bisu ini untuk kenang kenangan akan datang.


Cepat jer masa berlalu sedar tak sedar dah 12 tahun usia Iman. Alhamdulillah syukur padaMU Ya Allah anugerah terindah yang KAU pinjamkan buat kami suami isteri membesar sihat walafiat.


Terima kasih Allah memberikan kesihatan yang baik untuk Iman. Semoga Iman akan terus dipanjangkan usia. Umi dan abah berdoa dan memohon kepada Allah SWT agar anak kedua Umi dan abah ini akan sentiasa di beri kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, diberikan minda yang cerdas, panjang umur, menjadi anak soleh serta sentiasa dalam lindungan dan redha Allah SWT. Sanah Helwah Ya Muhammad Adam Iman.  Umi abah sayang Iman dunia akhirat.


Umi dan Abah mengharapkan impian yang Iman impikan, semoga Allah SWT menjadikan impian Iman itu satu kenyataan. Semoga semua itu akan tercapai satu waktu nanti. Semoga kegembiraan  sentiasa pengiringi perjalanan Iman. Semoga Iman akan mendapat keberkatan di dunia dan juga akhirat. Aamin aamin. 

SELAMAT HARI LAHIR KE 12 MUHAMMAD ADAM IMAN 

Cetaphil Gentle Skin Cleanser Untuk Kulit Sihat

$
0
0
Cetaphil Gentle Skin Cleanser Untuk Kulit Sihat | Cetaphil Gentle Skin Cleanser sangat sesuai untuk kulit KakYa. KakYa guna produk Cetaphil ni dah lama sebenarnya. Dulu KakYa guna lebih pada penggunaan untuk kulit anak-anak setelah mendapat saranan Doktor sebab kulit mereka sensitif macam kulit KakYa. Doktor ada cakap kalau kulit sensitif tak boleh guna atau pakai produk sesuka hati nanti kulit menjadi kering, iritasi dan memberi kepedihan pada kulit. Ini kerana bahan bahan yang terkandung dalam produk tertentu boleh menyebabkan kulit makin teruk. Sebab tu la KakYa guna produk Cetaphil.


Review Cetaphil Gentle Skin Cleanser

KakYa mula guna produk Cetaphil sejak beberapa bulan lepas setelah melihat beberapa sahabat membicarakan mengenai Cetaphil dan ianya memberi kesan terbaik untuk kulit mereka. KakYa juga ada terbaca mengenai review yang ditulis menyatakan Cetaphil antara produk terbaik untuk kulit dan diperakui oleh pakar. Pembersih kulit Cetaphil benar-benar memberi kesan untuk kulit KakYa yang sensitif. KakYa rasa Cetaphil ni berfungsi dengan baik dan menjadikan kulit KakYa lembap tanpa kesan pengeringan sebab pembersih ni jenis yang lembut tanpa kandungan sabun atau pewangi. Untuk kulit wajah pula, apa yang KakYa boleh katakan selepas penggunaan selama beberapa bulan, wajah makin lembut dan segar tak macam dulu. Kalau dulu, kulit wajah mudah sangat kering dan tak bermaya. Sekarang tidak lagi. Kulit makin berseri-seri.


Bila guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser, KakYa rasa ia memang membersih dan melembap secara lembut walaupun tanpa sabun. Tak macam pembersih kulit yang berbuih, ia tak mengetatkan kulit dan mengikis pelindung kulit semula jadi. Kebaikan Cetaphil ni disyorkan oleh pakar kulit dan berkesan untuk semua jenis kulit termasuk kulit biasa, berminyak, kering, ataupun sensitif macam kulit KakYa. Ianya juga cukup lembut untuk kulit bayi. Sangat-sangat sesuai untuk kulit wajah dan badan.

Ya la kan bila kita dah tahu kulit kita jenis sensitif kenalah berhati hati menggunakan produk untuk wajah. Pernah juga beberapa kali kulit wajah KakYa menggelupas teruk dan menjadi hitam kehitaman disebabkan tersilap memilih produk. Bukan setakat itu sahaja kulit wajah turut menjadi semakin berminyak dan ditumbuhi jerawat yang banyak kerana kesilapan KakYa menggunakan produk tanpa mengambil kira kesannya pada kulit muka KakYa yang sensitif.

Cara Menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Produk penjagaan muka ini tidak memberikan kerengsaan pada kulit. Yang paling best korang boleh guna dengan air atau tanpa air sebagai makeup remover untuk makeup yang ringan. Cara nak guna pon senang sangat, korang boleh gunakan dengan dua cara. Cara pertama tanpa menggunakan air dan cara kedua guna dengan air. Kalau tanpa menggunakan air korang letak jer cecair Cetaphil pada kulit wajah, urut seketika dan lap dengan tuala bersih. Kalau korang gunakan air, letakkan cecair Cetaphil pada kulit wajah, urut seketika dan cuci muka dengan air bersih. Dah selesai. 


Cetaphil Gentle Skin Cleanser membersih dan melembap secara lembut tanpa mengikis dan menjadi pelindung kulit secara semula jadi. Tanpa sabun dan juga pewangi Cetaphil GSC berkesan untuk semua jenis kulit dan ianya cukup lembut untuk kulit bayi. Sangat sangat sesuai untuk kulit wajah dan badan. Produk ini tidak memberikan kerengsaan pada kulit dan yang paling best korang boleh guna dengan air atau tanpa air. Ada satu lagi yang best, Cetaphil GSC tidak BERMINYAK dan ianya menyerap dengan baik saat KakYa gunakan pada kulit. Sebab tak berminyak tu la buat KakYa suka nak guna.


Masa mula mula aritu, KakYa cukup teruja untuk mencuba pembersih Cetaphil kegemaran ramai ini. KakYa dapat rasakan pembersih ini benar benar membersihkan wajah dan kulit badan KakYa. Lepas dah guna tu kan, rasa segar jer keseluruhan wajah dan juga badan. Kulit pon makin lembut dan berseri seri. Sekarang ni hari hari KakYa akan gunakan pembersih ini dan juga produk Cetaphil yang lain seperti Cetaphil Moisturising Cream dan Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50+. Jatuh cinta dah saya dengan Cetaphil!

Cetaphil Moisturizing Cream

Selain menggunakan pembersih yang cukup KakYa suka ni, KakYa turut menggunakan krim pelembap juga. Cetaphil Moisturizing Cream pilihan KakYa kerana kepentingannya pada kulit , tambah tambah lagi bila usia makin meningkat. Kulit perlukan krim pelembap bagi mengelakkan kulit KakYa menjadi terlalu kering dan bermasalah. Dengan keadaan cuaca di Malaysia yang tidak menentu menjadikan pelembap sesuatu yang cukup penting untuk penjagaan kulit KakYa. KakYa gunakan pelembap dua kali sehari iaitu waktu siang dan juga malam.


Cetaphil Moisturizing Cream mempunyai bahan pelembut dan pelembap ekstra yang dapat mencegah kelembapan daripada hilang. Cetaphil Moisturizing Cream memberikan penghidratan yang berpanjangan pada kulit dan menjadikannya lembut dan licin. Cetaphil Moisturizing Cream sangat sesuai untuk merawat kulit kering dan sangat baik juga digunakan untuk kaki, siku dan lutut. Ha ahhh beli satu produk boleh guna untuk semua bahagian. Tak ke untung tu!


Bahan bahan yang terdapat dalam pelembap Cetaphil berfungsi untuk mengekalkan kelembapan dan menggandakan tahap penghidratan kulit dalam masa beberapa hari. Kulit semakin lembap dan tiada lagi kekeringan seperti sebelum ini.

