Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all 1856 articles
Browse latest View live

15 Tips Untuk Guru Baru

$
0
0
15 Tips Untuk Guru Baru | Biasa pagi pagi kalau buka facebook, KakYa akan singgah wall Cikgu Fadli. Memang selalu singgah wall Cikgu Fadli ni. Pagi ni singgah lagi nampak Cikgu Fadli ada share tips untuk guru baru. Macam menarik jer, jadi KakYa rasa nak kongsi tips daripada Cikgu Fadli kat sini. Sebelum tu, kalau korang nak kenal siapa Cikgu Fadli ni, apa ia buat dan sebagainya korang boleh follow facebook beliau, nanti kat hujung entri KakYa sertakan link facebook beliau untuk korang follow. Sekarang ni kita sama sama baca dulu apa tips yang beliau kongsikan untuk guru baru. 

Kongsi Tips Untuk Guru Baru
Gambar: Facebook Cikgu Mohd Fadli Salleh

15 Tips Untuk Guru Baru

1) Senyumlah dengan semua orang walau ada yang tak balas senyuman kita. Dengan rakan sekerja, dengan kerani dan dengan ibubapa. Jangan kedekut nak senyum, free je kot.

2) Tegur guru-guru lama walau mereka nampak sombong, kita rendah diri untuk menegur dulu. Biasanya yang nampak sombong itu paling mudah untuk kita minta tolong.

3) Jangan menyendiri atau bersama kawan-kawan baru sepanjang masa. Duduk join guru-guru lama bersembang. Walau kita hanya berdiam dan mendengar, walau tak tahu nak menyampuk, dengar saja. Itu menunjukkan kesungguhan kita untuk bergaul dengan mereka.

4) Jangan menolak apa-apa tugasan. Walau tak tahu, terima dan jangan malu bertanya. Tanya pada yang pengalaman. Ramai guru baru suka menolak tugas. Kau jangan macam tu. Bila nak pandai jika asyik menolak dengan alasan tak tahu. Tak tahu, tanya. 

5) Jangan cepat percaya pada sesiapa. Walau nampak peramah dan baik, layan macam biasa. Jangan diceritakan apa2 rahsia, kenali peribadi mereka. Ambil masa. Kadang kala orang yang terlebih peramah dan suka ambil tahu inilah penyebar rahsia kita.

Yang datang bercerita supaya kau jauhi cikgu itu ini kau kena lebih hati-hati. Jangan dengar bulat-bulat. Kau kenali dulu cikgu itu sendiri dan nilaikan sendiri. Yang datang cerita buruk cikgu itu ini tu yang paling kau kena hati-hati. Dia bercerita buruk pasal orang lain, tak mustahil dia juga akan mengorek keburukan kau dan hebahkan pula. Jadi, hati-hatilah.

6) Jangan 'koya' sangat pegang 'tittle' cikgu ni. Jangan rasa diri besar hingga payah nak senyum pada 'cleaner', jaga, tukang kebun dan kerani.

Jangan nak pandang sebelah mata pada geng 'cleaner' walau kebanyakan mereka dari Indonesia. Budak muntah, kencing dalam kelas, senang kau minta tolong. Kalau kau sombong, silap-silap batang mop pun dia sorok.

7) Hari pertama masuk kelas, jelaskan peraturan kita. Kena tegas bagitahu apa yang mereka boleh buat dan apa yang tidak boleh mereka langgar. Guru baru biasanya terlalu lembut dengan murid, akhirnya murid naik kepala dan tak tahu bagaimana nak dapatkan semula kehormatan dari murid. Murid yang hilang hormat pada guru adalah petaka paling besar dalam bidang pendidikan.

8) Tegur dan cuba berboraklah dengan ibubapa. Bila kau baik dengan ibubapa, salah silap kau sikit-sikit setakat rotan dan denda anak dia tak jadi besar. Dia pejam mata je. Penting hubungan dengan ibubapa sebenarnya. Sangat penting.

9) Jangan membodek! Jangan jadi spy kepada pentadbir. Jangan kejar pangkat atau APC. Ada rezeki kau, dapat la nanti. Semua guru akan pulau kau nanti. Ikhlas dan mengajar dengan baik.

10) Kalau sekolah ada program, kau pergi tolong walau bukan kerja kau. Tolong apa-apa sahaja. Paling tidak, kau duduk melepak tempat orang buat kerja. Jangan duduk kat meja sorang-sorang buat kerja kau. Masa program begini waktu kau nak beramah mesra. Ringankan tulang tu walau kau kat rumah jenis pemalas.

11) Jadikan YDP, NYP dan barisan AJK PIBG sebagai kawan. Kau bermasalah dengan murid/ibubapa, senang mereka nak tolong. Apa-apa program yang libatkan PIBG pun senang nak buat.

12) Tepati masa. Tepati masa sampai ke sekolah, masa mesyuarat dan masa masuk kelas. Kalau guru muda tak tepati masa, tak ada orang nak respect kau.

13) Nak naik, jangan menjatuhkan orang lain. Jangan! Kau tunjuk kau bagus, tiada masalah. Buat la kerja sehabis baik. Namun jangan sesekali pergi burukkan rakan sejawat lain hanya untuk nampak kau lebih bagus dari dia.

14) Dunia pendidikan sebenar tidak semudah teori yang kau belajar. Dunia pendidikan boleh menjadi 'kejam' kepada kau. Tambah-tambah kalau kau baru. Jadi mangsa orang sekeliling, baik rakan sejawat, murid, ibubapa atau netizen di alam maya ini. Hati-hatilah.

Kau takkan faham apa yang aku tulis ini hari ini, sebaik kau terkena baru kau akan faham.

15) Dah dapat gaji JANGAN TAMAK. JANGAN join MLM dan pelaburan yang merapu-rapu.

Ini ramai guru baru terkena. Kau tak payah la nak kaya cepat. Padan dah dengan gaji kau kalau kau pandai urus. Nak sangat buat side income, kau mengajar tuisyen cukuplah. Tak pun jual tudung.

Berbisnes la apa-apa yang ada cash flow. Bukan labur rm50k, nak dapat bulan-bulan rm5k. Last-last 5k setiap bulan tak dapat, 50k pula lesap.

Cukup la dulu 15 tips dari aku. Yang selebihnya kau belajar la sendiri melalui pengalaman. Aku dah bagi panduan tu. Nak ikut ke tak nak, terpulang la.

Aku doakan kau semua jadi guru yang baik dan berjiwa guru. Ikhlaskan niat, InsyaAllah Allah permudahkan.

Selamat datang ke dunia sebenar pendidikan. Sepak terajang dunia sebenar tak diajar di universiti tempatan. Lalui sendiri dalam universiti pengalaman. 

"Guru bukan sekadar mengajar A,B,C, guru sejati mendidik pekerti."

Korang yang belum kenal siapa dia Cikgu Fadli boleh follow #CikguKorea ni. Klik jer link at bawah. 



Permohonan Masuk Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Imtiaz Sesi 2020

$
0
0
Permohonan Masuk Ke Tingkatan 1 Sekolah Menengah Imtiaz Sesi 2020 | Permohonan masuk ke tingkatan satu Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu 2020. Permohonan adalah dipelawa kepada calon calon yang menduduki UPSR 2019 yang mendapat keputusan minimun 4A 2B bagi rakyat Terengganu dan 6A bagi rakyat luar Terengganu serta berminat memasuki Tingkatan 1 di Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) pada tahun 2020. Calon calon dipelawa membuat permohonan secara atas talian melalui laman sesawang www.yt.gov.my atau ytklik.terengganu.gov.my yang akan dibuka sebaik sahaja keputusan UPSR 2019 diumumkan.

Sekolah Menengah Imtiaz 2020, Syarat Masuk Ke Sekolah Menengah Imtiaz

Senarai Sekolah Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu

1. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu - BESUT
2. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu - DUNGUN
3. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu - KUALA BERANG
4. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu - KUALA TERENGANU
5. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu - KEMAMAN
6. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu - KUALA NERUS
7. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu - SETIU
8. Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu - MARANG

Tarikh Tutup Permohonan Ke Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu

Tarikh tutup permohonan adalah 10 hari selepas keputusan UPSR 2019. 

Syarat Syarat Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu

Syarat syarat kemasukan:

1. Memperolehi minimun 4A 2B bagi rakyat Terenggani dan 6A bagi rakyat luar Trengganu dalam UPSR 2019.
2. Pemohon mestilah warganegara Malaysia rakyat Terengganu;
  1. Ibu/dan bapa lahir di Terengganu; ATAU
  2. Ibubapa telah bermastautin di Terengganu terus menerus tidak kurang dari 10 tahun dan mempunyai niat serta bukti bukti yang menunjukkan akan tinggal tetap di Terengganu.
3. Lulus dalam sesi temuduga yang merangkumi ujian hafazan, personaliti dan jawi.
4. Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit. 
5. Bersetuju menerima SMIYT yang ditawarkan - penempatan pelajar adalah erdasarkan kekosongan yang ada dan ditetapkan oleh pengurusan Yayasan Terengganu.
6. Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan SMIYT yang berkaitan.

*Pihak  pengurusan juga berhak menolak permohonan calon jika tidak memenuhi syarat syarat diatas.

Semakan Permohonan Dan Temuduga Ke Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu

Semakan permohonan, panggilan temuduga dan surat tawaran boleh dibuat dari semasa ke semasa melalui laman web berkenaan. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi;

Pengarah Yayasan Terengganu,
Bangunan Yayasan,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.
(u.p: Pahagian Pengurusan Imtiaz)
Tel: 09 6221733
Faks: 09 6232944
Email: info@yt.gov.my

Tarikh Keputusan UPSR 2019

$
0
0
Tarikh Keputusan UPSR 2019 | Maklumat terkini berkenaan Semakan Keputusan UPSR bagi Tahun 2019. Semakan keputusan boleh dibuat bermula 21 November 2019, 10 pagi.


21 November 2019 tarikh keputusan UPSR akan diumumkan. Ibubapa dan murid-murid boleh membuat semakan keputusan pada tarikh dan waktu tersebut:
(1) Di sekolah (keputusan rasmi dan slip keputusan)
(2) Atas talian, sppat.moe.gov.my
(3) Melalui SMS, taip UPSR<jarak>Angka giliran dan hantarkan ke 15888

KakYa dapat berita terbaru ni melalui group whatsapp kelas Iman. Baru dua tiga hari lepas Iman bagitahu keputusan peperiksaan UPSR akan keluar masa cuti sekolah. Tup tup arini dapat whatsapp gambar surat ni bagitahu 21 November keputusan dah keluar. Dup dap dup dap pulak jantung kita ni nak tahu keputusan Iman.


GABAN ! Menceriakan Zaman Kecil Anak Anak 80an 90an

$
0
0
GABAN ! Menceriakan Zaman Kecil Anak Anak 80an 90an | Baru baru ni En Hubby bukak facebook pastu dia suruh KakYa diam dan dengar jap muzik mula ni pastu teka lagu gape? Hadoi la mula mula dengar KakYa dah boleh tahu la tu lagu Gaban. Pastu En Hubby tunjuk video lagu Gaban nyanyian penyanyi otai dari negara Jepun, Akira Kushida. En Hubby cakap ingatkan Umi tak tau lagu apa. 

Opkos la bila KakYa dengar lagu tu serta merta teringat kat citer Gaban ni.  Lagu yang dinyanyikan memang membangkit nostalgia masa kecik kecik dulu. Petang Khamis kalau tak silap KakYa, duk tunggu depan tv sebab nak tengok citer Gaban ni la. Sanggup tak pegi bermain sebab tunggu citer Gaban.

Citer legend zaman KakYa kanak kanak dulu. Waktu tu ingat KakYa tengok citer Gaban kat tv jenis gemuk besor gedabak tu. Yang kalau korang malas boleh tekan jer pakai ibu jari kaki. Hahahahaha. Hadoi laaa nak gelak rasa bila teringat balik. Kiranya citer Gaban ni memang citer yang ditunggu tunggu anak anak tahun  80an 90an dulu. Citer legend yang takde saingan. Terima kasih Gaban kerana menceriakan zaman kecil kami. Gaban Z potong dua.. Zazzz..!! Alahaii rindu zaman dulu dulu.


Lagu Gaban Nyanyian Akira Kushida



Otoko nan daro? Kuzu guzu suru na yo 
mune no enjin ni hi o tsukero 
ore wa kokodaze hitoashi o-saki 
hikari no hayasa de ashita e dasshu-sa! 

waka-sa waka-sa te nan da? Furimukanai koto sa 
ai te nan da? Tamerawanai koto sa gaban! 
Abayo na mida gaban! 
Yoroshiku yuki uchu keiji gaban! 

Warui yatsu-ra wa 
tenshi no kao shite 
kokoro de tsume o 
toi de iru mono sa 
ore mo omae mo namonai hana o 
fumitsuke rarenai otoko ni naru no sa! 

waka-sa waka-sa te nan da? 
Akiramenai koto sa 
Ai te nan da? Kuyamanai koto sa gaban! 
Aba yo kako gaban! Yoroshiku mirai uchu keiji gaban! 

waka-sa waka-sa te nan da? 
Furimukanai koto sa 
Ai ttena nda? Tamerawanai koto sa gaban! 
Aba yo na mida gaban! 
Yoroshiku yuki uchu keiji gaban!


Penyanyi lagu ni Akira Kushida tu kan dia bawak lagu ni sebijik sama cam dulu. Walau hakikatnya usia dia sekarang dah mencecah ke angka 73 tahun. Perghh padu oii pakcik jepun ni nyanyi. Kalau ikut kiraan la kan lagu ni dah masuk usia 40 tahun dah. Korang pernah ke tengok citer Gaban ni waktu kecik kecik dulu? ..... Marila kita mengulit kenangan jap. 

Perlaksanaan Kempen Zakat@FAMILY Oleh Lembaga Zakat Selangor

$
0
0
Perlaksanaan Kempen Zakat@FAMILY Oleh Lembaga Zakat Selangor | Salam Jumaat sahabat. Alhamdulillah hari ini kita masih lagi diberi peluang dan juga ruang untuk sama sama menghirup udara khatulistiwa di bumi Allah yang luas ini. Bersempena hari Jumaat yang mulia ini KakYa ingin sama sama kongsikan mengenai satu kempen zakat terbaru dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) iaitu Zakat@FAMILY.

Sahabat semua tahu ke mengenai Zakat@FAMILY? Kalau ada yang tak tahu KakYa terangkan dulu apa sebenarnya Zakat@FAMILY ni. Zakat@FAMILY adalah satu kempen dakwah taksiran dan bayaran zakat bagi melengkapkan tanggungjawab di dalam sesebuah institusi keluarga yang melibatkan ketua keluarga, penjaga atau wali di bawah tanggungan mereka di negeri Selangor.


Tujuan Perlaksanaan Zakat@FAMILY

Sebagaimana yang kita tahu, zakat adalah wajib bagi ummat islam yang memenuhi syarat wajib untuk berzakat. Sebagai ummat islam yang memenuhi syarat wajib zakat perlulah kita menunaikan zakat. Pembayaran zakat  menjadikan harta kita diberkati, subur dan baik serta menjadikan hati  kita tenang dan senang. InsyaAllah aamin aamin.

Sebagaimana yang KakYa warwarkan diatas mengenai kempen Zakat@FAMILY pasti ada yang tertanya tanya apakah tujuan sebenar kempen Zakat@FAMILY.

Kempen  Zakat@FAMILY adalah kempen untuk memupuk kesedaran yang tinggi dikalangan pihak yang terlibat agar dapat melaksana dan menjalankan tanggungjawap sepenuhnya dalam pembayaran zakat bagi tanggungan dan jagaan mereka. 

Bayaran zakat boleh ditunaikan oleh ketua keluarga, penjaga atau wali untuk diri sendiri dan setiap individu yang masih di bawah tanggungan atau jagaannya dalam sebuah institusi kekeluargaan muslim di negeri Selangor dengan kadar zakat yang wajib ditunaikan adalah 2.5 peratus.

Objektif Kempen Zakat@FAMILY

• Memupuk kesedaran ke atas setiap ketua keluarga, penjaga atau wali agar dapat melaksanakan tanggungjawab memastikan taksiran dan pembayaran zakat ke atas setiap individu yang berada di bawah tanggungan dan jagaan mereka.

• Menyebar luas dakwah zakat kepada umat islam di kawasan sekitar dan di seluruh Selangor.

• Memastikan setiap individu dalam sebuah keluarga Muslim di Selangor dapat menunaikan kewajipan zakat ke atas harta yang mereka miliki selaras dengan kewajipan zakat yang bergantung kepada harta yang dimiliki dan bukannya kepada status umur atau kewarasan pemilik harta (akil baligh atau mukallaf).

Kaedah Dan Tanggungjawap

Ketua keluarga hendaklah memastikan setiap individu di bawah tanggungan mereka mengisi dan melengkapkan borang taksiran zakat individu (i-Touch) untuk :
- Diri Sendiri
- Pasangan
- Tanggungan 
- Individu di bawah jagaan

Setelah membuat taksiran zakat untuk diri, pasangan, tanggungan atau jagaan, ketua keluarga atau penjaga akan mengisi borang Zakat@FAMILY.

Setelah mengetahui kelayakan kewajipan zakat dan jumlah zakat bagi setiap ahli keluarga atau penjaga, pelanggan perlu memastikan pembayaran zakat diselesaikan untuk diri sendiri, pasangan, tanggungan atau individu di bawah jagaannya.

Panduan pemilik harta, tanggungjawab taksiran dan tanggungjawab pembayaran Zakat@FAMILY adalah seperti berikut :


Jenis Jenis Harta Yang Terlibat Bagi Pembayaran Zakat@FAMILY

Jenis-jenis harta yang terlibat bagi pentaksiran dan pembayaran Zakat@FAMILY adalah seperti berikut :

- Zakat Harta Pendapatan
Taksiran ini merangkumi tolakan had kifayah yang layak dilakukan bagi setiap individu agar tidak berlaku pertindanan dan mengetahui kelayakan membayar zakat.
Hasil penggajian dan upah
• Hasil-hasil bebas dan profesional
• Hasil al-mustaghallat
• Hasil pemberian dan sumbangan

- Zakat Harta Berasaskan Nisab Emas
Taksiran yang dilaksanakan adalah bagi menentukan kelayakan kewajipan zakat bagi setiap individu yang memiliki harta berasaskan nisab emas.
• Emas.
• Wang simpanan
• Saham dan pelaburan

Bagaimanakan Kaedah Kiraan Zakat Melalui Taksiran Zakat@FAMILY?

Kaedah kiraan dan taksiran Zakat@Family adalah seperti yang telah dipersetujui oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor melalui penggunaan  “Borang Taksiran Zakat Harta Individu” dengan tambahan butiran jumlah harta tanggungan masing-masing (pasangan, ibu, bapa & anak-anak) 

Diharap dengan pelaksanaan kempen Zakat@FAMILY dan promosi yang dijalankan dapat mendidik umat Islam di Selangor dengan lebih baik dalam menunaikan ibadah zakat sekaligus memberi kemudahan dan kefahaman serta dapat mengoptimumkan kutipan zakat di Lembaga Zakat Selangor. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan Zakat@FAMILY boleh rujuk video KLIK SINI dan layari laman sesawang Lembaga Zakat Selangor (LZS) di www.zakatselangor.com.my 

Petua Mudah Halau Kucing Suka Buang Najis Di Halaman Rumah

$
0
0
Petua Mudah Halau Kucing Suka Buang Najis Di Halaman Rumah | Pernah ke korang berdepan masalah kucing suka kencing berak merata rata kat halaman rumah korang. Dah macam macam cara korang buat, tapi tak menjadi .. Pernah letak air merah aka air sirap dalam botol tapi kejap jer lepas tu datang balik berak kencing kat situ. Tak menjadikkk, kat halaman rumah korang jugak dia datang melabur. Dah la bau air kencing berak hancing dan busuk. Menusuk ke hidung  bila buka jer pintu aduhaiiii sakit hidung. 

Petua Halau Kucing Berak Merata
Sekali sekala takpe lagi tapi kalau dah setiap hari duk hadap benda sama hangin jugak satu badan.  Pagi pagi dah kena buang tahi kucing dah kena basuh air kencing kucing. Boleh hilang mood positif pagi tapi dapat mood negatif sebab duk membebel pepagi kerana air kencing dan tahi kucing. Kalau kucing kita ok la lagi sebab kita bela tak reti ajar jangan berak kencing merata rata. Tapi ni kucing jiran, jiran yang duk lepas dia punya kucing tu merata rata boleh pulak datang melabur kat umah kita. Mahu tak hangin satu badan. Hanginnnnn sungguh la boleh bawak gaduh boleh jadi perang jugak lama lama berlarutan kalau tak tahan sabar oiiii.. 

Petua Urus Kucing Suka Buang Najis Di Merata Rata 

KakYa kumpul semua petua urus kucing suka buang najis merata rata yang KakYa jumpa kat carian kat google dan masukkan untuk entri ni. Semoga memberi manfaat untuk KakYa dan korang jugak la yang menghadapi masalah yang sama cam KakYa ni. 

Antara petua petua yang boleh dicuba adalah;

1. Nampak jer kucing berak, bersihkan dengan seberapa segera yang boleh. Kucing ni dia suka pergi kat tempat sama berulang ulang kali untuk berak. Jadi cepat cepat bersihkan dan bilas dengan sedikit cuka dan air. Cuka ni boleh hilangkan bau yang tak berapa nak sedapkan hidung kita tu. Sembur kat kawasan kucing selalu kencing berak. 

3. Gunakan produk dari serai. Kucing tak suka bau serai. Beli jer produk berasaskan serai dan sembur jer kat kawasan kucing selalu kencing berak. 

4. Guna buah limau kasturi. Ambik beberapa biji limau kasturi peah airnya dan masukkan dalam bekas spray. Sembur kat kawasan kucing selalu kencing berak. 

5. Boleh cuba buat spray dwngan menggunakan cuka makan, pelembut pakaian dna juga air. Campur semua sekali, goncang dan terus sembur kawasan yang kucing selalu kencing berak. Lakukan secara konsisten insyaallah berhasil.

6. Cuba guna lada hitam. Masukkan beberapa sudu lada hitam dalam air mendidih dan sejukkan. Masukkan dalam botol spray dan spray jer kat tempat kucing kencing berak. 

7. Boleh guna serbuk pencuci pakaian. Tabur jer serbuk pencuci kat tempat kucing selalu datang lepaskan hajat. InsyaAllah menjadi.

8. Tabur serbuk kari atau serbuk cili pon ada yang buat. Nanti boleh cuba taburkan serbuk kari atau serbuk cili kat tempat kucing selalu singgah kencing berak.

Ok ni jer la yang KakYa dapat kongsi dengan korang. Nanti cubala dulu mana satu berkesan. Semoga petua petua ni dapat bantu korang yang stress dengan masalah kucing berak merata kat halaman rumah korang. 

MARIGOLD UHT Milk with MALT Sedap, Lazat Dan Berkhasiat

$
0
0
MARIGOLD UHT Milk with MALT Sedap, Lazat Dan Berkhasiat | Hai korang, KakYa nak citer kat korang mengenai susu yang KakYa baru try minggu lepas. MARIGOLD UHT Milk with MALT. Anak beranak susu Marigold la kiranya. Ni yang terbaru kat pasaran. Korang dah cuba ke belum, kalau belum boleh pegi beli dan minum MARIGOLD UHT Milk with MALT sekarang jugak konpem korang suka.

Rasa dia sedap, takde rasa manis sangat orang cakap manis manis manja gitu. Kalau korang yang tak suka minum yang manis manis MARIG0LD UHT Milk with MALT ni memang sesuai untuk korang. Bukan untuk korang jer tau, tapi satu family boleh minum. Baik untuk mak, ayah dan juga anak anak korang. Kompen diaorang pon suka. Sebab apa sebab sedap la oiii. Suami KakYa yang tak suka minum susu pon boleh minum susu ni sebab dia cakap rasa dia sedap la. Not bad la, boleh la .. Tu jer la dia cakap. Minta ulas lebih lebih tanak pulak dia. Bukan kojer dia katanya. Hadoiiiii!


Rasa yang sangat lazat dan mengenyangkan dengan tambahan malt dalam susu.  Dia macam mana nak cakap eaaa .. macam korang makan bijirin dengan susu haa lebih kurang camtu la rasa dia. Paling penting takde rasa muak okey! Ulang lagi sekali takde rasa muak!! KakYa kalau bab bab susu muak ni memang takde la nak minum. Tapi MARIGOLD UHT Milk with MALT memang boleh layan. Memang sedap tambah tambah diminum sejuk. Akif anak KakYa cakap , minum susu ni dia macam minum susu campur jagung, hahaha. Ya ya ke nak oii ..

Kalau korang yang tak suka sarapan yang berat berat boleh ambik susu ni jer pepagi kompen kenyang dan dapat bantu memberikan korang tenaga lebih sikit. Jadi apa tunggu lagi jangan lupa untuk cuba MARIGOLD UHT Milk with MALT untuk tenaga tambahan. Cuba tau jangan tak cuba!

Iman Dapat 1A 4B 1C UPSR 2019

$
0
0
Iman Dapat 1A 4B 1C UPSR 2019 | Alhamdulillah result UPSR dah dapat pagi tadi. Iman dapat 1A 4B 1C.  Tahniah Iman! Walau apapon keputusan Iman, umi abah terima dengan hati terbuka. Walau tadi dia sedikit kecewa masa bawak result untuk tunjuk kat Umi tapi takpe Umi akan sentiasa ada untuk peluk anak Umi. Umi tahu Iman dah buat yag terbaik untuk UPSR 2019. 

Iman dah cuba sehabis daya Iman untuk dapatkan result yang baik, tapi kita sekadar merancang Allah SWT penentuNYA. Iman tak perlu rasa bersalah dengan umi dan abah. Umi redha semua sekali. Doa umi abah takkan putus untuk anak anak Umi.


Apapon keputusan anak anak kita, terimalah dengan hati terbuka dan berlapang dada. Setiap anak ada kelebihan dan kekurangan mereka. Tak perlu nak bandingkan anak kita dengan anak orang lain sebaliknya sama sama kita raikan penat lelah mereka belajar dari pra sekolah sehingga ke tahun 6. Kecemerlangan seorang anak tidak terletak pada cemerlang akademik sahaja malah dalam sukan dan kokurikulum juga masih boleh dibanggakan. Hargai anak anak kita. Tahnia buat semua anak anak UPSR 2019.



Cetaphil Gentle Skin Cleanser Untuk Kulit Sihat

$
0
0
Cetaphil Gentle Skin Cleanser Untuk Kulit Sihat | Cetaphil Gentle Skin Cleanser sangat sesuai untuk kulit KakYa. KakYa guna produk Cetaphil ni dah lama sebenarnya. Dulu KakYa guna lebih pada penggunaan untuk kulit anak-anak setelah mendapat saranan Doktor sebab kulit mereka sensitif macam kulit KakYa. Doktor ada cakap kalau kulit sensitif tak boleh guna atau pakai produk sesuka hati nanti kulit menjadi kering, iritasi dan memberi kepedihan pada kulit. Ini kerana bahan bahan yang terkandung dalam produk tertentu boleh menyebabkan kulit makin teruk. Sebab tu la KakYa guna produk Cetaphil.