Bagi KakYa pelembap adalah penting sama seperti pembersih. Oleh itu untuk melengkapkan rutin penuh penjagaan kulit, KakYa gunakan pelembap Cetaphil untuk menghidrat kulit dan menjadikan kulit sihat bermaya.

Cara penggunaan pelembap, hanya sapukan beberapa titis pada kulit korang dan urut perlahan lahan dengan lembut. Korang boleh rasa kulit korang akan menjadi lembap. Pelembap membantu memulihkan penghalang perlindungan semula jadi kulit menjadikan kulit korang sihat sentiasa.

UVA/UVB Defense SPF 50+ /UVA 28

Rumusan lengkap dengan sistem tujuh penapis memberikan perlindungan matahari yang optimum daripada sinaran UV, Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50+ pastinya pilihan KakYa. Dengan perlindungan yang tinggi pada kulit di samping melegakan dan melembapkan kulit. Produk ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit muka dan badan. Sangat mudah diserap dan menjanjikan perlindungan UVA dan UVB terbaik.



Kulit kita memerlukan perlindungan supaya tidak terbakar di bawah sinar matahari. Korang mesti lebih arif, bahaya bilamana kulit terdedah kepada cahaya matahari yang berterusan terutama untuk jangka masa yang lama. Kesannya kulit kita menjadi lebih gelap atau terbakar. Kulit KakYa kalau duk kat tepi pantai lama lama mula la rasa terbakar dan mudah menjadi gelap.

Untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari berlebihan KakYa gunakan pelindung matahari. Kalau nak keluar rumah terutama waktu tengahari KakYa akan pastikan kulit KakYa dilindungi dengan UVA/UVB Defense SPF 50+ /UVA 28. Dengan kandungan spf sebanyak 50+ dan UVA 28, produk ini sangat sesuai kalau korang nak bawak pergi bercuti kat kawasan pantai atau kawasan beriklim panas.

Kulit KakYa semakin lembap selepas menggunakan UVA / UVB Defence SPF50. Bagi KakYa produk ni sangat ringan pada kulit dan bilamana KakYa gunakan produk ni KakYa masih boleh gunakan BB Cream. Kiranya selepas menggunakan UVA/UVB Defense SPF 50+ terus jer pakai BB Cream takde masalah pon.

Okay, oleh kerana produk ni best sangat sangat best dan buat KakYa teruja teruk, KakYa sarankan untuk korang yang suka travel korang boleh tambahkan Cetaphil UVA / UVB Defense SPF50 dalam list korang. Untuk KakYa, Cetaphil UVA / UVB Defence SPF50 pasti menjadi pilihan walau di mana berada.

Mana Nak Dapatkan Produk Cetaphil

Untuk pengetahuan korang KakYa dah cuba ketiga tiga produk Cetaphil ni dan KakYa cukup puas hati dengan keberkesanan produk ini. Setelah beberapa bulan bersama produk dari Cetaphil KakYa rasa lepas ni KakYa tak nak tukar produk lain dah. Buat apa nak tukar kalau Cetaphil pilihan terbaik. Korang pon kenala cuba produk Cetaphil ni. Mana tahu serasi dengan kulit korang. Cuba la dulu baru tau! Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk Cetaphil korang boleh dapatkan segera produk hebat ini di;


Selamat Menduduki UPSR 2019 Muhammad Adam Iman

$
0
0
Selamat Menduduki UPSR 2019 Muhammad Adam Iman | Hari ni 4 September 2019, anak kedua KakYa Muhammad Adam Iman akan menduduki Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR. Muhammad Adam Iman, Umi dan  abah harap hari ini dan hari hari peperiksaan seterusnya Iman dapat menjawap soalan peperiksaan dengan tenang. Semoga Allah ilhamkan jawapan jawapan yang tepat penuh kesempurnaan untuk Iman. Umi dan abah sentiasa doakan yang terbaik untuk Iman. Good luck and do your best son. Remember, do not be nervous okey!


Abah, Umi, kakak Insyirah dan adik Akif mendoakan agar Iman dapat menjawap soalan UPSR dengan tenang, berlapang dada dan beroleh kejayaan cemerlang. InsyaAllah. 

Di kesempatan masa yang ada ini. KakYa ingin minta doa dari sahabat semua dapat mendoakan anak KakYa agar dapat menjawap dengan tenang dan dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh UPSR bermula hari ini 4 September 2019 dan berakhir 11 September 2019. Doa dari sahabat, KakYa dahulukan dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah SWT yang mampu membalasNya. 

KakYa juga mendoakan agar anak anak sahabat KakYa dan semua calon yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2019 dapat menjawap soalan dengan tenang dan dipermudahkan segala urusan. Semoga anak anak UPSR 2019 berjaya dengan cemerlang. Aamin aamin.

Joint Wellness Dan Bowel Wellness Dari Himalaya Untuk Kesihatan Dalaman

$
0
0
Joint Wellness Dan Bowel Wellness  Dari Himalaya Untuk Kesihatan Dalaman | Bila umur dah nak masuk 40-an ni semua nak kena jaga terutama bila melibatkan kesihatan diri. Semakin meningkat usia kita, semakin kurang kecerdasan badan. Untuk diri KakYa sendiri, sejak usia makin meningkat masalah utama yang selalu KakYa hadapi mudah sangat sakit sendi, otot dan  juga sembelit. Mengikut pembacaan KakYa 3 daripada 5 orang rakyat Malaysia menghidap penyakit otot dan sendi.


Bila dah datang sakit otot dan sendi mulalah semua kerja tak menjadi. Sesekali berurut tu biasa la tapi setakat berurut sahaja tak boleh nak selesaikan masalah. Kena cuba amalkan produk kesihatan juga untuk pemulihan dalaman. Kebetulan ada kawan yang syorkan produk kesihatan keluaran Himalaya. Yesss Himalaya!

KakYa suka produk keluaran Himalaya kerana ianya Halal, herba asli 100% dan selamat digunakan. Korang tak perlu ragu ragu sebab produk Himalaya sememangnya diperakui selamat dan mendapat review yang baik daripada pengguna yang pernah menggunakan produk keluaran Himalaya ini.


Joint Wellness

Joint Wellness! Korang pernah dengar ke? Katanya produk ni cukup bagus untuk sendi dan otot. KakYa dah cuba selama tiga minggu, alhamdulillah setakat ni ada perubahan yang KakYa dapat rasa sejak KakYa amalkan secara konsisten. KakYa amalkan pengambilan Joint Wellness sebiji pada waktu pagi dan sebiji pada waktu malam.


Keberkesanan produk ni bergantung kepada kesesuaian setiap individu. Ada yang mendapat hasil dan keberkesanan dengan cepat ada yang lambat. Jadi kalau korang nak amalkan pengambilan sesuatu produk pastikan korang amalkan dengan cara yang betul.

Siapa Yang Perlu Mengambil Joint Wellness 

Ada kawan yang tanya KakYa siapa yang perlu ambil Joint Wellness? Ok, selepas mengamalkan Joint Wellness selama 3 minggu apa yang boleh KakYa bagitahu kat korang dan KakYa sarankan kalau korang ada masalah sakit otot dan sendi peringkat awal korang boleh cuba Joint Wellness.


Kalau korang yang obesiti dan bila berjalan sekejap sekejap sakit lutut, sakit pinggang, sakit bahu pon boleh cuba Joint Wellness. Jadi apa tunggu lagi kembalikan otot dan sendi yang sihat dengan produk halal dan selamat. Jangan lupa dapatkan Joint Wellness anda hari ini juga.