Review Cetaphil Gentle Skin Cleanser

KakYa mula guna produk Cetaphil sejak beberapa bulan lepas setelah melihat beberapa sahabat membicarakan mengenai Cetaphil dan ianya memberi kesan terbaik untuk kulit mereka. KakYa juga ada terbaca mengenai review yang ditulis menyatakan Cetaphil antara produk terbaik untuk kulit dan diperakui oleh pakar.

Masa mula mula haritu, KakYa cukup teruja untuk mencuba pembersih Cetaphil kegemaran ramai ini. KakYa dapat rasakan pembersih kulit Cetaphil benar-benar memberi kesan untuk kulit KakYa. KakYa rasa Cetaphil ni berfungsi dengan baik dan menjadikan kulit KakYa lembap tanpa kesan pengeringan. Untuk kulit wajah pula, apa yang KakYa boleh katakan selepas penggunaan selama beberapa bulan, wajah makin lembut dan segar tak macam dulu. Kalau dulu, kulit wajah mudah sangat kering dan tak bermaya. Sekarang tidak lagi sebab pembersih ni jenis yang lembut tanpa kandungan sabun atau pewangi. Kulit pon makin lembut dan berseri-seri.




Bila guna Cetaphil Gentle Skin Cleanser, KakYa rasa ia memang membersih dan melembap secara lembut walaupun tanpa sabun. Tak macam pembersih kulit yang berbuih, ia tak mengetatkan kulit. Tahukah anda, perasaan ketat tu adalah sebab terlalu banyak sabun dan sabun tu tengah mengikis pelindung kulit semula jadi. 

Kebaikan Cetaphil ni adalah ianya disyorkan oleh pakar kulit dan berkesan untuk semua jenis kulit termasuk kulit biasa, berminyak, kering, kombinasi, ataupun sensitive. Sangat-sangat sesuai untuk kulit wajah dan badan. Ianya juga cukup lembut untuk kulit bayi olehtu, KakYa juga guna sebagai pencuci badan untuk anak KakYa yang kulit sensitif. 

Ya la kan bila kita dah tahu kulit kita jenis sensitif kenalah berhati hati menggunakan produk untuk wajah. Pernah juga beberapa kali kulit wajah KakYa menggelupas teruk dan menjadi hitam kehitaman disebabkan tersilap memilih produk. Bukan setakat itu sahaja kulit wajah turut menjadi semakin berminyak dan ditumbuhi jerawat yang banyak kerana kesilapan KakYa menggunakan produk tanpa mengambil kira kesannya pada kulit muka KakYa yang sensitif.

Ada satu lagi yang best, Cetaphil ni tidak BERMINYAK dan ianya menyerap dengan baik saat KakYa gunakan pada kulit. Sebab tak berminyak tu la buat KakYa suka nak guna.

Sekarang ni hari hari KakYa akan gunakan pembersih ini dan juga produk Cetaphil yang lain seperti Cetaphil Moisturising Cream dan Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50+ untuk penjagaan muka yang sempurna. Jatuh cinta dah saya dengan Cetaphil!


Cara Menggunakan Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Produk penjagaan muka ini tidak memberikan kerengsaan pada kulit. Yang paling best korang boleh guna dengan air atau tanpa air sebagai makeup remover untuk makeup yang ringan. Cara nak guna pon senang sangat, korang boleh gunakan dengan dua cara. Cara pertama tanpa menggunakan air dan cara kedua guna dengan air. Kalau tanpa menggunakan air korang letak jer cecair Cetaphil pada kulit wajah, urut seketika dan lap dengan tuala bersih. Kalau korang gunakan air, letakkan cecair Cetaphil pada kulit wajah, urut seketika dan cuci muka dengan air bersih. Dah selesai. 


Cetaphil Moisturizing Cream

Selain menggunakan pembersih yang cukup KakYa suka ni, KakYa turut menggunakan krim pelembap juga. Cetaphil Moisturising Cream pilihan KakYa kerana kepentingannya pada kulit, tambah tambah lagi bila usia makin meningkat, kulit perlukan krim pelembap bagi mengelakkan kulit KakYa menjadi terlalu kering dan bermasalah.

Dengan keadaan cuaca di Malaysia yang tidak menentu menjadikan pelembap sesuatu penjagaan kulit yang cukup penting. Bagi KakYa pelembap adalah penting sama seperti pembersih. Oleh itu untuk melengkapkan rutin penuh penjagaan kulit, KakYa gunakan pelembap Cetaphil untuk menghidrat kulit dan menjadikan kulit sihat bermaya. KakYa gunakan pelembap dua kali sehari iaitu waktu siang dan juga malam.



Cetaphil Moisturising Cream mempunyai bahan pelembut dan pelembap ekstra yang dapat mencegah kelembapan daripada hilang. Ianya memberikan penghidratan yang berpanjangan pada kulit dan menjadikannya lembut dan licin. Ianya sangat sesuai untuk melembap kulit yang amat kering dan sangat baik juga digunakan untuk kaki, siku dan lutut. Ha ahhh beli satu produk boleh guna untuk semua bahagian. Tak ke untung tu!


Bahan bahan yang terdapat dalam pelembap Cetaphil berfungsi untuk mengekalkan kelembapan dan menggandakan tahap penghidratan kulit dalam masa beberapa hari. Kulit KakYa rasa semakin lembap dan tiada lagi kekeringan seperti sebelum ini.

Cara penggunaan pelembap, hanya sapukan beberapa titis pada kulit korang dan urut perlahan lahan dengan lembut. Korang boleh rasa kulit korang akan menjadi lembap. Pelembap membantu memulihkan penghalang perlindungan semula jadi kulit menjadikan kulit korang sihat sentiasa.

UVA/UVB Defense SPF 50+ /UVA 28

Rumusan lengkap dengan sistem tujuh penapis memberikan perlindungan matahari yang optimum daripada sinaran UV, Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50+ pastinya pilihan KakYa. Dengan perlindungan yang tinggi pada kulit di samping melegakan dan melembapkan kulit. Produk ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit muka dan badan. Ianya juga diuji dan terbukti secara dermatologi supaya selamat untuk guna pada semua jenis kulit. 



Kulit kita memerlukan perlindungan supaya tidak terbakar di bawah sinar matahari. Korang mesti lebih arif, bahaya bilamana kulit terdedah kepada cahaya matahari yang berterusan terutama untuk jangka masa yang lama. Kesannya kulit kita menjadi lebih gelap atau terbakar. Kulit KakYa kalau duk kat tepi pantai lama lama mula la rasa terbakar dan mudah menjadi gelap.

Untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari berlebihan KakYa gunakan pelindung matahari. Kalau nak keluar rumah terutama waktu tengahari KakYa akan pastikan kulit KakYa dilindungi dengan Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50. Dengan kandungan SPF sebanyak 50+ dan UVA 28 di produk ini, ianya sangat sesuai kalau korang nak bawak pergi bercuti kat kawasan pantai atau kawasan beriklim panas.

Bagi KakYa produk ni sangat ringan pada kulit dan bilamana KakYa gunakan produk ni KakYa masih boleh gunakan BB Cream. Kiranya selepas menggunakan Cetaphil UVA/UVB Defense SPF 50+ terus jer pakai BB Cream takde masalah pon.

Okay, oleh kerana produk ni best sangat sangat dan buat KakYa teruja teruk, KakYa sarankan untuk korang yang suka travel korang boleh tambahkan Cetaphil UVA / UVB Defense SPF50+ dalam list korang. Untuk KakYa, Cetaphil UVA / UVB Defence SPF50+ pasti menjadi pilihan walau di mana berada.

Mana Nak Dapatkan Produk Cetaphil

Untuk pengetahuan korang KakYa dah cuba ketiga tiga produk Cetaphil ni dan KakYa cukup puas hati dengan keberkesanan produk ini. Setelah beberapa bulan bersama produk dari Cetaphil KakYa rasa lepas ni KakYa tak nak tukar produk lain dah. Buat apa nak tukar kalau Cetaphil pilihan terbaik. Korang pon kenala cuba produk Cetaphil ni. Mana tahu serasi dengan kulit korang. Cuba la dulu baru tau! Bagi yang berminat untuk mendapatkan produk Cetaphil korang boleh dapatkan segera produk hebat ini di;


Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 16

$
0
0
Selamat Ulangtahun Perkahwinan Yang Ke 16 | Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana dengan izinNYA pada tarikh ini 04/12/2019, KakYa dan suami sekali lagi di beri peluang oleh Alah SWT untuk sama  sama menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke 16. Sedar tak sedar dah 16 tahun usia perkahwinan kami.


Terima kasih Allah atas limpah dan rahmatMu untuk kami dalam kami meniti hari hari indah sepanjang kami bersama. Semoga kebahagiaan yang kami kecapi hari ini dan hari hari yang bakal mendatang dipenuhi dengan kebahagiaan dan limpahan kasih sayang yang sentiasa berkekalan hingga ke Syurga. InsyaAllah.

Untuk suami tercinta Suhaimi Abd Aziz, Selamat Ulangtahun Perkahwinan kita yang ke 16. Terima kasih kerana sentiasa ada di sisi saya saat susah juga senang. Sentiasa support setiap langkah yang saya atur, selalu bagi semangat dan dorongan saat saya jatuh, di sisi saya saat berendam air mata, bertolak ansur dengan kerenah saya dan paling tak dilupakan sentiasa ada di sebelah saya saat saya melahirkan tiga orang anak kita. Terima Kasih Abang! Love U till Jannah. 

Anugerah paling indah buat kita dari Allah SWT yang tidak dapat diukur dan dinilai dengan wang ringgit. Anak anak kita Nur Aina Insyirah, Muhammad Adam Iman & Muhammad Akif Imtiyaz. Our kids are so blessed to have a dad like you abang! LOVE YOU SAYANG!

Syukur Ya Allah, dikurniakan kepada kami 3 cahayamata sebagai penyeri rumahtangga kami berdua. Semoga kebahagiaan ini akan kekal hingga hujung nyawa. Aamin aamin.

Happy 16th Wedding Anniversary!

Bawa Anak Anak Tonton Ejen Ali

$
0
0
Bawa Anak Anak Tonton Ejen Ali  | Sejak tahu Ejen Ali  masuk akan panggung 28.11 anak anak sibuk duk cakap pasal Ejen Ali jer. Akif siap minta abah dia cuti sebab nak pegi tonton  pada 28.11. Tiba tarikh 28.11 kami tak dapat nak pegi tsebab abah kena kerja tambah di pulak dengan pakej balik lewat.

Dak kecik majuk gak la sekejap sebab sepupu sepupu dia ramai yang pergi 28.11 dan dah janji nak pegi sama sama tapi dia pulak tak dapat nak pegi. Dak kecik hari hari duk zikir tepi telinga duk tanya Umi bila nak bawak pegi tengok Ejen Ali, bila nak pegi, bila boleh pegi. Emmmm minat benor Ejen Ali. Umi cakap la nanti abah cuti kita pegi la nak.


Alhamdulillah hari Ahad 1.12 baru baru ni En Hubby dapat cuti. Terus plan bawak anak anak dan anak sedara yang kebetulan bercuti kat rumah, jalan jalan kat Kuantan dan kami tonton Ejen Ali jam 9.30 malam kat MBO City Mall Kuantan. Mula mula ingatkan nak menonton waktu siang tapi anak anak cakap nak pegi jalan jalan dulu jadi kami ikut anak anak tonton waktu malam.


Masa duk syiokk tangkap gambar sebelum masuk panggung tercarik carik la jugak apabenda orang panggil tu yang papan ke kadbod ke apatu yang ada gambar Ejen Ali tu. Apabenda orang sebut ya benda tu? ... tak tau la orang panggil gapo benda tu. Hahahahaha ..


Dak Akif hampa kejap sebab takde dah bendalah tu jadi dia cakap kita  bergambar jer la kat depan MBO ni Umi sambil pegang popcorn. Huhuhuhuhu .. dak kecik siap cakap nanti kita naik kat atas ada la kot. Tapi takde jugak yang ada poster Jumanji jer hahaha. Ejen Ali punya talakk adooo. Hampooo lagi takleh nak gambar ngan poster Ejen Ali.

Takpe la nak kita posing asal boleh udah laa ya. Haa ni dia model popcorn dan ais lemon tea MBO. Hahahahaha!

Masuk panggung jam 9.30 malam keluar jam 11.30 lebih. Masa ni anak anak dan anak sedara dah mengantuk dah. Masing masing penat sangat sebab seharian jalan jalan. Masuk kereta je tak sampai 5 minit semua dah mentido dah. Kami sampai kat rumah dalam 1.30 pagi. Alhamdulillah anak anak happy umi abah pon tumpang happy. Tq Ejen Ali menceriakan cuti sekolah anak anak KakYa.

Program Komuniti McDonald’s Santuni Rakyat Perlis

$
0
0
Program Komuniti McDonald’s Santuni Rakyat Perlis Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Perlis menyaksikan McDonald’s Malaysia menyampaikan sumbangan berjumlah RM507,500 bagi meringankan beban golongan kurang bernasib baik di negeri ini. Pelbagai inisiatif diumumkan di bawah Program Komuniti yang dianjurkan, termasuklah pembayaran zakat perniagaan McDonald’s, pelantikan belia-belia untuk menyertai SLDN McDonald’s dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah”.