Kebaikan Joint Wellness

Bila kita amalkan pengambilan sesuatu produk mesti kita nak tahu apa kebaikan produk tersebut boleh bagi untuk diri kita. Biasanya sebelum mengambil sesuatu produk KakYa akan tengok dulu kebaikan produk tersebut dengan membaca testimoni berkaitan dan mencari info lengkap mengenai produk. Untuk pengetahuan korang Joint Wellness mempunyai banyak kebaikan antaranya: 

- Melegakan masalah sakit sendi tulang termasuk bahu, lutut dan juga pinggang
-  Mengelakkan sendi mengalami kerosakan
- Mengurangkan risiko osteoporosis
- Mengurangkan kesakitan artritis dan meningkatkan fungsi sendi
- Menindas kesakitan sendi
- Membantu menguatkan sendi
- Melancarkan aliran darah

Bowel Wellness

‘Bowel Wellness’ satu lagi produk Himalaya yang KakYa sedang amalkan hingga harini. Pernah tak korang mempunyai masalah sembelit? Sembelit boleh terjadi akibat kurangnya pengambilan air dan serat dalam makanan.


Antara amalan yang boleh dilakukan bagi mengurangkan sembelit adalah mengamalkan minum 6 hingga 8 gelas air putih sehari, makan sayur dan buah buahan serta bijirin yang tinggi kandungan serat dan jangan lupa bersenam setiap hari atau korang boleh cuba amalkan Bowel Wellness.

Pastikan korang menjalani pemeriksaan lanjut sekiranya menghadapi masalah sembelit berpanjangan.

KakYa kalau kurang minum air putih mudah sangat sembelit. Bila dah sembelit mula la rasa tak selesa, perut pon rasa cam cramp jer. Tambah tambah bila banyak hari tak membuang, badan pon akan lesu semacam. Semua kerja tak menjadi. Opkoss la kan! dah diri tak selesa camne nak buat kerja. 


Tapi sejak KakYa cuba Bowel Wellness 2 biji selepas makan pagi dan malam, KakYa dapat rasa sistem penghadaman berjalan dan bekerja lebih lancar. Kalau korang nak tahu, Bowel Wellness membantu sistem pencernaan agar dapat bekerja dengan lebih baik, mencuci usus dan menjadikan badan kita lebih ringan dan segar. Jangan lupa banyakkan minum air putih dan kurangkan minum ais.

Kebaikan Bowel Wellness

Antara kebaikan yang terdapat dalam produk Bowel Wellness adalah:

- Melegakan perasaan sembelit
- Membantu aliran usus normal
- Menyokong detoksifikasi yang normal daripada usus

Kalau korang memerlukan maklumat lebih detail mengenai kedua dua produk ini, korang boleh layari laman web, facebook page dan juga instagram Himalaya pada pautan dibawah:

Website: http://www.himalayainasia.com/
Facebook: https://m.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/
Instagram: https://instagram.com/himalayamalaysia/ 


Permohonan Online MRSM 2020 Kemasukan Ke Tingkatan 1 Dan 4

$
0
0
Permohonan Online MRSM 2020 Kemasukan  Ke Tingkatan 1 Dan 4 | Permohonan secara online kemasukan ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 bagi sesi pembelajaran 2020 telah dibuka bermula hari ini 8 September 2019 sehingga 30 November 2019. Calon yang berminat boleh membuat permohonan awal tanpa perlu menunggu keputusan UPSR dan PT3. 


Maklumat Program MRSM

1. Program IGCSE
2. International Baccalaureate – Middle Year Programme (IBMYP)
3. Program Teknikal
4. Program Ulul Albab
5. Program Premier
6. Program Khas Pendidikan (PKP)

MRSM menyediakan program berteraskan kurikulum kebangsaan dan kurikulum antarabangsa yang menekankan disiplin dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik dan berintegriti.

Sebanyak lima program ditawarkan kepada pelajar Tingkatan 1 di MRSM iaitu International General Certificate of Secondary Education (IGSCE), International Bacclaureate-Middle Year Programme (IB-MYP), Program Ulul Albab, Program Teknikal dan Program Premier manakala dua program iaitu Program Premier dan Program Khas Pendidikan (PKP) ditawarkan kepada pelajar Tingkatan Empat.

Program IGCSE

 International Baccalaureate – Middle Year Programme (IBMYP)

 Program Teknikal

 Program Ulul Albab

 Program Premier

 Program Khas Pendidikan (PKP)


Sila pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat pilihan permohonan secara online. 

Sila klik link di bawah untuk membuat permohonan secara online.

Permohonan Online MRSM 

Selamat Hari Lahir Ke 15 Nur Aina Insyirah

$
0
0
Selamat Hari Lahir Ke 15 Nur Aina Insyirah | Cepatnya masa berlalu, harini 20 September 2019 dah 15 tahun usia Kakak Insyirah. Selamat hari lahir ke 15 buat anak sulung dan satu satunya puteri Umi, Nur Aina Insyirah. Umi doakan kakak panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang solehah, sentiasa buat Umi abah bangga dengan kakak dan sentiasa ingat Allah walau dimana jua kakak berada. Jangan tinggal solat ya sayang. Semoga kakak dalam lindungan dan redha Allah SWT. Sanah helwah ya kakak. Doa Umi dan abah akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup kakak. Aamin aamin.


HAPPY BIRTHDAY INSYIRAH 
HAPPY BIRTHDAY 
HAPPY BIRTHDAY TO YOU HAPPY BIRTHDAY TO YOU HAPPY BIRTHDAY TO YOU HAPPY BIRTHDAY TO YOU


SELAMAT HARI JADI INSYIRAH 
SELAMAT HARI JADI 
SELAMAT HARI JADI SELAMAT HARI JADI SELAMAT HARI JADI 

SANAH HELWAH YA NUR AINA INSYIRAH SELAMAT HARI LAHIR  SELAMAT HARI JADI SELAMAT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN 

Selamat Menduduki PT3 2019 Nur Aina Insyirah

$
0
0
Selamat Menduduki PT3 2019 Nur Aina Insyirah | Good luck  untuk PT3 2019 untuk anak KakYa, Nur Aina Insyirah Suhaimi dan kawan kawan.  Kakak boleh ! Pasti boleh. Buat yang terbaik okey ! Doa umi, abah, adik adik dan semua yang menyayangi kakak akan sentiasa mengiringi langkah perjalanan kakak. Semoga Allah ilhamkan jawapan jawapan yang tepat penuh kesempurnaan untuk Kakak. Umi dan abah sentiasa doakan yang terbaik untuk Kakak. Good luck and do your best dear!


Kepada semua sahabat KakYa yang anaknya akan menduduki PT3 bermula hari ini 1/10/2019, KakYa dan family mendoakan mereka dapat menjawab soalan-soalan dengan TENANG, LANCAR , TEPAT & CEMERLANG. Aamin aamin.

Di kesempatan masa yang ada ini. KakYa ingin minta doa dari sahabat semua dapat mendoakan anak KakYa agar dapat menjawap dengan tenang dan dipermudahkan segala urusan sepanjang tempoh PT3 bermula hari ini 1 Oktober 2019 dan berakhir 9 Oktober 2019. Doa dari sahabat, KakYa dahulukan dengan ucapan terima kasih. Hanya Allah SWT yang mampu membalasNya.

Doa untuk anak-anak yang akan menduduki peperiksaan PT3

بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكzَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

*بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
 اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
 وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
  أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاء ِ وَالْمُرْسَلِيْن
 وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

Ya Allah
Haru ini 01/10/2019 anak anak  akan menduduki peperiksaan PT3, Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi  YA ALLAH.

YA ALLAH
Peliharalah kesihatan anak-anak kami di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

YA ALLAH
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

YA ALLAH
berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.

YA ALLAH
Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu, Kau perbaiki akhlak anak-anak kami.

Ya ALLAH
kami tidak mampu mengawasi anak-anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak-anak kami untuk berada di bawah penjagaan Mu YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat-tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai. Jauhilah mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

YA ALLAH
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.

YA ALLAH
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak rakan dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.

YA ALLAH
Perkenankanlah doa kami ini.

   رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
   رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ.
   رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
   رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ.    وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ.    سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ
   وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

 امين يا رب العالمين.

Happy Birthday To Me

$
0
0
Happy Birthday To Me | Ya Allah, dengan helaan nafas pada pagi ini, kurniakanlah kepada kami kemanisan dalam hidup, sebaik-baik pemberian, keluasan rezeki, ketenangan hati, kesihatan yang baik dan sebaik-baik pengakhiran. 


1 Oktober 2019, Selamat hari lahir buat diri sendiri. Semoga terus dipanjangkan usia, dikurniakan rezeki yang halal dan berkat, sentiasa dalam lindungan dan redha Allah SWT. Semoga saya semakin kuat dan lebih teratur menyusun setiap langkah dalam meneruskan kehidupan yang semakin mencabar di usia yang baru.

Terima kasih Allah untuk tambahan usia yang KAU berikan pada hambaMu ini dan juga diatas semua kurniaanMU pada diri ini. Rezeki yang diberikan, keluarga yang baik baik dan rakan rakan serta kenalan yang baik baik juga. Tq Allah Tq Allah. Aamin aamin. 

Happy Birthday To Me!

Iman Sertai Lawatan Bermaklumat Sambil Belajar Ke Johor Dan Melaka

$
0
0
Iman Sertai Lawatan Bermaklumat Sambil Belajar Ke Johor Dan Melaka | Pertengahan bulan Februari 2019 anak kedua KakYa, Iman ada bagitahu lepas habis peperiksaan UPSR 2019  dalam bulan Oktober akan ada lawatan ke Johor dan Melaka. Yeayy nak pegi Legoland nak pegi The Shore Sky Tower, nak pegi Oceanarium... nak pegi ... nak pegi... suka sangat la dia. Ok kos untuk lawatan selama 3 hari RM350 termasuk makan minum, penginapan dan juga bayaran masuk ke tempat lawatan yang telah dipilih oleh pihak sekolah. Bayaran boleh dibuat secara beransur ansur sebelum tamat tarikh pembayaran pada bulan September. Alhamdulillah semua dah selesaikan untuk kos pembayaran. Tunggu nak pergi esok jer ni. 


Masa mula mula Iman bagitau KakYa dia nak join jugak, KakYa dengan suami cakap OK boleh la pergi nanti abah bagi duit untuk bayar kat Cikgu. Walaupun kebanyakan tempat yang diaorang akan pergi nanti kami dah pergi tapi memikirkan ini adalah lawatan bermaklumat sambil belajar untuk Iman dan kawan kawan,  KakYa dan suami izinkan. Lagipun masa ni la peluang untuk Iman enjoy bercuti bersama kawan kawan tahun 6 sebelum masing masing membawa haluan ke tingkatan 1 di sekolah pilihan. Masa tu nanti entahkan jumpa lagi ataupon tidak sebab masing masing ada pilihan  sekolah sendiri. Jadi masa yang ada ni boleh la diaorang eratkan kemesraan bersama sepanjang lawatan nanti. Lagipon masa Kakak Insyirah tamat UPSR 2016 dulu, KakYa benarkan juga dia sertai lawatan sekolah. Jadi adil la untuk Iman jugak bila Umi dan abah benarkan dia pergi lawatan untuk kali ini. 

Esok petang Iman, kawan kawan dan juga  guru pengiring akan berangkat ke Johor. Macam biasa la bila anak akan berjalan ke satu satu tempat, Umi macam jadi tak keruan jugakla bab bab SIMPAN PAKAIAN dia. Biasa nak jalan mana mana Umi ada, bila anak nak jalan sendiri ni pakaian dan kelengkapan semua kena siapkan sebaiknya. Bila dapat jadual yang dia bawak balik dari sekolah tengahari tadi Umi terus packing sesiap kelengkapan untuk dia.

Anak lelaki ni mudah sikit dia suka bawak travel bag jenis boleh galas cam gini. Boleh tarik jugak ikut keselesaan. 

Untuk pakaian kena susun atur elok elok bagitahu ni pakai masa mana, ni pakai untuk apa, ini simpan kat sini, itu simpan kat sini, semua kena bagitahu kat dia satu persatu padahal dia dah besarpon dah tahu mana nak pakai mana nak simpan tapi ya la mak mak ni memang pesanan tu takkan lekang dari mulut. Ya tak korang?

Seorang Umi ni asyik duk pesan itu ini untuk anak dia ni. Itu baru bab pakaian dan kelengkapan diri belum tiba bab nak berjalan lagi. Jenuh duk pesan ikut cikgu, dengar arahan, hati hati melintas, jaga diri, beg duit jaga elok elok, makan minum kena jaga, jaga tutur kata, jaga kebersihan.... pendek kata semua pesanan la akan keluar walaupun dah berkali kali cakap masih tetap nak cakap lagi lagi dan lagi. Mak mak la katakan. Abah dia pesan sekali dua jer. Tu belum masa nak pergi lagi, tiba masa nak pergi ada lagi pesanan pesanan yang entah berapa kali nak pesan hinggakan kekadang anak anak ni dah hafal dah apa yang Umi dia pesan. 

Semoga anak Umi selamat pergi dan selamat balik. InsyaAllah. Aamin aamin. 

Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Tingkatan 1 2020

$
0
0
Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) Tingkatan 1 2020 | Pagi semalam lepas solat subuh KakYa teringat mengenai UKSBP yang akan dijalankan pada bulan Oktober 2019. Seingat KakYa untuk semakan UKSBP tarikh yang diberikan adalah pada 4 Oktober hingga 11 Oktober 2019. 4 Oktober baru baru i KakYa dah check tapi takde keputusan lagi. Jadi pagi semalam KakYa terus terjah laman sesawang  KPM  untuk buat semakan pusat UKSBP Iman.  Alhamdulillah Iman akan menduduki ujian saringan kemasukan pada hari Isnin 14 Oktober 2019 disekolah yang telah KakYa pilih waktu mengisi borang. Dapat pulak sesi sebelah pagi. Alhamdulillah syukur. 


Korang yang dah daftar untuk kemasukan sekolah berasrama penuh dah buat semakan ke belum untuk tarikh dan waktu anak anak akan duduki ujian nanti? Kalau belum, jangan lupa buat semakan sekarang. Terjah lawan sesawang KPM untuk semakan. Good luck untuk anak anak yang akan menduduki ujian kemasukan sekolah berasrama penuh bermula 14 Oktober sehingga 18 Oktober 2019. Kalau korang nak tahu untuk UKSBP nanti soalan berasaskan IQ,  EQ, SQ dan pengetahuan am. Ujian ni untuk sekali seoramg sahaja dan takkan ada ujian ulangan untuk calon yang gagal. Jadi paatikan calon buat yang terbaik.

Ok KakYa nak pesan jugak ni kat korang, PENTING tau! Jangan lupa hari ujian nanti bawa bersama kad pengenalan calon dan juga slip menduduki UKSBP yang dicetak dari laman sesawang semakan UKSBP. ingat tuuuu jangan lupa pulak bawak dua benda penting ni nanti.