Sejumlah RM507,500 disumbangkan oleh McDonald’s Malaysia melalui Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Perlis untuk meringankan beban golongan memerlukan di negeri ini. Inisiatif-inisiatif yang diumumkan termasuklah penyerahan zakat perniagaan bagi tahun 2019, penyerahan sijil pelantikan kepada pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s, dan penyerahan pek “Kembali ke Sekolah”.

“Kami berhasrat mewujudkan impak positif kepada masyarakat di sekitar lokasi restoran kami. Komitmen  kearah kesejahteraan masyarakat merupakan sesuatu yang cukup dekat di hati warga kerja McDonald’s malah ia juga merupakan nilai teras syarikat. Besar harapan kami agar sumbangan yang disampaikan mampu mengukir senyuman kegembiraan kepada golongan yang memerlukan di negeri Perlis ini,” kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

dua dari kiri : Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika menyerahkan bayaran zakat perniagaan McDonald’s Malaysia bagi negeri Perlis untuk tahun 2019 kepada (tiga dari kiri) DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mencemar duli menjadi tetamu kehormat majlis tersebut, yang diadakan sempena Program Kayuhan “MAIPs Peduli” kali ke-93. Baginda hadir menyempurnakan Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Perlis selepas mengadakan lawatan berbasikal di sekitar kawasan kampung di negeri ini untuk penyerahan zakat kepada golongan masyarakat yang memerlukan. 


Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia dan DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis ketika sesi lawatan restoran McDonald’s Pandu-Lalu Kangar, Perlis.

Baginda yang juga merupakan Yang Dipertua MAIPs komited melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan memandangkan ia juga sebahagian daripada usaha berterusan MAIPs, bagi memastikan nasib golongan masyarakat yang memerlukan di negeri ini terus terpelihara.

“Kami gembira melihat syarikat korporat seperti McDonald’s tampil kehadapan membantu golongan kurang berkemampuan di Perlis. Apa yang dilaksanakan oleh syarikat khidmat segera tersebut wajar dipuji dan dijadikan contoh. Program Komuniti McDonald’s yang dilaksanakan ini amat bertepatan dengan visi kami untuk memacu pembangunan ummah cemerlang menjelang 2020 menerusi nilai-nilai kemanusiaan dan sikap prihatin terhadap keperluan masyarakat,” kata Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs). 

Agihan Zakat Perniagaan McDonald’s Malaysia

McDonald’s Malaysia memenuhi kewajipan zakatnya kepada negeri Perlis untuk tahun 2019 dengan bayaran zakat berjumlah RM101,000. 

McDonald's Malaysia baru-baru ini turut menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat daripada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP), dan merupakan entiti perniagaan pertama yang menerima sijil pengiktirafan tersebut di Malaysia.


Warga kerja McDonald’s dan Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) bersama-sama DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis bergambar mesra bersama penduduk kampung ketika lawatan berbasikal, Program “MAIPs Peduli” di negeri Perlis untuk penyerahan zakat kepada golongan masyarakat yang memerlukan.

"Sebagai sebuah entiti perniagaan 100 peratus milik umat Islam, ianya merupakan tuntutan agama untuk kami mengeluarkan zakat apabila cukup haul untuk diagihkan kepada golongan masyarakat yang memerlukan. Kami telah membayar zakat sejak tahun 2017 setelah diambil alih oleh Lionhorn Pte. Ltd. iaitu sebuah anak syarikat Reza Group dari Arab Saudi," kata Azmir.

Inisiatif Pekerjaan Untuk Belia Melalui SLDN McDonald’s 

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s merupakan program latihan berteraskan industri selama 18 bulan menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran McDonald’s dan 30 peratus kelas teori di bilik darjah. Program ini diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia – salah satu usaha restoran khidmat segera itu untuk meningkatkan piawaian pembangunan modal insan syarikat dan memupuk bakat baharu, sejajar dengan agenda negara.

dua dari kiri: Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan (tiga dari kiri) DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis ketika menyerahkan sijil pelantikan kepada salah seorang belia yang terpilih untuk menyertai Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald’s

"Kami teruja untuk mengalu-alukan para belia dari negeri Perlis untuk menyertai program latihan kami ini. Diharap melalui program ini, belia yang terpilih akan mempelajari kemahiran yang diperlukan untuk memajukan diri dan memulakan karier yang menjamin masa depan seterusnya meningkatkan status ekonomi keluarga masing-masing," kata Azmir.

Program ini adalah sebahagian daripada Program Komuniti yang dianjurkan untuk belia daripada golongan kurang berkemampuan. Sebaik sahaja para pelatih lulus penilaian dan ujian akhir program ini, mereka layak bekerja di restoran McDonald's. Setakat ini, terdapat 650 pelatih sedang menjalani SLDN McDonald’s. 

Setiap pelatih menerima elaun sara hidup bulanan sebanyak RM1,200, faedah perubatan dan insurans, serta makanan percuma.

Program “Kembali ke Sekolah”

Lebih 1,000 kanak-kanak dari 36 sekolah di seluruh negeri Perlis menerima pek “Kembali ke Sekolah” tahun ini. Program “Kembali ke Sekolah” adalah inisiatif tahunan yang diterajui oleh McDonald's Malaysia dan Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia.


Program “Kembali ke Sekolah” 2019 yang dilancarkan di Kuala Lumpur pada pertengahan Oktober lalu, merupakan yang terbesar setakat ini – dengan jumlah sumbangan mencecah RM3 juta bagi membolehkan seramai 30,000 kanak-kanak sekolah rendah dari keluarga berpendapatan rendah dan miskin bandar di seluruh negara menerima pek "Kembali ke Sekolah" menjelang tahun persekolahan 2020. Ia bakal disampaikan secara berperingkat di negeri-negeri seluruh Malaysia sehingga penghujung tahun ini.

dua dari kiri: DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis memakaikan pakaian seragam yang baharu untuk salah seorang kanak-kanak sekolah rendah sebagai simbolik penyerahan pek ‘Kembali ke Sekolah’ semasa Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Perlis 2019. (kiri) Encik Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia; (kanan) Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor, Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan (dua dari kanan) YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail Ibni Tuanku Syed Faizuddin Putra, anakanda Raja Muda Perlis turut serta di atas pentas.

Pek "Kembali ke Sekolah" yang diagihkan mengandungi satu set pakaian seragam sekolah, sepasang kasut, sepasang stokin dan beg sekolah bernilai RM100.

Pada tahun 2018, McDonald's Malaysia dan RMHC Malaysia telah menyampaikan pek "Kembali ke Sekolah" bernilai RM1.7 juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolah rendah. Tahun sebelum itu pula menyaksikan McDonald's dan RMHC membantu 6,000 pelajar menerusi jumlah sumbangan sebanyak RM1.2 juta.

RMHC Malaysia merupakan badan kebajikan pilihan McDonald’s Malaysia yang bermatlamat membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Hubungi ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-7843 3388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/ jika anda berminat menyumbang wang tunai atau menjadi sukarelawan untuk RMHC Malaysia.

Beli Kelengkapan Sekolah Murah Dan Berkualiti Di Pusat Pakaian Hari-Hari

$
0
0
Beli Kelengkapan Sekolah Murah Dan Berkualiti Di Pusat Pakaian Hari-Hari | Disember dah tiba, masa nilah ibubapa akan sibuk mencari kelengkapan sekolah anak anak. KakYa pon sama, awal bulan dah sibuk duk cari keperluan sekolah anak anak. KakYa lebih suka settlekan awal sebabnya memudahkan KakYa mendapatkan saiz, jenis dan jenama yang sesuai  dan disukai anak anak. Persiapan awal tu sangat penting nak nak kalau yang ada anak ramai. Beli awal taklah nanti nak membeli yang berkenan tapi stok dah takde. Tak ke sedih namanya. Huhuhuhu!

Baju sekolah Murah

Satu lagi beli awal lagi mudah sebab tak terkejar kejar sangat lagipon KakYa tak berapa suka sebenarnya nak membeli kelengkapan sekolah anak anak di saat akhir sebab terlalu ramai orang yang membeli belah dan tak berapa selesa untuk berasak asak dengan orang ramai. Jadi nak selesa tanpa berasak asak beli awal okey.

Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari- Hari

Sinonim dengan ucapan "Hi Selamat Datang" waktu pelanggan masuk dan "Terima Kasih Datang Lagi" waktu pelanggan keluar menjadikan Pusat Pakaian Hari-Hari antara pasaraya mesra pelanggan terbaik di Malaysia pilihan KakYa dan anak anak untuk membeli kelengkapan persekolahan bagi sesi persekolahan 2020 yang bakal bermula tidak berapa lama lagi.

Baju Sekolah Murah
Sebelum cari baju sekolah kita posing dulu dengan staff Hari-Hari yang ramah tamah, mesra dan baik hati ni. Siap pakai seragam sekolah lagi. Nampak comel jer kan?

Baju Sekolah Murah
Kan dah cakap memang mesra orangnya. Langsung tak kisah bila KakYa minta anak anak bergambar bersama dengannya. Sporting sangat, anak anak pon seronok jee shopping dapat layanan istimewa gini. 

Sudahkah korang membeli kelengkapan sekolah anak anak? Kalau belum lagi, apakata korang usha kelengkapan sekolah anak anak di Pusat Pakaian Hari-Hari. Sebagai ibubapa kita perlu bijak mengatur perbelanjaan dalam memilih kelengkapan sekolah anak anak. Pusat Pakaian Hari-Hari menyediakan pelbagai kelengkapan sekolah seperti baju, seluar, kasut, stokin, beg dan pelbagai lagi dari harga rendah sehingga sederhana. Harga yang ditawarkan kurang dari RM65 untuk full set baju, seluar, kasut dan stokin untuk saiz paling kecil. Memang berbaloi baloi la dengan harga.

Baju Sekolah Murah
Dah penuh bakul kita ni. Jom jom pegi bayar dulu nanti kita posing lagi. 

KakYa sendiri membeli kelengkapan sekolah anak anak di Pusat Pakaian Hari-Hari untuk sesi persekolahan tahun 2020. Bagi KakYa Pusat Pakaian Hari-Hari menyediakan kelengkapan sekolah pelbagai jenama dengan saiz dan harga berbeza dan yang paling utama harga berpatutan dan mampu bayar.

Pasti puas hati dengan harga dan kualiti terbaik yang ditawarkan Pusat Pakaian Hari-Hari. Shopping kat sini sangat sangat best sebab semua kelengapan sekolah ada dan korang tak perlu bimbang kerana staff bertugas akan membantu korang sepanjang korang shopping. Pastu kalau korang perasan la kan kat sini semua susun atur barangan disusun teratur, kemas dan sempurna. Jadi mudah untuk kita memilih barangan yang kita perlukan.

Misi Mencari Kelengkapan Sekolah Insyirah, Iman Dan Akif

Untuk tahun 2020 hanya Akif seorang sahaja yang bersekolah rendah manakala Iman akan menjejakkan kaki ke sekolah menengah sama dengan Insyirah. Persiapan pakaian sekolah  anak anak pastinya serba baru setiap tahun. Ini kerana saiz badan mereka semakin membesar dan pakaian lama sudah tidak selesa untuk diguna pakai. Bagi KakYa tidak perlu memilih jenama tapi KakYa akan pastikan pakaian anak anak berkualiti. Tak berjenama tak semestinya tak berkualiti. Yang penting sebagai ibubapa kita sendiri kena bijak dalam membuat pilihan.

Baju Sekolah Murah

Untuk Akif, KakYa belikan dua pasang seluar hijau dan juga baju sekolah lengan panjang warna hijau kerana Akif pengawas sekolah.

Baju Sekolah Murah
Posing dulu sementara dapat saiz baju yang sesuai

Baju dan seluar yang KakYa pilih nampak ok dari segi material dan jugak jahitan. Harga pon takde la mahal sangat. Untuk seluar sekolah harga sehelai rm32.90 dan baju hijau pengawas rm24.90. Kiranya untuk sepasang baju dan seluar Akif, KakYa bayar dalam lingkungan rm60.00. Harga mampu bayar sesuai dengan kualiti.

          Baju Sekolah Murah
Kat Pusat Pakaian Hari-Hari korang tak perlu nak tercari cari apa yang korang nak, staff kat situ akan ada untuk melayani setiap permintaan korang dengan ramah tamah. Ni staff yang melayani kami sekeluarga sepanjang shopping kelengkapan sekolah semalam. Memang ramah dan bagus sangat orangnya. Senyum sokmo dan mesra sangat sangat.

                                  
Staff kat sini yang tolong carikan saiz baju dan seluar yang sesuai untuk Akif. Sangat sangat mudah sebab kita tak perlu nak belek satu persatu bila dah ada yang membantu.

          Baju Sekolah Murah
Ni masa pilih saiz baju yang sesuai. Sebelum beli kena la ukur dulu sebab saiz baju kat sini tak sama saiz dengan baju yang sebelum ni Akif pakai. Jadi kena try satu dua baju jugakla, baru dapat saiz yang menepati citarasa anak bongsu KakYa ni. 

         
Ok dah dapat set baju seluar dengan saiz sesesuai selepas dua kali mencuba. Macam biasa la nak dapat yang betul betul ngam dengan Akif susah jugak sebab tiap tiap tahun untuk seluar dia memang kena jahit kat bahagian pinggang dna jugak kaki seluar. 

Untuk Iman, KakYa belikan dua pasang baju sekolah cotton putih lengan panjang dan dua pasang seluar sekolah menengah hijau. Baju sekolah putih lengan panjang saiz Iman harga rm29.90 sehelai. Dari segi harga baju dan seluar sekolah ada perbezaan harga mengikut saiz.