KFC Malaysia 10.10 Promosi Snack Plate Dengan Harga RM10 Pada 10 Oktober 2019

$
0
0
KFC Malaysia 10.10 Promosi Snack Plate Dengan Harga RM10 Pada 10 Oktober 2019 | Siapa kat sini penggemar ayam goreng KFC. Ada berita baik untuk korang dari KFC. KFC ada buat offer RM10 untuk snack plate atau 2 piece combo meal untuk korang pada 10.10 iaitu esok hari. Promosi ni berjalan serentak di seluruh negara dan hanya sah untuk satu hari sahaja iaitu pada 10.10. 2019.

Cara nak dapatkan set ni dengan harga RM10, tertulis kat tulisan paling kecik kat bawah gambar. Jadi pastikan korang baca elok elok dulu. Kan tak pepasal korang pegi beratur nak order kat KFC. No no no no n!

Macammana cara nak dapatkan KFC RM10 ni, korang baca syarat syarat tertera kat bawah:

- Download KFC App kat phone korang dan buka aplikasi tersebut.
- Pilih Snack Plate combo atau 2 Piece Combo meal kat aplikasi tersebut.
- Masukkan promo code "TENTASTIC" sebelum korang checkout.
- Jadi jangan lupa esok ya! Mark your calendar sesiap hanya esok jer tau. Hari lain dah takde dah promo cam gini. ESOK SAHAJA. Sehari je.

Ok dah siap sembang ngan  korang. Jadi esok jangan lupa bukak Kfc App dan terus order. Murah doh tu RM10. Takyah tunggu lama lama  pagi esok order cecepat.


Vanish Fabric Stain Remover Cara Mudah Tanggalkan Kotoran Degil

$
0
0
Vanish Fabric Stain Remover Cara Mudah Tanggalkan Kotoran Degil | Sebagai ibu kepada anak anak yang aktif dalam sukan bolasepak, KakYa selalu dalam dilema susah nak tanggalkan kotoran degil dan bau hapak  pada pakaian anak anak. Ya la kalau dah bergelumang kat padang terutama masa padang basah opkos la pakaian kotor dan berbau hapak. Kekadang tu yang buat KakYa tak tahan bila pakaian diaorang ada bau lumpur kalau diaorang training bola masa hujan. Memang tak boleh bawak berunding kalau ada bau lumpur. Sangat sangat tak suka.


Tapi tapi tapi tapi kannnnnn .... tu semua kisah dulu, sekarang tak lagi, sejak KakYa jumpa dan guna sendiri Vanish Fabric Stain Remover ni  KakYa dah tak bimbang lagi mengenai kotoran pada pakaian anak anak. Vanish Fabric Stain Remover bukan saja menghilangkan kesan kotoran dan juga bau tapi ianya juga mencerahkan warna. Pakaian  takde bau hapak lagi dan warna memang tak pudar malah makin berseri seri warna pakaian. 


KakYa happy happy happy sangat sekarang sebab dah jumpa satu produk yang bukan saja bertindak cergas untuk kotoran baru malah kotoran yang lama lama pon boleh bersih dengan Vanish Fabric Stain Remover. Percaya ke tak ni? Kalau tak caya apa KakYa cakap, korang try la sendiri. Nanti bila korang sendiri dah try dan dapat tengok kesan dia cammana citer la kat KakYa ok ke tak guna Vanish Fabric Stain Remover  ni. 


It's the Bright One, it's the Right One, that's Vanish. Vanish, the smart choice and always the best choice for me! .. Yessssss always!

My Kad Untuk Iman

$
0
0
My Kad Untuk Iman | Alhamdulillah akhirnya Iman akan ada kad pengenalan sendiri. Bila usia dah masuk 12 tahun kena la buat kad pengenalan untuk dia. Tapi nak jadi cerita asyik tertangguh jer masa nak pergi lepas birthday dia 13.8.2019 baru baru ni. Banyak pulak masalah melanda sebelum betul betul dapat buat kad pengenalan untuk dia. 

Sebelum pergi KakYa ada la terjah laman web JPN sebab nak tahu syarat syarat yang perlu  diikuti masa nak buat kad pengenalan nanti. Walaupon pernah buat kad pengenalan kakak dulu mana la tahu kot syarat syarat dah berubah ke apa ke baik check sesiap sebelum pergi. Nanti takde la tergendala kalau tertinggal apa apa yang perlu di bawa sebelum buat kad pengenalan.

Pagi semalam baru berkesempatan untuk pergi  ke JPN daerah Kemaman lepas balik buat ujian UKSBP kat SKSI Kemaman. Balik jer duduki ujian terus ke Pejabat Pendaftaran Negara daerah Kemaman.

Masa mula mula tiba kat sini takde orang terus la tangkap gambar kenang kenangan dulu. Kenangan sangat ni .... hehehe. Baru balik untuk UKSBP masih dengan baju sekolah lengkap.

Pastu tangkap gambar lagi sekali lepas tukar baju. Tangkap jer la nak banyak mana sebab memang takde manusia yang lalu lalang masa ni, tu la sakan duk posing situ. Hadoii laaa.

Masa masuk jer kat pejabat memang tak ramai orang dan kerusi pon banyak kosong. Lepas tanya borang mana yang perlu diisi terus Umi isi borang siap siap settlekan apa yang perlu kat borang. Masa duk isi borang kat belakang borang KakYa perasan ada satu borang untuk SIJIL KELAHIRAN. Pelik la jugak sebab nak buat KAD PENGENALAN tapi kena isi jugak bahagian nak buat SIJIL KELAHIRAN. Rupa rupanya sebelum buat kad pengenalan anak 12 tahun kena buat sijil kelahiran baru katanya. Sebab dia nak letakkan BIN/BINTI kat bahagian nama penuh anak. Jadi korang yang nak buat kad pengenalan anak masa umur 12 tahun nanti akan buat jugak surat beranak baru untuk anak anak kecuali yang dah ada surat beranak warna hijau tak perlu buat lagi sebab dah tertulis BIN/BINTI kat situ. 

Ni sijil kelahiran Iman yang lama, kat bahagian nama dia tu takde BIN sekadar nama dia sahaja jadi untuk sijil kelahiran yang baru akan dibuat yang lain dan letak BIN sekali kat belakang nama dia nanti. 

Dah siap dah. Kejap jer buat sijil kelahiran ni, tak sampai pon 5 minit. Taaaa kat nama dia tu dah ada BIN sekali. Kiranya untuk yang baru ni akan ada nama penuh dia sekali dengan nama abah dia la. Macam Akif punya gini la.

Ok berbalik kita ke proses buat kad pengenalan Iman. Oleh kerana masa yang ditetapkan dah terlebih tarikh iaitu melebihi 40 hari dari tarikh hari lahir dia, makanya kena la bayar denda RM10. Umi pon bayar jer la dah itu peraturan yang ditetapkan. Nasib baik jugak la RM10 jer huhuhuhu. Melayang RM10 sebab lewat buat kad pengenalan. Takpe la janji buat.

Ntah apa yang menarik ngan kamera tangkap gambar tu pon Umi tak tau. Dia duk belek belek dari atas ke bawah. 

Ni sebelum bergambar. Dia duk testing testing dulu gaya nak bergambar. Ko ingat nak posing ala ala model.

Satu dua tiga sediaaaaa .. Klik sekali dah siap untuk gambar kad pengenalan Iman. 