Baju Sekolah Murah
Untuk Iman memang tak perlu susah susah cari beria beria sebab sekali jer dia cuba memang padan terletak elok baju sekolah cotton putih saiz 13.5 ni untuk dia. 

Baju Sekolah Murah
Sempat lagi posing kat bilik persalinan. Opkos la, posing kan wajib waktu try baju sekolah baru. Hehehehe.

Insyirah pilih set sepasang baju sekolah dan kain sekolah saiz M yang berharga rm48.90. Dengan harga rm48.90 KakYa dapat beli satu set baju sekolah kain cotton berkualiti. Baju dan kain sekolah tebal tak jarang dengan jahitan yang kemas dan teratur. Kualiti pakaian seragam Pusat Pakaian Hari-Hari setanding dengan jenama lain dengan ketebalan kain cottonnya. Jenis cotton yang cukup tebal dan berkualiti. 

Alahai terletak cantik baju sekolah yang Insyirah pilih. Yang ni saiz M memang terletak elok  untuk dia. Cotton girl opkos laa cari baju dan kain sekolah cotton jugak.

Sebelum ni pon memang Insyirah suka pakai baju dan kain sekolah dari kain cotton. Lebih selesa katanya. KakYa belikan sehelai tudung putih jugak untuk Insyirah. Harga tudung pon murah. Untuk saiz XL harga rm13.90 sehelai.  

Baju Sekolah Murah

KakYa sukakan jahitan pakaian sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari kerana ianya kemas dan teratur. Kualiti baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari setanding jenama  lain diluar sana. Memang tak rugi beli kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari kerana kualiti dan harga sangat  sangat berpatutan.

Baju Sekolah Murah

Baju Sekolah Murah

Baju Sekolah Murah
Alhamdulilah dah settle shopping dah. Kita bayar dulu! 

Baju Sekolah Murah
Sementara tunggu nak membayar Umi masih lagi melilau duk cari lagi apa apa yang nak tambah masuk senarai. Hehehe mak mak camni la ada jer lagi yang di cari saat saat nak bayar.

FREEGIFT Dan Diskaun Untuk Pelanggan Pusat Pakaian Hari-Hari Dan Pembelian Online


PERHATIAN! PERHATIAN!! PERHATIAN!!! KakYa ada berita baik nak bagitau kat korang. Sekarang ni kalau korang membeli belah di Pusat Pakaian Hari-Hari korang boleh dapat freegift tau. Antara freegift yang disediakan adalah kalendar, stokin putih dan jugak kasut putih untuk pembelian RM30 sehingga RM150.  KakYa pergi semalam dapat freegift kalendar,  sepasang kasut putih dan tiga pasang stokin putih. Alhamdulillah. Bestnya dapat freegift! Sapa cakap tak best tu tipu la tu.

Baju Sekolah Murah

Bukan setakat dapat freegift jer tau, kalau korang berbelanja menggunakan kad debit/kredit CIMB bermula 1 Disember sehingga 31 Disember korang boleh dapat diskaun sebanyak 15%. Wowwww banyaknya diskaun. Syoknya shopping bila dapat diskaun. Shopping jangan tak shopping.

Baju Sekolah Murah

Satu lagi berita baik untuk korang. Bulan Disember ini saja korang boleh dapat diskaun sebanyak 15% kalau korang shopping secara online bersempena pelancaran pembelian atas talian oleh pihak Pusat Pakaian Hari-Hari di www.ehari.com .

Baju Sekolah Murah

Untuk pembelian RM50 ke atas tiada bayaran penghantaran dikenakan. Jimat lagi! Boleh la beli secara online nanti. Takde la nak bersesak dengan orang ramai. Klik sana klik sini terus bayar. Dah siap. Tunggu barang dihantar kat rumah jer. Apa susah online jer!

Baju Sekolah Murah

Promosi Kembali Ke Sekolah Pusat Pakaian Hari-Hari


Bersempena promosi Kembali Ke Sekolah pada bulan Disember ini, pelanggan dapat menikmati tawaran menarik bermula 1 Disember 2019 dan berakhir pada 31 Disember 2019. Antara tawaran menarik yang disediakan seperti;


● Untuk pembelian bernilai RM30 ke atas korang layak menerima kalendar tahun 2020 secara percuma.

● Untuk pembelian bermula RM120 ke atas korang layak menerima stokin putih secara percuma.

● Untuk pembelian bernilai RM150 ke atas korang boleh pilih antara dua hadiah percuma sama ada korang nak 2 pasang stokin putih atau sepasang kasut putih.

● Untuk pembelian menggunakan kad/credit CIMB, korang boleh dapat discount 15% dari 1/12 sehingga 31/12.

Best ke tak best ni. Dapat beli kelengkapan sekolah dengan harga murah dan berkualiti, dapat pulak freegift dan diskaun menarik. Apa tunggu lagi cepat cepat shopping okey! 

86 Cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari Di Seluruh Negara!

Pusat Pakaian Hari Hari Sdn Bhd mempunyai 86 cawangan di seluruh negara. Pendek kata setiap negeri ada cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari. Di negeri Terengganu sahaja terdapat 6 cawangan Pusat Pakaian Hari Hari.  Jadi korang tak perlu risau nak membeli belah. Nak tahu cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari yang terdekat dengan korang boleh layari laman sesawang www.hari.com.my . Senang korang nak terjah kat mana mana bila dah tahu lokasi terdekat. KakYa dah shopping dah! Korang bila lagi nak shopping.

Untuk updated terkini mengenai Pusat Pakaian Hari-Hari, korang boleh layari;

Facebook: http://www.facebook.com/harihari
Instagram: https://www.instagram.com/harihariofficial/

Clay Body Wash Azyma Care : Sabun Penghilang Bau Badan

$
0
0
Clay Body Wash Azyma Care : Sabun Penghilang Bau Badan |Clay Body Wash Azyma Care, pernah dengar ke sebelum ni? Ok, ni first time KakYa guna produk berasaskan tanah liat. Sebelum ni tak pernah guna atau pernah guna tapi tak perasan. Clay Body Wash Azyma Care ni KakYa memang suka sebab sesuai untuk seisi keluarga KakYa. Paling utama sekali yang buat KakYa suka guna Clay Body Wash Azyma Care kerana adunan produknya yang terbaik sangat sesuai dengan keperluan badan dalam membersih dan menyahkan bau badan. Ya wak! guna Clay Body Wash Azyma Care boleh hilangkan bau badan dengan cepat dan berkesan. 

Clay Body Wash Azyma Care | www.akifimtiyaz.com

Clay Body Wash Azyma Care 

Clay Body Wash Azyma Care merupakan produk mandian Premium dan High Quality yang melalui proses piawaian antarabangsa yang ketat, lama dan mahal. Clay Body Wash Azyma Care bebas daripada penggunaan bahan berkualiti rendah dan murah seperti Diethanolamine, Parabens, Silicones, Synthetic Colourant dan Lyral.  JANGAN_RISAU Clay Body Wash Azyma Care hanya menggunakan bahan semulajadi @ plant base. 

1 Botol Clay Body Wash Azyma Care;

● 100% Clay Kaolin asli
● Diperkaya 4 bahan semulajadi utama seperti Aloe Vera, timun, Lavendar Oil dan Chamomile.
● Menyihat dan meremajakan kulit.  
● Bau Body Wash yang sangat harum .
● Membasmi masalah bau badan degil.
●Membantu proses pertumbuhan kulit baru secara alami. Bebas pengaruh kimia.
●Membantu mencegah dan merawat keradangan pada kulit.
●Mempercepatkan proses pemulihan dari Sunburn akibat sinaran UV matahari.
●Sesuai untuk anda yang mengamalkan gaya hidup aktif, cepat berpeluh dan kulit meradang.
● Bebas kimia beracun punca kanser hati seperti Paraben, Silicon, Colourant dan Lyral (Fragrance beracun).
●Pekat dan efisien. 300ml Clay Body Wash Azyma Care sama dengan 500ml penggunaan sabun biasa.

Clay Body Wash Azyma Care Hilangkan Bau Badan

Kalau korang yang rasa diri ada bau badan, try la guna. Bukan setakat hilangkan bau badan jer tau  Clay Body Wash Azyma Care menjadikan kulit lebih lembut, segar, halus, cerah dan bersih.  Sejak KakYa dan family guna produk ni, terasa kelainan pada kulit. Kalau nak kulit halus dan bersih boleh ler try sendiri Clay Body Wash Azyma Care

Lupa nak bagitau kat korang, Clay Body Wash Azyma Care ni KakYa bukan setakat guna untuk badan saja tau, boleh guna untuk dijadikan pencuci muka dan jugak syampoo. Hahahaha jimat belanja ahkak dik non sebab boleh guna untuk muka dan rambut jugak ikut kesesuaian korang. Setakat yang KakYa guna ni alhamdulillah takde apa apa masalah lagi la. Ok jer. 

Kena Gigit Nyamuk - Sapu Je Clay Body Wash Azyma Care! Buat Macam Sapu Lotion Gitu!

Sekarang ni kan musim hujan, nyamuk selalu jer  ada duk melilau tunggu masa nak menggigit.  Emmm bila dah kena gigit nyamuk mula la tangan menggaru tak berenti. Akif anak bongsu KakYa dia punya kulit sensitif sikit. Bila kena gigit nyamuk jer, akan jadi gatal gatal merenyam dan dia akan menggaru agak lama. Pernah jugak la melecet kulit sebab menggaru. 

Tapi sejak KakYa guna Clay Body Wash Azyma Care  dapat memberikan kelegaan pada kulit gatal akibat gigitan nyamuk. Kesan merah akibat gigitan nyamuk cepat jer hilang. Kalau kena gigit nyamuk KakYa sapu jer sikit Clay Body Wash Azyma Care kat mana mana tempat gigitan. Bila dah lega boleh la basuh. Takde tanda merah merah dah lepas basuh. Gatal gatal pon dah kurang. Memang best sebab ada rasa sejuk jer masa sapu kat tangan.

Clay Body Wash Azyma Care | www.akifimtiyaz.com

Satu Botol Clay Body Wash Azyma Care Untuk En Hubby

Suami KakYa kerja bahagian unit teknikal. Sekarang ni dah hujung tahun, projek tengah shutdown jadi setiap hari kerja memang sepanjang hari akan guna safety boot. Bila petang balik kerja kaki merah dan gatal gatal. Kekadang bukan sebab stokin saja tapi sebab berpeluh dan pakai kasut terlalu lama pon ya jugak. 

Lepas guna Clay Body Wash Azyma Care selama seminggu alhamdulillah nampak perubahan pada kaki. Takde la gatal gatal macam dulu. Kaki lebih selesa dan sebab tu jugak la En Hubby bawak sekali Clay Body Wash Azyma Care kat tempat kerja. Masa nak solat basuh kaki bersih bersih guna Clay Body Wash Azyma Care. Lebih segar dan sangat sangat memberi keselesaan untuk kaki. 

Clay Body Wash Azyma Care | www.akifimtiyaz.com

Mewangi Bersama Clay Body Wash Azyma Care

Korang yang kuat berpeluh dan nak cepat cepat hilangkan bau badan, boleh cuba gunakan Clay Body Wash Azyma Care. Mana tahu sesuai untuk kulit korang. Tak cuba tak tahu, dah cuba tahula nanti. Apa tunggu lagi dapatkan sebotol hari ni jugak untuk seisi keluarga. Jom kita mewangi bersama Clay Body Wash Azyma Care. Share Moments, Share Clay Body Wash Azyma Care.

Clay Body Wash Azyma Care | www.akifimtiyaz.com

Mana Nak Dapatkan Clay Body Wash Azyma Care

Dah citer macam macam versi citer kat atas sana. Korang yang duk baca pasti tertanya tanya mana nak dapatkan Clay Body Wash Azyma Care ni ya! Ok untuk lebih detail korang boleh ikut jer cara mudah kat bawah ni:

Maklumat lanjut sila hubungi nombor tertera ;
 +6019 776 0647 / +603 6732 0647
Layari laman sesawang azymacare untuk maklumat lebih detail;
ATAU WhatsApp terus untuk pembelian;

Persediaan Ke Sekolah 2020 - Kasut Sekolah Pallas Pilihan Anak Anak

$
0
0
Persediaan Ke Sekolah 2020 - Kasut Sekolah Pallas Pilihan Anak Anak | Bila berbicara mengenai kasut sekolah untuk anak anak, semestinya kasut sekolah Pallas pilihan KakYa. Antara sebab utama KakYa lebih suka memilih kasut sekolah Pallas untuk anak anak kerana kasut sekolah Pallas cukup berkualiti, tahan lasak dan memberi keselesaan untuk anak anak KakYa. Kasut sekolah Pallas boleh dikatakan kasut legend kerana zaman KakYa sekolah dulu memang dah femesss kasut sekolah jenama ini dan KakYa sendiri menggunakan kasut sekolah Pallas waktu di alam persekolahan dulu. Legend Boh! bak kata orang Teganu. 

Kasut Sekolah Pallas

Persekolahan sesi baru 2020 akan bermula tak sampai sebulan saja lagi. KakYa pasti sebagai ibubapa kita perlu menyediakan keperluan sekolah anak anak sedikit demi sedikit agar tiada yang tercicir atau terlepas pandang menjelangnya hari persekolahan. Paling menjadi keutamaan pastinya kasut sekolah, ini kerana jika pembelian dilakukan dihujung cuti sekolah banyak saiz dan jenis kasut yang diingini kehabisan stok.

Kasut Sekolah Pallas

Jadi sebaik baiknya KakYa cadangkan lakukan pembelian sedikit awal agar tidak menghadapi masalah dalam pemilihan jenis, corak dan saiz kasut untuk anak anak kita.