Tempoh buat kad pengenalan pon takde la lama sangat. Sekitar 20 ke 30 minit termasuk tangkap gambar sekali. Tapi kat sini Jabatan Pendaftaran  Negara daerah Kemaman, kad pengenalan tak siap serta merta kena datang balik seminggu lagi untuk buat tuntutan kad pengenalan. Huk aloh ingatkan siap serta merta. Sama jugak macam zaman buat kad pengenalan kakak Insyirah 2016 dulu, seminggu jugak baru boleh datang ambik. KakYa tengok kat belah belah luar sana ramai  sahabat yang buat kad pengenalan anak diaorang terus siap hari yang sama. Naper la kat sini tak camtu. Seminggu jugak tempoh nak datang ambik. KakYa asa la kan lain tempat lain kemudahannya kot. Apa apa pon alhamdulillah dah settle satu korje bab buat kad pengenalan Iman. Kita tunggu jer la seminggu lagi apa rupa kad pengenalan Iman tu nanti.

Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol

$
0
0
Semak Kelayakan Program Subsidi Petrol | Bermula 15 Oktober 2019, 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) daripada golongan B40 yang layak menerima bantuan subsidi petrol boleh menyemak kelayakan mereka di portal rasmi Program Subsidi Petrol (PSP) di http://psp.kpdnhep.gov.my


Kerajaan akan memperkenalkan mekanisme subsidi petrol baru yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) serta golongan orang kurang upaya (OKU) di Semenanjung Malaysia.

Untuk pemilik kereta, subsidi yang diberikan ialah RM30 sebulan, manakala motosikal RM12 sebulan.

Bantuan subsidi petrol akan dimasukkan ke akaun penerima sekali bagi setiap tempoh empat bulan.

Program ini adalah inisiatif kerajaan untuk meringankan beban kumpulan isi rumah yang memerlukan (dan dibuat) melalui pengagihan semula subsidi petrol selari dengan janji ketujuh Manifesto PH.

Good Luck Akif Imtiyaz

$
0
0
Good Luck Akif Imtiyaz | Harini 20 Oktober 2019 hari pertama untuk peperiksaan akhir tahun Akif. Sedar tak sedar dah nak masuk setahun Akif di tahun 4, alhamdulillah harini Akif start untuk peperiksaan. Selamat menduduki peperiksaan akhir tahun untuk Akif dan sahabat. Semoga dipermudahkan Allah untuk menjawab kertas soalan.


Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Tahun

You have learned so many new things in school. Its time to show them practically. Have a great exam today my son! Muhammad Akif Imtiyaz. Good luck from Umi, abah, kakak Insyirah dan abang Iman!

Umi harap Akif dapat buat yang terbaik untuk peperiksaan kali ini. Semoga segala usaha Akif selama ini mendapat berkat dari Allah SWT. Aamin aamin.

Jangan direnung betapa letihnya usaha, tetapi renunglah betapa manisnya sebuah kejayaan. Iringlah doa beserta tawakal dalam setiap usahamu, semoga kejayaan milik kamu wahai anakku.


Beautea by Safi Diperkaya Dengan 100 Peratus Ekstrak Teh Premium

$
0
0
Beautea by Safi Diperkaya Dengan 100%  Ekstrak Teh Premium | Safi sekali lagi mengeluarkan produk terbaru dan terbaik dipasaran iaitu Beautea by Safi. Bila sebut jer Safi pasti kita terbayang pelbagai produk terbaik keluaran Safi yang sentiasa mendapat tempat teratas dihati pengguna. Antara sebab KakYa turut menggunakan produk Safi adalah kerana keberkesanan produk  Safi yang sentiasa menitik beratkan kebersihan dan bebas dari bahan kimia berbahaya menjadikan KakYa antara pengguna setia produk Safi sejak zaman sekolah lagi. 


Beautea by Safi

Lupa nak tanya kat korang. Korang pernah dengar tentang Beautea by Safi ke sebelum ni? Kalau tak pernah dengar mari dekat dekat  sikit KakYa nak cerita. Beautea by Safi adalah poduk terbaru keluaran Safi yang tengah femos amos sekarang ni. Amai dah irang kat luar sana duk guna Beautea by Safi ni. Hadir dengan 4 variasi, Safi tampil mengeluarkan produk yang lebih premium diperkaya dengan 100% ekstrak teh. 4 variasi  produk tersebut adalah; 

- White Tea & Damask rose untuk dry skin
- Green Tea & Neem untuk normal to oily skin
- Black Tea & Black Orchid untuk kulit sensitif
- Apricot Tea untuk scrub muka

Setiap satu berfungsi membantu proses detoksifikasi kulit dari pencemaran berbahaya, membersih sisa kotoran solekan dengan mendalam dan sepenuhnya. Ia turut melegakan kulit daripada jerawat akibat stres, menyegarkan dan meningkatkan benteng pertahanan kulit dari radikal bebas. Hasilnya Beautea by Safi menjadikan kulit kembali halus, sihat dan berseri, bebas dari masalah kulit

Taraaa tudiaaa 4 variasi Beautea by Safi. Packaging dia cun sangat aihhhh. Tergoda masa mula mula tengok. Terus i jatuh cinta u. 

Korang sudah bersedia untuk merasai manfaat transformasi kecantikan dan menewaskan musuh kulit wanita masa kini dengan Beutea by Safi yang diperkaya dengan 100% ekstrak  teh premium? Picit tiub pada tapak tangan dan gosok bersama air sehingga berbuih. Oles keseluruh wajah dengan gerakan putaran. Bilas dengan air dan nikmati kulit wajah yang 
bersih dan segar semulajadi.

Kulit KakYa jenis kulit kombinasi, jadi memang takde masalah sepanjang menggunakan 4 variasi produk Safi terbaru ini. Okey KakYa nak citer kat korang serba sikit tentang produk ni. 

White Tea & Damask Rose 

Beautea by Safi Gel Pembersih Muka Penghidratan – White Tea & Damask Rose
- Menghidrat
- Mengecilkan liang pori

Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini bertindak membersih pori yang tersumbat dan mengeluarkan kotoran pada kulit wajah anda. 

Dirumus dengan gabungan ekstrak White Tea & Damask Rose yang diperkaya dengan antioksida agar dapat mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat dan mengecilkan pori.

*Produk ini sesuai untuk kulit kering dan normal

Green Tea & Neem

Beautea by Safi Gel Pembersih Muka Anti Jerawat – Green Tea & Neem
- Melindungi kulit daripada jerawat
- Mengawal sebum

Pembersih gel yang lembut dan bebas sabun ini merupakan hasil gabungan ekstrak Green Tea & Neem yang padat dengan antioksida bertindak sebagai benteng pertahanan kulit daripada serangan radikal bebas. Ia melegakan kerengsaan kulit sambil mengawal sebum untuk membantu mengurangkan bekas parut jerawat.

*Produk ini sesuai untuk kulit normal dan berminyak

Black Tea & Black Orchid

Beautea by Safi Pembersih Muka Detoks – Black Tea & Black Orchid
- Membantu kulit untuk detoks
- Bebas haruman dan sesuai untuk kulit sensitif
- Mencegah tanda awal penuaan

Pembersih yang mengandungi Asid Amino dan bertekstur krim ini sangat lembut dan bebas sabun, dirumus dengan ekstrak Black Tea & Black Orchid yang harum dan diperkaya dengan 2x manfaat antioksida yang berupaya membersih kotoran dengan mendalam, membantu kulit untuk detoks sepenuhnya sambil mengekalkan kelembapan dan melindungi kulit wajah dari masalah penuaan awal.