Beli Online Jer Kasut Sekolah Pallas!

Sebelum KakYa cerita lebih detail, KakYa nak bagitahu kat korang yang KakYa beli kasut sekolah Pallas ni melalui online jer tau. Kenapa beli online? Beli online ni takde la kita susah payah nak fikir bawak kereta, isi minyak, parking kereta, saiz kasut tak ada, jenis berkenan dihati tak ada, penat letih semua tu tak payah fikir. 

Kasut Sekolah Pallas

Just klik jer laman web Pallas Malaysia, terus pilih kasut mana yang berkenan dan bayar secara online. Mudah dan selamat. Pilihan pon banyak berbanding kat kedai. Tapi sebelum korang membeli kasut, jangan lupa ukur dulu  saiz kaki anak korang agar tak silap memilih saiz kasut yang sepadan. Cara nak ukur saiz kasut, korang boleh ikut measurement seperti gambar kat bawah ni. 

Cara Ukur Saiz Kasut
Cara mendapatkan ukuran saiz kasut yang sebenar. Boleh KLIK SINI 

Cara Beli Kasut Sekolah Pallas Melalui Online 

Korang tak perlu risau kalau nak beli kasut  sekolah Pallas secara online sebab pilihan jenis dan saiz kebanyakannya memang ada. Tinggal pilih sahaja mana satu korang  nak.  KakYa citer sikit la kat korang bagaimana cara korang nak beli kasut sekolah Pallas secara online. 

Kasut Sekolah Pallas


Mula mula sekali kena la masuk kat laman web Pallas Malaysia. Klik kat Menu - Kids - School Shoes. Pilih kasut mana berkenan. Dah ada kasut pilihan terus klik shop online masukkan saiz kasut, kuantiti dan masukkan ke bakul belian. 

Kasut Sekolah Pallas

Masa nak buat pembayaran masukkan sekali negara dan negeri serta poskod untuk kos penghantaran. Boleh pilih nak Register Account atau Guest Checkout. Dah isi semua detail boleh teruskan dengan pembayaran. Korang boleh guna Kredit atau Debit kad, Perbankan Online, eWallet ataupun Paypal. Ok dah bayar semua kira settle la tu. Pastu tunggu penghantaran terus kat depan pintu rumah korang. Mudah jer kan. 

Kasut Sekolah Pallas

Kasut Sekolah Pallas Pilihan Anak Anak 

Kasut sekolah Pallas pilihan anak anak bagi sesi persekolahan 2020. Untuk kasut Insyirah pilihan kakak adalah Pallas Jazz 7328BK, pilihan Iman Pallas X Series PX37-104ABK dan Akif memilih Pallas X Series PX37-013BK. Pilihan berlainan ikut citarasa diaorang. Masing masing dah besar dan bijak memilih mana satu yang daorang suka. KakYa nak citer la sikit sebanyak mengenai ketiga tiga pilihan kasut sekolah Pallas anak anak KakYa ni. 

Kasut Sekolah Pallas


Pallas Jazz Lo Cut Shoe Lace 7328BK Untuk Insyirah

Insyirah lebih suka kasut bertali sejak sekolah rendah lagi. Jadi untuk kali ni masih lagi setia dengan kasut bertali. Pilihan Insyirah Pallas Jazz Lo Cut Shoe Lace 7328BK. Kasut ni nampak simple dan cantik untuk anak perempuan. Sesuai sangat dengan Insyirah. Nampak selesa bila memakainya. Tapak kasut dengan cengkaman lebih baik lebih selamat dan tidak tergelincir. Pelapik getah yang tersedia memberi lantunan lebih baik dan keselesaan berganda untuk kaki. Dengan adanya 'arch support'kasut ini dapat memberi kelegaan pada otot kaki dan menjadikan kaki lebih selesa.

Kasut Sekolah Pallas

Pallas X Series PX37-104ABK Untuk Iman

Ni first time Iman pakai kasut sekolah bertali. Dah nak masuk tingkatan satu ni, dia lebih suka kasut bertali berbanding kasut zap on. Ya la kan takkan nak pakai kasut jenis zap on lagi dah nak masuk tingkatan satu ni. Tak macho katanya. Kasut pilihan Iman Pallas X Series PX37-104ABK. Kasut yang sangat selesa dengan cengkaman tapak yang lebih kuat. Iman cakap dia cukup selesa memakai kasut sekolah Pallas design macam kat bawah ni. 

Kasut Sekolah Pallas

Pallas X Series PX37-013BK Untuk Akif

Kasut pilihan Akif Pallas X Series PX37-013BK jenis zap on. Untuk kasut sekolah dia memang suka pakai yang jenis zap on. Memudahkan katanya. Akif ni selalu pergi perpustakaan, setiap kali pergi peepustakaan kenala buka kasut.  Kalau pakai kasut jenis zap on camni memudahkan dia untuk memakai kembali kasut dengan mudah dan cepat. Kasut ni jenis ringan jadi ianya tak memberi beban untuk kaki Akif tambah tambah lagi setiap hari kena menapak sehingga ke tingkat 3 untuk masuk kelas. 

Kasut Sekolah Pallas

Bila kasut ringan, kaki akan menjadi lebih selesa saat melangkah ditambah pula dengan sistem pengudaraan yang baik menjadikan kaki tak mudah berpeluh dan yang paling utama kasut ini cepat kering dengan permukaan mesh di atas kasut! 

Kenapa Perlu Memilih Kasut Sekolah Pallas 

Bagi KakYa ketiga tiga kasut sekolah Pallas yang dipilih oleh Insyirah, Iman dan juga Akif mempunyai kebaikan dan kelebihan masing masing. Antara kelebihannya yang paling utama ianya selesa dan berkualiti tinggi. Pemakaian kasut setiap hari dengan pelbagai aktiviti harian di sekolah, anak anak memerlukan kasut yang sesuai untuk keselesaan kaki mereka.

Kasut Sekolah Pallas
Masing masing dengan kasut sekolah Pallas pilihan hati. 

Kasut Sekolah Pallas
Anak anak suka sangat kasut sekolah Pallas, mak ayah pon happy dapat bagi keselesaan untuk kaki anak anak.

Kasut Sekolah Pallas
Seronok dapat guna kasut sekolah Pallas untuk sesi persekolahan 2020 nanti.

Kasut Sekolah Pallas
Kasut Pallas kasut sekolah legend pilihan terbaik ibubapa untuk anak anak.

Kasut Sekolah Pallas
Insyirah cakap selain pakai pergi sekolah pakai jalan jalan pon best kasut Pallas ni. Sangat selesa dan kakak suka.

Kasut Sekolah Pallas

Kasut Sekolah Pallas

Anak anak KakYa pernah pakai kasut sekolah Pallas  sebelum ni sepasang jer sepanjang tempoh setahun persekolahan sebab tu KakYa boleh cakap kat korang yang kasut sekolah Pallas ni memang tahan lasak dan berkualiti tinggi dengan harga mampu bayar.

Kasut Sekolah Pallas

Kasut Sekolah Pallas

KakYa sangat sangat sarankan untuk korang jangan lupa belikan kasut sekolah Pallas untuk anak korang kerana kasut sekolah Pallas berkualiti tinggi, tahan lasak, pelbagai pilihan rekaan dan harga berpatutan pastinya menjadi idaman dan pilihan hati.

Kasut Sekolah Pallas

Kasut Sekolah Pallas

Mana Nak Beli Kasut Sekolah Pallas

Dah baca panjang panjang ni, mesti korang berkenan dengan kasut sekolah Pallas ni kan?  Kalau dah berkenan wajib la beli paling kurang sepasang untuk anak korang. Korang tahu ke  tak ni mana nak beli kasut sekolah Pallas secara online?   Korang boleh beli seara online kat website Pallas Malaysia www.pallas.com.my atau terus klik  www.wow2wee.com 

Sekarang ni kan zaman orang beli belah atas talian, semua nak cepat jadi elok sangat korang terjah jer website kat atas ni. Pilih dan beli mana yang anak korang suka. Mudah, jimat masa dan tenaga dan paling best tak perlu keluar rumah hanya untuk dapatkan sepasang kasut. Beli online jer! Kan senang tak perlu nak sakit kepala. 


Jalan Jalan Ke Sungai Lembing

$
0
0
Jalan Jalan Ke Sungai Lembing | Sungai Lembing ni banyak tempat menarik antaranya Muzium Sungai Lembing, Lombong Bijih Timah Bawah Tanah Sungai Lembing, 3D Gallery Sungai Lembing, Sungai Pasir Kubur, X Cape Resort, Air Terjun Pelangi Sungai Lembing, Bukit Panorama dan banyak lagi.

Sungai Lembing, Muzium Sungai Lembing, Tempat Menarik Di Sungai Lembing, Jalan Jalan Sungai Lembing
Sempat bergambar kenangan kat mercu tanda Selamat Datang Ke Sungai Lembing. Kawasan ni takde ramai orang yang lalu lalang jadi boleh ler nak ambik gambar banyak mana diaorang suka. 

Awal cuti sekolah baru baru ni KakYa dan En Hubby dapat luangkan masa bawak anak anak jalan jalan. Tak tahu nak pergi mana sebenarnya sebab cuaca tak berapa elok dan hujan mula turun saat kami masuk kereta. Tapi takde la hujan lebat jadi kami pilih untuk ke Sungai Lembing. 

Sungai Lembing, Muzium Sungai Lembing, Tempat Menarik Di Sungai Lembing, Jalan Jalan Sungai Lembing
Laluan sebelum nak masuk ke Muzium Sungai Lembing. Ada satu padang luas yang menarik perhatian anak anak untuk bergambar. Berenti kejap dalam hujan renyai renyai untuk bergambar. 

Sungai Lembing, Muzium Sungai Lembing, Tempat Menarik Di Sungai Lembing, Jalan Jalan Sungai Lembing
Kaki posing macam dak kecik ni kenala posing lebih. Lepas satu port satu port dia duk posing. Kejap ramai ramai kejap dia sorang sorang. 

Untuk perjalanan kami kali ni, KakYa dan En Hubby bawak anak anak dan dua anak saudara ke Sungai Lembing dan destinasi yang kami tuju adalah Muzium Sungai Lembing. 
Sungai Lembing, Muzium Sungai Lembing, Tempat Menarik Di Sungai Lembing, Jalan Jalan Sungai Lembing
Gambar ni cun dan menarik sebab masa ambik gambar ni bukit kat belakang tu baru nak nampak lepas kabus menghilang. Slow slow kabus hilang dan nampak ler bukit kat belakang sana.  

Sungai Lembing, Muzium Sungai Lembing, Tempat Menarik Di Sungai Lembing, Jalan Jalan Sungai Lembing
Posing jer la kojernya dah alang alang singgah tempat cantik. Hujan renyai renyai pon redah jer.

Ini kali kedua KakYa bawak anak anak ke Muzium Sungai Lembing. Tahun 2014 kami pernah ke sini. Kami Ke Muzium Sungai Lembing  Selepas 5 tahun kami pergi lagi. 

Sungai Lembing, Muzium Sungai Lembing, Tempat Menarik Di Sungai Lembing, Jalan Jalan Sungai Lembing
Selamat datang ke Muzium Sungai Lembing. Posing dulu sebelum masuk ke muzium.

Sungai Lembing, Muzium Sungai Lembing, Tempat Menarik Di Sungai Lembing, Jalan Jalan Sungai Lembing
Ok kami dah selamat tiba kat Muzium Sungai Lembing. 

Muzium Sungai Lembing 

Muzium Sungai Lembing ditubuhkan bagi mengimbau zaman kegemilangan Sungai Lembing sebagai bandar terkaya pengeluar bijih timah utama di negeri Pahang. Pada suatu ketika dahulu, bandar ini seumpama EL-Dorado Timur di Tanah Melayu kerana di sinilah terletaknya sebuah perkampungan pegawai Inggeris yang istimewa di Lembah Sungai Kenau. Namun, mulai 1984 segala kemewahan tersebut lenyap akibat kejatuhan harga bijih timah. 

Keunikan muzium ini adalah kerana ianya ditempatkan di sebuah bangunan bekas kediaman Pegawai lombong itu sendiri yang masih mengekalkan ciri-ciri senibina zaman Inggeris.

Koleksi dan Galeri. Keseluruhan konsep muzium ini menggunakan pelbagai media dan teknik pameran. Susun atur muzium ini adalah mengikut urutan kronologi sejarah, peristiwa dan artifak bagi memudahkan para pelawat melihat, memahami dan menghayati setiap informasi yang dipamerkan, justeru itu segmen ini menampilkan diorama dan pameran yang mengimbau waktu kegemilangan yang mampu mengembalikan nostalgia.

Selain itu, penemuan geologi di sekitar Sungai Lembing dan beberapa panel informasi yang memaparkan tokoh-tokoh yang berkait rapat dengan perlombongan Sungai Lembing seperti Sultan Abu Bakar, Tok Tanggut dan W.W Abel juga diadakan untuk menambah pengetahuan para pelawat.
Kami bertolak dari rumah ke Sungai Lembing lebih kurang jam 10 pagi dan tiba kat sana sebelum masuk waktu Zohor. Perjalanan dari rumah mengambil masa lebih kurang 2 jam. Tiket masuk untuk dewasa RM2 dan kanak kanak tak dikenakan tiket.

Sungai Lembing, Muzium Sungai Lembing, Tempat Menarik Di Sungai Lembing, Jalan Jalan Sungai Lembing

Sungai Lembing, Muzium Sungai Lembing, Tempat Menarik Di Sungai Lembing, Jalan Jalan Sungai Lembing
Sebelum masuk beli tiket dulu. Yang dewasa jer kena bayar untuk masuk. Kanak kanak free of charge.

Sungai Lembing, Muzium Sungai Lembing, Tempat Menarik Di Sungai Lembing, Jalan Jalan Sungai Lembing
Tak sabar nak meneroka kat dalam sana. Muka sorang sorang excited benor. 

Sungai Lembing, Muzium Sungai Lembing, Tempat Menarik Di Sungai Lembing, Jalan Jalan Sungai Lembing
Ok apa tunggu lagi mari kita serbuuuu ke dalam sanaa sanaaa sanaaaa!!!

Sungai Lembing, Muzium Sungai Lembing, Tempat Menarik Di Sungai Lembing, Jalan Jalan Sungai Lembing

Sementara duk menjelajah sambil membaca keterangan mengenai perlombongan bijih timah  dan melihat pelbagai tinggalan sejarah sambil duk ambik gambar. Diaorang ni rajin la jugak duk tanya bab bab sejarah bijih timah ni bila nampak beberapa alatan perlombongan. Masuk kat sini rasa macam jadi Cikgu Sejarah pulak duk terang itu ini pada anak anak. 

Sungai Lembing, Muzium Sungai Lembing, Tempat Menarik Di Sungai Lembing, Jalan Jalan Sungai Lembing

Selain keterangan bertulis dan juga pameran barangan perlombongan bijih timah, ada juga penerangan melalui visual. Ada tayangan yang boleh kita tonton sambil rehat santai santai kat sini. Penat gak duk jalan buat pusingan kat dalam muzium ni. Jadi alang alang dah penat , kita rehat la kejap sambil melihat tayangan yang sedang ditayangkan kat depan ni haaaa. 

Sungai Lembing, Muzium Sungai Lembing, Tempat Menarik Di Sungai Lembing, Jalan Jalan Sungai Lembing

Jalan Jalan Sungai Lembing

Masa tengok anak anak duk lepak kat tingkap ni, Umi dengan abah minta dioarang duk kat atas dan kami turun ke bawah untuk ambik gambar diaorang dari bawah. Mana nak jumpa dah tingkap style gini sekarang ni. Tangkap gambar buat kenangan. Gang tingkap style hahahaha.

Sungai Lembing, Muzium Sungai Lembing, Tempat Menarik Di Sungai Lembing, Jalan Jalan Sungai Lembing
Turun kat bawah bergambar lagi. Memang sepanjang masa kat sana akiviti kami bergambar jer laaa. 

Sungai Lembing, Muzium Sungai Lembing, Tempat Menarik Di Sungai Lembing, Jalan Jalan Sungai Lembing
Selagi mood diaorang elok kita ambik jer la banyak mana gambar yang diaorang nak. 

Sungai Lembing, Muzium Sungai Lembing, Tempat Menarik Di Sungai Lembing, Jalan Jalan Sungai Lembing

Sungai Lembing, Muzium Sungai Lembing, Tempat Menarik Di Sungai Lembing, Jalan Jalan Sungai Lembing
Dah nak keluar muzium, baru perasan akan dinding batu ni. Nampak bersejarah cam bangunan lama. Sempat posing sebelum keluar. 

Alhamdulillah banyak juga yang dipelajari anak anak sepanjang perjalanan kat dalam Muzium Sungai Lembing. Pelbagai kisah sejarah dan artifak sejarah yang diaorang dapat lihat dan baca serta tonton sepanjang berada di Muzium Sungai Lembing. Sekurang kurangnya boleh jugak diaorang belajar tentang sejarah Sungai Lembing satu masa dahulu. Bukan sekadar jalan jalan biasa tapi perjalanan sambil berkongsi ilmu. Alhamdulillah anak anak happy sepanjang berada kat sini. 

Korang yang berminat nak datang ke Sungai Lembing, jangan lupa singgah di Muzium Sungai Lembing juga. KakYa kongsikan sekali alamat kat sini. 

Muzium Sungai Lembing,
Jalan Muzium, Sungai Lembing, 
26200 Sungai Lembing, Pahang.

Apa itu POLIO? Siapakah Yang Berisiko Dan Bagaimana POLIO Merebak

$
0
0
Apa itu POLIO? Siapakah Yang Berisiko Dan Bagaimana POLIO Merebak | Apa itu POLIO? Siapakah diantara kita yang berisiko dan bagaimanakah POLIO boleh merebak? Sama sama kita ketahui lebih lanjut mengenai penyakit POLIO ini dan langkah langkah pencegahan yang boleh kita ambil bagi menangani penyakit POLIO.

Apa itu POLIO? Siapakah Yang Berisiko Dan Bagaimana POLIO Merebak

Apa itu POLIO? Siapakah Yang Berisiko Dan Bagaimana POLIO Merebak

Apa itu POLIO? Siapakah Yang Berisiko Dan Bagaimana POLIO Merebak

Apa itu POLIO? Siapakah Yang Berisiko Dan Bagaimana POLIO Merebak

Apa itu POLIO? Siapakah Yang Berisiko Dan Bagaimana POLIO Merebak

Apa itu POLIO? Siapakah Yang Berisiko Dan Bagaimana POLIO Merebak

Apa itu POLIO? Siapakah Yang Berisiko Dan Bagaimana POLIO Merebak

Apa itu POLIO? Siapakah Yang Berisiko Dan Bagaimana POLIO Merebak

Apa itu POLIO? Siapakah Yang Berisiko Dan Bagaimana POLIO Merebak

Apa itu POLIO? Siapakah Yang Berisiko Dan Bagaimana POLIO Merebak


Ibu bapa perlu memastikan anak menerima imunisasi Polio (IPV) yang lengkap iaitu ketika bayi berumur 2 bulan, 3 bulan, 5 bulan dan imunisasi tambahan ketika bayi berumur 18 bulan. Lengkapkan semua imunisasi untuk melindungi anak anda daripada penyakit Polio. 

Program Imunisasi Kebangsaan adalah percuma untuk warganegara dan boleh didapati di semua klinik kesihatan.

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

Seorang bayi lelaki berusia 3 bulan dari Tuaran, Sabah, yang disahkan dijangkiti Polio telah mengemparkan seluruh negara kerana menjadi kes pertama selepas 27 tahun negara kita diisytihar bebas daripada penyakit itu. Penyakit Polio telah kembali di negara ini selepas 27 tahun kita bebas daripada penyakit itu. Justeru, tindakan lebih tegas perlu diambil.

Mungkin ramai terutama generasi muda tidak tahu apa itu penyakit Polio dan status penyakit ini di Malaysia.

KKM sedang menjalankan kaji selidik berkaitan Imunisasi dan isu Polio menggunakan platform Google Forms. Bagi menjawab 3 soalan ini, mohon kerjasama anda untuk klik pada pautan yang diberikan.

https://forms.gle/wBnKAvcmbGfRpAwk6

Apa itu POLIO? Siapakah Yang Berisiko Dan Bagaimana POLIO Merebak

Apa itu POLIO? Siapakah Yang Berisiko Dan Bagaimana POLIO Merebak

Soalan Lazim Penyakit Polio

Soalan 1: Apakah Penyakit Polio?

Penyakit polio adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus polio. Virus ini menyerang sistem saraf manusia dan boleh menyebabkan kelumpuhan kekal. Sekiranya kegagalan pernafasan berlaku, ia boleh membawa maut kepada manusia.

Soalan 2: Apakah Status Penyakit Polio di Malaysia?

Kes polio terakhir di Malaysia berlaku pada tahun 1992, dan sejak Oktober 2000, Malaysia bersama-sama dengan negara-negara Rantau Pasifik Barat (Western Pacific Region), telah diisytiharkan bebas daripada penyakit polio. Walau bagaimanapun, setelah 27 tahun Malaysia bebas daripada penyakit tersebut, satu (1) kes telah disahkan dijangkiti virus polio pada 8 Disember 2019.

Soalan 3: Adakah Negara Kita Berisiko untuk Mendapat Jangkitan Virus Polio?

Ya. Negara kita berisiko untuk mendapat jangkitan virus polio sekiranya terdapat lokaliti dengan liputan imunisasi polio kurang daripada 95% serta tidak mengutamakan kebersihan diri dan persekitaran.

Soalan 4: Apakah Risiko Jangkitan Virus Polio kepada Pelawat yang Mengunjungi Negeri Sabah?

Berdasarkan kepada laporan The International Health Regulations Emergency Committee Regarding the International Spread of Polio Virus, World Health Organisation (WHO), kewujudan vaccine-derived poliovirus (VDPV) boleh memberi risiko jangkitan kepada pelawat. Justeru, pelawat yang bercadang mengunjungi Negeri Sabah dinasihatkan untuk memastikan telah mendapat imunisasi polio yang lengkap serta mengamalkan kebersihan diri dan persekitaran.

Soalan 5: Siapakah yang Berisiko Mendapat Penyakit Polio?

Seseorang individu adalah berisiko dijangkiti virus polio jika;
- Tidak membasuh tangan dengan sempurna selepas membuang air besar atau selepas menukar lampin bayi.
- Tidak menggunakan bekalan air bersih.
- Tidak menggunakan tandas dengan sempurna.
- Mempunyai sistem imun yang rendah seperti pesakit yang sedang menjalani rawatan kemoterapi dan penerima organ.
- Sejarah terkini perjalanan ke kawasan yang berlaku wabak polio.
- Mengendalikan spesimen makmal virus polio.

Soalan 6: Bagaimanakah Cara Virus Polio Merebak?

Virus polio menjangkiti manusia secara tinja- mulut (faecal- oral) Virus ini memasuki tubuh melalui beberapa cara seperti:
- Memakan makanan dan/ atau minuman tercemar.
- Tangan tercemar dengan najis dan kemudian menyentuh mulut.
- Apabila objek seperti mainan yang tercemar dimasukkan ke dalam mulut.

Apabila virus ini masuk ke dalam badan, ia akan membiak dalam usus. Ia kemudiannya dikumuhkan melalui najis dan menjangkiti orang lain yang tercemar dengan najis tersebut. Individu yang dijangkiti boleh menyebarkan virus kepada orang lain dalam tempoh satu (1) hingga dua (2) minggu selepas gejala muncul.

Soalan 7: Apakah Tanda dan Gejala Penyakit Polio?

Kebanyakan orang yang dijangkiti virus polio tidak menunjukkan sebarang gejala. Hanya 1 daripada 4 orang dengan jangkitan virus polio akan mengalami gejala demam selesema. Gejala ini biasanya dialami selama dua (2) hingga lima (5) hari dan kemudian sembuh dengan sendiri tanpa sebarang komplikasi. Walau bagaimanapun, sebilangan kecil kes akan mengalami gejala lebih serius akibat jangkitan pada otak dan saraf tunjang seperti:
- Kebas
- Meningitis iaitu keradangan pada selaput otak
- Lumpuh
- Kematian
- Post-Polio Syndrome

Soalan 8: Apakah yang dimaksudkan dengan Vaccine-Derived Poliovirus (VDPV)

Vaksin polio yang diberi secara oral (OPV) mengandungi virus polio yang dilemahkan (attenuated). Apabila seseorang kanak-kanak diimunisasi dengan OPV, virus yang lemah ini akan berada di dalam usus dan mengaktifkan tindak balas imun dalam badan dengan meningkatkan antibodi. Pada masa yang sama, virus ini juga turut dikumuhkan.

Dalam kalangan populasi dengan liputan imunisasi polio <95%, virus yang dikumuhkan ini akan terus berada dalam persekitaran dalam jangka waktu yang lama. Virus ini boleh berubah secara genetik menjadi virus polio yang boleh melumpuhkan dan dikenali sebagai vaccine-derived poliovirus (VDPV).

Terdapat tiga (3) jenis VDPV iaitu VDPV Jenis 1 (VDPV1), VDPV Jenis 2 (VDPV2) dan VDPV Jenis 3 (VDPV3).

Soalan 9: Apakah Kesan Penggunaan OPV?

Sejak tahun 2000, lebih daripada 10 bilion dos OPV telah diberikan kepada hampir 3 bilion kanak-kanak di seluruh dunia. Kesannya, lebih daripada 13 juta kes polio telah dicegah, dan lebih daripada 99% insiden penyakit polio telah dapat dikurangkan. Walau bagaimanapun, pemberian OPV ini telah menyebabkan kurang daripada 800 kes VDPV dalam tempoh 15 tahun (0.08 kes / 10 juta dos OPV).

Risiko VDPV dengan penggunaan OPV adalah kecil berbanding dengan manfaat kesihatan awam yang besar. Setiap tahun, ratusan ribu kes akibat WPV telah dicegah melalui pemberian OPV ini. Lebih dari 10 juta kes telah dicegah sejak penggunaan OPV berskala besar mulai 20 tahun yang lalu.

Soalan 10: Bagaimanakah Cara Mencegah Penyakit Polio?

Cara terbaik untuk melindungi diri daripada penyakit polio adalah dengan mendapatkan vaksin polio. Di Malaysia, vaksin polio diberi sebanyak empat (4) dos secara kombinasi bersama vaksin difteria, pertussis, tetanus dan Haemophilus influenzae type b (Hib) kepada kanak-kanak yang berumur 2, 3, 5 dan 18 bulan. Vaksin ini diberi secara percuma untuk warganegara di semua fasiliti kesihatan kerajaan dan caj minima dikenakan bagi bukan warganegara. Di samping itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran.

Soalan 11: Apakah Jenis Vaksin Polio yang digunakan di Malaysia Sejak Program Imunisasi Kebangsaan (National Immunization Programme) untuk Mencegah Penyakit Polio diperkenalkan?