*Produk ini sesuai untuk kulit sensitif

Apricot Tea

Beautea by Safi Skrub Penghalusan Muka – Apricot Tea
- Membuang sel kulit mati agar kulit tidak tersumbat

Krim skrub yang dirumus dengan gabungan ekstrak Apricot & White Tea yang kaya dengan antioksidan bertindak membersihkan liang-liang kulit wajah, menggelupas tanpa mengeringkan kulit. Ia berfungsi bagi membantu memulihkan tekstur, melicinkan dan mecerahkan kulit. Hasilnya, kulit cerah dan berseri.

*Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit

Beautea by Safi Dijamin Selamat 

Beautea by Safi dijamin selamat kerana tidak mengandungi alkohol, tiada paraben, tiada SLS/ SLES dan juga tiada silicon. Opkos bila takde semua tu memang diperakui selamat. Korang dah cuba Beautea by Safi, kalau belum korang kena cuba sebab apa tau sebab Beautea by Safi memang terbaik untuk semua jenis kulit, selamat dan suci. 



Rangkaian Beautea by Safi dijual pada harga RM23.20 (150g) boleh didapati di semua farmasi terpilih di Malaysia dan di atas talian. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini dari Safi, sila layari laman sesawang rasmi Safi di www.safi.com.my, laman Facebook rasmi Safi
di www.facebook.com/SAFI.my dan laman Instagram Safi di www.instagram.com/SAFIMalaysia . Jom kita bina keyakinan diri setiap wanita bersama dengan Beautea by Safi.

Harap Maaf Saya Tak Buat Penghantaran Gas Memasak!

$
0
0
Harap Maaf Saya Tak Buat Penghantaran Gas Memasak!  | Sejak awal tahun 2018 lagi KakYa dapat banyak panggilan untuk khidmat penghantaran gas memasak ke rumah. Pendek kata dalam seminggu memang ada yang call untuk minta servis penghantaran gas. Kadang kadang naik pening jugak nak menjawap bila kita dah jawap kita takde buat pengahataran gas, banyak pulak soalan soalan lain yang ditanya.

Ada tu siap marah marah kita lagi. Siap bebel kat belakang, nasib kita dengar jer kalau kita nampak maunya kita lawan bebel dia balik. Tragedi sungguh la bila ada yang duk marah marah dengan suara lantang kat phone dan macam macam duk kata kat kita. 

Terjadinya semua ini .. sebabnya KakYa pernah buat satu entri SERVIS PENGHANTARAN GAS MEMASAK PETRONAS KE RUMAH dan entri ni ada kat first page google. Daripada entri ni la diaorang ingat KakYa ada buat servis penghantaran gas ke rumah. Diaorang tak baca pon entri tu tapi diaorang boleh pulak main redah call jer KakYa ikut no telefon cleaning servis yang KakYa buat untuk minta hantar gas.

Hadoi laaa akak abang adik semua lain kali baca la dulu sebelum buat keputusan, ni main redah jer main agak jer tanpa apa apa pembacaan. Sah  sah memang baca tajuk jer ni. Entri tu diaorang tak baca pon sekadar baca tajuk terus ingat yang kita ni buat servis penghantaran gas. Baca la sikit walau tak banyak kurang kurang boleh jugak tahu isi tulisannya apa takde la menyusahkan orang nak kena dengar korang marah marah kat KakYa. Penat tau kena marah huhuhuhu. Sian KakYa insan yang gak bersalah menjadi mangsa. Tension kita wak tension...

Hari ni paling kemuncak la sebab sejak 2018 KakYa hanya dapat call jer untuk penghantaran gas tapi harini dapat WhatsApp terus. WhatsApp terus kooooooo. Siap tahu nama kita lagi sebab kat blog memang ada letak nama walau bukan nama penuh. Bila KakYa tanya dan cakap kat dia tak buat penghantaran gas bla bla bla bla panjang gak tu cakap kat dia siap tanya mana puan dapat nombor saya huhuhu. Terus dia hantar skrin shoot kat bawah ni haaaaaaa.

Sedih kita wak, kita duk citer pot pet pot pet kat entri tu dia cakap saya tak baca pon cerita puan, tapi boleh pulak dia WhatsApp kita minta hantarkan gas. Aduhai main baca tajuk jer la ni kiranya. Tapi takpe la KakYa pon dah panjang lebar cakap kat dia jadi dia pon dah paham.


Ni antara satu cerita, ada lagi cerita lain. Yang ni pulak citernya camni. Lelaki ni call minta hantar gas kat Ipoh huhuhu. Pastu dia cakap la tanak hantar takyah la buat iklan kat website siap letak no telefon bagai. Menyusahkan orang jer kata dia. Pastu dia ni marah marah la. KakYa tanya kat dia bilamasa pulak saya buat iklan penghantaran gas. Dia cakap la tengok kat website siap bagitahu lagi kat situ ada dengan cleaning servis dan no tel KakYa jugak. Tu yang dia call. Dia siap suruh KakYa pegi tengok website tu siap bagi link lagi. 

Huhuhu tu blog saya tu encik, saya ada buat entri tentang penghantaran gas tapi bukan saya yang hantar gas tu encik. Dah kena panjang lebar pulak nak terangkan kat dia sebab dia mati mati cakap KakYa tak patut buat iklan kalau tak nak hantar.

Aduhai encik, sekadar baca tajuk jer terus encik call nak gas marah marah saya apa kehal ni encik. Kesian saya insan tak bersalah menjadi mangsa sedangkan encik la yang salah sebab tak baca post tu sekadar baca tajuk terus call siap pakej marah marah betul lagi. Ni betul betul nak gas sangat ni pasal tu la encik marah sangat kot.

Ni memang betul betul menjentik hati saya huahuahuahua rasa cam nak nangis jer kena marah bertubi tubi. Tapi takpe la tu semua pengalaman yang KakYa kena hadap sebagai penulis blog. Nak buat camne kalau orang sekadar nak baca tajuk jer, redha jer la. Nak buang entri tu dari radar rasa sayang sebab trafik pon banyak masuk dari situ jadi bior jer la kat situ. Harap harap pasni kurang la sikit yang call nak minta hantar gas. Kesian kat saya wak!

Panduan Memilih Warna Untuk Deko Rumah

$
0
0
Panduan Memilih Warna Untuk Deko Rumah | Bila bercakap bab pilihan warna dalam mendeko kediaman, ramai yang akan memilih putih sebagai pilihan utama. Orang cakap warna putih ni warna selamat, sebab boleh gabungkan warna cat dengan perabot yang dipilih dan kesannya akan nampak cantik.

Tapi kalau semua nak buat warna putih bosan jugak kan. Nak jugak sesekali tukar kepada warna kombinasi yang menyerlah. Tapi kalau nak pilih warna pastikan warna yang kita pilih sepadan dan sesuai dengan keadaan. Jangan main pilih jer nanti bila dah siap ada timbul rasa tak puasa hati pulak sebab nampak pelik dan tak boleh terima dek mata. Haru biru hitam kelabu pulak jadinya nak kena ubah balik nanti.


Berbalik kita kepada warna putih. KakYa pon memang suka putih dan ada ruangan kat dalam rumah berwarna putih. Takde salahnya pilih putih tapi berpada pada. Kalau dah cat rumah warna putih, langsir pon putih, perabot dan jugak aksesori warnanya semua putih ... mana nak nampak serinya oiiii. Nampak cam tak bermaya dah jadinya. Apakata tambah sikit warna warna terang dan ceria untuk menaikkan seri wajah rumah korang.