Program Imunisasi Kebangsaan (National Immunization Programme - NIP) untuk mencegah penyakit polio dimulakan dengan pemberian OPV sejak tahun 1972. NIP dimantapkan lagi dengan pertukaran cara pemberian vaksin daripada OPV kepada secara suntikan (Inactivated Poliovirus Vaccine – IPV) pada tahun 2008. Langkah ini diambil bagi mencegah kejadian vaccine-derived poliovirus (VDPV) dan vaccine-associated polio paralysis (VAPP).

Soalan 12: Adakah Vaksin Polio (IPV) Selamat untuk diberi kepada Kanak-Kanak dan Apakah Kesan Sampingannya?

Ya. Vaksin polio adalah selamat dan berkesan untuk diberi kepada kanak-kanak bagi mencegah penyakit polio.

Kebanyakan kanak-kanak yang menerima vaksin polio IPV tidak mengalami kesan sampingan. Kesan sampingan yang lazim adalah seperti kemerahan sementara dan kesakitan di tempat suntikan yang ringan dan sembuh tanpa rawatan.

Soalan 13: Bagaimanakah Pemantauan Penyakit Polio dijalankan di Malaysia?

Penyakit polio wajib dinotifikasikan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dalam tempoh 24 jam. Pemantauan gejala penyakit yang menyerupai gejala penyakit polio iaitu Acute Flaccid Paralysis (AFP) dijalankan ke atas kanak-kanak berumur kurang daripada 15 tahun di fasiliti kesihatan di Malaysia. Sebanyak dua (2) sampel najis diambil dari kanak-kanak yang bergejala dalam tempoh 14 hari paralisis dan diuji di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). IMR adalah Makmal Rujukan Polio Kebangsaan bagi menjalankan ujian pengesanan virus polio.

KKM juga menjalankan pemantauan kehadiran virus polio dalam persekitaran melalui pensampelan air kumbahan di beberapa loji rawatan air kumbahan yang terpilih sejak tahun 2012. Sehingga kini, tiada virus polio liar (WPV) atau VDPV di kesan.

Soalan 14: Apakah Pandangan Islam Terhadap Imunisasi Polio?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-24 yang bersidang pada 5-6 Jun 1989 telah membincangkan Pandangan Islam Terhadap Imunisasi Campak, Tibi, Batuk Kokol, Difteria, Tetanus dan Polio dan memutuskan seperti berikut:
- Program imunisasi campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus dan polio adalah harus dari segi syarak kerana berdasarkan kaedah درء المفاسد مقدم على جلب المصالح " menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan" dalam perundangan Islam.
- Vaksin-vaksin yang digunakan dalam imunisasi bagi penyakit-penyakit tersebut hendaklah diambil daripada bahan yang suci. Sekiranya vaksin daripada bahan suci tidak diperolehi atau sukar diperolehi, maka penggunaan vaksin yang sedia ada adalah diharuskan.

Soalan 15: Apakah nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menasihatkan orang ramai untuk:
- Memastikan anak-anak mendapat vaksinasi polio yang lengkap mengikut jadual yang telah ditetapkan.
- Membawa kanak-kanak yang cicir imunisasi ke fasiliti kesihatan yang terdekat.
- Mendapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan yang terdekat sekiranya mengalami gejala AFP.
- Sentiasa mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan pencuci tangan (hand sanitizer), terutamanya selepas keluar dari tandas dan selepas menukar lampin serta menjaga kebersihan persekitaran.
- Menyediakan makanan secara bersih dan selamat termasuk membasuh ulam-ulaman atau sayur-sayuran yang dimakan mentah dengan air bersih, minum air yang telah dimasak serta memilih premis makanan yang bersih.
- Mendapatkan maklumat terkini berkaitan penyakit polio dari laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bila Orang Komen Kat Blog Walaupun Seketul, Semangat Tu Semekar Mawar Kembang Pagi

$
0
0
Bila Orang Komen Kat Blog Walaupun Seketul Semangat Tu Semekar Mawar Kembang Pagi | Pernah tak korang tulis entri dengan semangat berkobar kobar, pagi pagi dah tulis entri siap dengan gambar ber'watermark' bagai tapi bila malam korang jeling balik kat entri tu, takde satu komen pon yang ditinggalkan. Kekadang terasa jugak, duk membebel panjang panjang tapi takde sorang pon yang sudi komen. Huhuhuhu sapa pernah rasa camni. 


Dulu masa mula mula blogging ramai kawan kawan blogger yang rajin blogwalking sama cam kita jugak la blogwalking ke sana sini terjah blog tu blog ni. Meriah giler masa tu. Tapi lama lama bila dah semakin sibuk dengan rutin harian, blogwalking ntah ke mana mana dah jauh ditinggalkan. Bukan tak nak singgah nak sangat snagat singgah tapi kekangan masa tu buat kita tak sempat nak menyinggah. Sedih!!!

Konsep Nak Dapat Seketul Komen 

Sebenarnya konsep nak dapatkan seketul komen ni mudah jer. Ko rajin singgah komen kat blog sipolan bin sipolan nanti sipolan bin sipolan ni akan datang jugak singgah blog korang. Ko pegi blog dia, dia datang la balik blog ko. Haaa tu jer konsep dia. Kalau nak orang komen entri kita, kita pon kena la rajinkan tangan taip komen kat entri dia. Give and take namanya. Kalau itu pon tak boleh nak buat kena bersabar jer la MENUNGGU kot kot ada kawan baik yang singgah komen. 

Tapi kekadang yang boleh buat hati terasa ni bukan sebab apa sangat, sebab bila ko dah komen entri dia terutama entri entri review, tapi dia ni HARAMMM nak singgah balik komen entri ko. Ya la kan dah orang singgah rumah kita sesekali kita singgah la rumah dia balik. Tak salah kan? Dia pon kekadang bukan nak singgah sangat tapi bila dia nampak ko updated blog dan masa tu dia free, jadi dia pon  singgah. Jadi ko sendiri kena la cari sikit masa untuk singgah balik. Tu jer! Mudah sangat sangat jer. Tinggal nak buat ngan tak nak buat jer. Tanya hati!

Ni la masalah KakYa sekarang. Kekadang ada kawan komen kat blog, KakYa lupa nak singgah balik blog dia. Bila bukak blog nampak komen komen dia KakYa suka tapi bila nak komen balik tu ada jer kekangan yang buat diri ni tak sempat nak pegi komen. Huhuhu maaf laa wahai sahabat. InsyaAllah KakYa tengah usaha untuk jadi lebih baik bab bab komen ni. Akan usahakan untuk terjah dan terjah lagi. Moga moga dapatla direalisasikan bermula arini. Aamin aamin. Gang blog mung tunggu aku terjoh! Hehehehe  . 

Tak Komen Bukan Sebab Tak Suka Atau Tak Baca 

Ada jugak sesetengah orang dia tak komen bukan sebab dia tak suka atau dia tak baca. Maybe dia baca tapi tak tinggalkan komen.  Sekadar singgah baca jer. Orang putih panggil silent reader. Tapi tu la kekadang bila tengok balik entri yang takde komen rasa down la jugak.  Tapi takpe kita menulis sebab suka bukan sebab orang komen. Kalau apa yang kita tulis boleh memberi manfaat untuk orang lain alhamdulillah. 

Untuk sahabat alam maya yang selalu singgah komen, KakYa ucapkan ribuan terima kasih. InsyaAllah KakYa akan cuba singgah kat blog korang jugak. 

Akhirnya Aku Guna Fungsi Blue Light Filter Pada Telefon Pintar

$
0
0
Akhirnya Aku Guna Fungsi Blue Light Filter Pada Telefon Pintar | Blue Light Filter atau penyaring cahaya biru adalah salah satu ciri yang ada dalam sesebuah telefon pintar. Blue Light Filter bertujuan memberi keselesaan pada mata saat kita menggunakan telefon. Mengapa cahaya biru perlu disaring? 

Mata kita mudah berasa penat apabila sentiasa melihat skrin telefon pintar dalam jangka masa yang lama. Ini kerana sinaran skrin cahaya biru daripada telefon pintar mempunyai kesan yang boleh menjejaskan kesihatan mata dan kesan yang paling teruk  boleh menyebabkan kerosakan kekal pada retina mata manusia. Sebab tu la kena saring sesiap cahaya biru ni agar tak merosakkan mata.

Fuhhh ngeri pula bila dengar bab bab mata ni. Mata ni nak pakai lama, kena la beringat sebelum apa apa yang buruk terjadi. Jadi kita beringat sebelum terkena.

Blue Light Filter, Telefon Pintar, Fungsi Blue Light Filter, Penyaring Cahaya Biru, Samsung Note 5
Yang ni skrin telefon kalau tak guna Blue Light Filter. Warna dia cerah terang.

Blue Light Filter, Telefon Pintar, Fungsi Blue Light Filter, Penyaring Cahaya Biru, Samsung Note 5
Nampak tak dia punya warna kat skrin macam warna kuning kuning gitu. Ni kalau guna Blue Light Filter.

Aktifkan Fungsi Blue Light Filter Pada Telefon Pintar

KakYa memang punya tabiat menggunakan telefon  sebelum tidur dengan keadaan cahaya yang lampu dimatikan. Bila lampu dah dipadamkan, cahaya yang dihasilkan oleh skrin telefon menjadi  silau dan membuat mata  menjadi letih dengan cepat. Biasanya untuk mengatasi masalah ini, KakYa akan mengurangkan kecerahan skrin. Tetapi adakah korang tahu, sebenarnya bukan kerana kecerahan skrin yang menyebabkan mata silau dan letih tapi ianya disebabkan oleh sinar biru pada skrin telefon pintar. Untuk mengurangkan sinar biru ini, kita perlu gunakan Blue Light Filter. 

Blue Light Filter, Telefon Pintar, Fungsi Blue Light Filter, Penyaring Cahaya Biru, Samsung Note 5
Kebanyakan telefon pintar sekarang ni memang ada fungsi Blue Light Filter cumanya nama fungsi tu mungkin berlainan. Untuk Note 5 KakYa ni namanyer Blue Light Filter.

KakYa kekadang jam 1 ke 2 pagi masih lagi menggunakan telefon untuk siapkan kerja. Mata ni takyah cakap la, mudah sangat berasa letih. Kekadang rasa silau yang keterlaluan bila pandang skrin telefon terlalu lama pada waktu malam. Oleh kerana itu KakYa ambik pendekatan untuk menggunakan Blue Light Filter bagi mengatasi masalah keletihan mata yang KakYa alami. Dah lama dah KakYa tahu mengenai Blue Light Filter ni tapi tak ambik tahu sangat la sebab tak guna. Bila dah guna kena la ambik tahu lelebih skit.

Penggunaan Blue Light Filter dapat menjadikan mata KakYa lebih selesa waktu melihat skrin telefon dalam keadaan cahaya rendah. Aktifkan fungsi Blue Light Filter pada telefon dan gunakan dengan sebaiknya.

Blue Light Filter, Telefon Pintar, Fungsi Blue Light Filter, Penyaring Cahaya Biru, Samsung Note 5
Blue Light Filter ON

Alhamdulillah sejak guna Blue Light Filter sekarang ni mata pon dah OK la sikit daripada dulu. Kalau dulu selalu sangat sakit kepala kalau mengadap telefon terlalu lama. Ya la sebab cahaya biru tu kuat sangat menuju terus tembus ke mata.

Nasihat KakYa pada korang yang selalu guna telefon pintar terutama waktu malam, seeloknya aktifkan mode Blue Light Filter agar kesihatan mata korang terjaga. Skrin tak cantik takpe la korang janji mata korang terjaga. Mata nak pakai lama bukan sehari dua jer. Kakak bagi nasihat je. Kalau nak dengar alhamdulillah boleh la buat. Tanak buat pon takpe kakak tak rugi apa apa, tapi baik ler buat dari mata tu dapat masalah. Gunakanlah fungsi Blue Light Filter untuk kesihatan mata korang.

Semakan Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingakatan 1 2020

$
0
0
Semakan Tawaran Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2020 | Semakan tawaran kemasukan ke sekolah berasrama penuh tingkatan 1 bagi sesi pembelajaran 2020 di buka pada hari ini 18 Disember 2019 pada jam 3 petang nanti. Calon calon yang telah memohon untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh boleh membuat semakan samaada mendapat tawaran ataupun tidak bermula jam 3 petang hari ini melalui pautan ini;

https://sst1.moe.gov.my/semakan_sbpt1/

Semakan Tawaran SBP Tingkatan 1 2020, SBP 2020, Cara Semak SBP 2020, Semakan SBP,  Semakan SBP Tingkatan 1, Pendaftaran Tingkatan 1

Tawaran kemasukan ke mana mana sekolah berasrama penuh adalah muktamad dan sebarang permohonan untuk pertukaran SBP tidak akan dilayan. 

Untuk anak anak yang berjaya mendaoat tawaran melanjutkan pelajaran ke SBP terpilih, sila cetak surat tawaran untuk dibawa semasa proses pendaftaran nanti. 

Tahniah KakYa ucapkan untuk anak anak yang berjaya melanjutkan pelajaran si sekolah berasrama penuh yang dipilih. Semoga terus maju dan berjaya dalam pelajaran.

Permohonan Rayuan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2020

Bagi yang tidak berjaya usah bersedih kerana anak anak masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan ke SBP 2020. Permohonan rayuan akan dibuka pada 18 Disember 2019 dan berakhir pada 5 Januari 2020. Anak anak boleh mengisi borang permohonan secara online. Keputusan rayuan ke SBP akan diumumkan pada penghujung Januari 2020. 

Viewing all 1856 articles
Browse latest View live