Gitu kekdahnya, seri wajah korang pandai pulak nak jaga, rumah pon nak kena jaga jugak seri wajahnya bagi menarik tertarik dan seronok kita sebagai penghuni sebuah rumah. Jadi KakYa nak kongsikan beberapa gambar yang berkaitan dengan panduan mendeko kediaman. Moga moga perkongsian ini dapat membantu korang yang nak mendeko rumah agar dapat mencari jawapan yang pasti untuk deko deko rumah korang nanti.

KakYa suka sangat sangat kombinasi warna yang ni. Kat bawah sekali tu warna coklat tapi nampak cam hitam pulak dah bila masuk kat sini. Memang cantik dan menyerlah. Rasa sedap jer mata memandang. Kalau korang nak tahu, masa nak buat header blog KakYa dulu, KakYa memang hantar gambar ni la kat tukang edit blog KakYa. 

Makanya jadila header blog cam gini. Kerlass kau, bukan setakat nak deko rumah jer nak tengok tone warna, nak deko blog pon KakYa perlu pilih warna sesuai. 

Warna ni pon cantik sesuai untuk bilik anak lelaki atau warna kat dapur pon cantik camni. Lagi semangat nak masak kalau warna menyerlah cam gini. 














Ok la, ni jer sikit sebanyak yang KakYa dapat kongsikan untuk korang. Nak cakap lebih lebih KakYa ni bukan pakar dalam bidang ni. Sikit sikit tu tahu la melalui carian dan pembacaan. Moga dapat memberi manfaat buat korang jugak. Jom kita mendeko! Rumah cantik tuan rumah bahagia dan ceria. 

Buat Kad Pengenalan Baru

$
0
0
Buat Kad Pengenalan Baru | Baru baru ni KakYa pegi Jabatan Pendaftaran Negara daerah Kemaman untuk buat kad pengenalan Iman. Masa kat kaunter tu  pegawai bertugas tengok kad penge alan KakYa terus dia tanya "tak pernah tukar kad pengenalan lagi ke selepas yang ni? Ya tak pernah puan, masih lagi setia dengan yang lama dulu. Ha aa masih yang lama dulu yang mula mula mykad keluar dulu. Lepas kena tukar kad pengenalan yang darjah enam kad pengenalan bermutu tinggi (KPT) ke MyKad, tu la sekali KakYa tukar masa umur 19 kalau tak silap. Pastu memang takde tukar tukar dah pakai jer yang tu. Dah 20 tahun dah usia kad pengenalan ni haaa.

Pegawai JPN yang bertugas ada bagitahu lepas ni kad pengenalan ni akan diambil kalau nak ambik gambar dulu buat kenangan ambik la. Huhuu sedih pulak rasa masa tangkap gambar kad pengenalan ni. Lama kot dah sebati bgan hidup KakYa. Huhuhu bye bye bye. 

Ini adalah kad pengenalan kedua KakYa selepas kad pengenalan masa darjah 6. Tak berkesempatan nak buat yang baru disamping sayang yang lama tu, hehehehe opkos la sayang dah macam nyawa duk bawak ke sana ke mari maunya tak sayang. Pegawai tu cakap kad pengenalan ni pon dah rosak belah tepi ni puan, alang alang datang boleh la kalau puan nak buat yang baru. Dah gitu dia cakap, KakYa pon angguk jer la nak tukar baru. Lama sangat dah nak tukar tak jadi jadi last last tukar jugak baru baru ni. Sayang ke tak sayang ke tukar jer la yang baru. Alang alang tukar baru, tukar terus alamat rumah sebab alamat rumah kat kad pengenalan KakYa alamat umah mak kat kampung yang dah bertukar jadi kita tukar alamat sekali. 

Untuk pertukaran alamat kena ada slip bil air atau bil elektrik atas nama kita atau suami. KakYa memang dah bawak sesiap dah sebab dekat MyKid Iman pon alamat rumah kat kampung jadi KakYa nak tukar ke alamat sekarang kena la ada bukti alamat rumah kita. Sebab tu la KakYa bawak dedua bil elektrik dan jugak bil air. KakYa tahu bab kena bawak bil ni lepas baca kat laman web JPN, untuk pertukaran alamat kena ada bil elektrik atau bil air pemilik rumah. Selamat la dah baca sesiap dan sediakan semua sebelum pergi pejabat pendaftaran.

Ni kad pengenalan sementara seminggu sebelum kad pengenalan siap. Macam tu dapat macam tu la jugak KakYa pulangkan balik. Tak guna pon letak kat dalam fail buat iklan jer hehehe. 

Settle semua sekali alhamdulillah dapat kad pengenalan baru. Selepas seminggu KakYa ada call JPN Kemaman, diaorang cakap dah siap boleh la nak datang ambik. Alhamdulillah akhirnya dapat kad pengenalan baru. Yehaaa kita ada kad pengenalan baru. Kad pengenalan baru takyah up gambar la.

Selalu Ingat Adik Dia

$
0
0
Selalu Ingat Adik Dia | Awal bulan 10 baru baru ni Iman dan kawan kawan tahun 6 menyertai lawatan ke Johor dan Melaka. Biasanya kalau pergi mana mana mesti ada benda yang nak dibeli sebagai tanda kenang kenangan berjalan kat tempat orang. Iman pon gitu juga selalu la dia beli barang untuk dia kalau pergi mana mana. Iman ni dia punya peel pergi la mana mana pon kalau dia ada beli apa apa untuk dia, mesti dia akan beli jugak untuk Akif. Tak pernah lupa kat adik dia nan sorang tu. Apa yang dia ada dia akan belikan juga untuk Akif. Sayang sangat adik dia.

T shirt dari Melaka

Masa kat Melaka dia belikan baju untuk dia dan dan jugak Akif. Jenis yang sama saiz jer la berlainan. Selain baju dia belikan Akif rantai kunci yang ada nama. Bukan setakat Akif untuk kakak pon ada, dia belikan bantal senyum untuk kakak. Kakak senyum la memanjang dapat hadiah dari adik. 

Tu cerita masa pergi Johor dan Melaka. Semalam ada cerita lain lagi. Semalam Iman dan kawan kawan tahun 6 menyertai lawatan sambil belajar ke Kuala Terengganu. Pegi Teganu, Umi cakap beli la apa yang Iman nak beli, makan la apa yang Iman nak makan. Umi bekalkan dia duit belanja untuk dia belanja kat sana sepanjang sehari lawatan. 

Masa dia kat Pasar Kedai Payang, dia ada call cakap nak beli baju. Umi cakap orang Teganu selalu balik Teganu beli baju wak gapa gak. Takyah beli la. Sambil Umi gelak gelak. Last last tau tak apa dia cakap, dia cakap dia dah beli sehelai untuk dia sehelai untuk Akif. Hadoiii baju Teganu ke Umi tanya. Ya laa baju Teganu la moga pegi Teganu bukan baju Johor pula kat Teganu ni. Semalam sampai rumah 10.15 malam terus dia minta Akif cuba t shirt yang dia beli. Iman cakap takde la mahal sangat boleh la beli. 

Tu dia t shirt ang dia belikan untuk dia dan jugak Akif. Cantik la pulak Umi tengok. Bila tanya untuk kakak takde ke. Dia cakap tak jumpa yang lengan panjang. 

Bagus la selalu ingat adik. Setiap benda yang dia beli pasti dia akan belikan satu untuk Akif. Tak pernah lupa. Akif jer selalu sangat lupa belikan sesuatu untuk Iman. Pasni Akif kena lebih rajin.

Viewing all 1856 articles
Browse latest View live