Quantcast
Channel: Akif Imtiyaz - Coretan Hati Lya
Viewing all 1856 articles
Browse latest View live

Akhirnya Cukup Sudah 4 Koleksi Batmobile Eksklusif

$
0
0
Akhirnya Cukup Sudah 4 Koleksi Batmobile Eksklusif | Yeayy cukup dah 4 ketul Koleksi Batmobile Eksklusif ni ha. Aduhai haru jugak la nak dapat empat ketul ni. Untuk koleksi pertama BVS Batmobile 2015 KakYa  dapat nun jauh kat Selangor sana nun, koleksi kedua Batmobile  2005 dapat kat Caltex Kemaman dan yang ketiga Batmobile 1989 serta keempat Batmobile 1966 KakYa dapat kat Caltex Sungai Ular Kuantan. 

Apa citer sebenarnya Batmobile ni? Gini citer dia. Bersempena sambutan ke-80 Batman, empat koleksi Batmobile eksklusif telah dikeluarkan, dan hanya tersedia di Caltex! Kat Caltex jer tau kat lain takde. Nak dapatkan koleksi Batmobile eksklusif ni ada tiga cara jer. 

Mengisi bahan api RM40 di mana-mana stesen caltex dan:
- Beli satu Batmobile untuk RM16.90, atau
- Menebus dengan 1,500 BPoints untuk satu Batmobile, atau
- Tebus dengan 500 BPoints dan beli satu Batmobile untuk RM10.


Paling haru sekali nak dapat yang Batmobile nombor satu ni haa,  sebab masa tu dah terlepas beberapa hari batmobile pertama keluar. Pergi tanya kat Caltex Kemaman diaorang cakap dah habis stok dah. Hari pertama 1 Nov 2019 keluar hari tu jugak abih katanya. Tunggu yang kedua pulak la nanti. Aduh habis pulak dah. Try call kat Caltex Merang dekat ngan umah mertua habis jugak. Call Caltex Sungai Ular, amoi yang angkat call cakap dah habis masa hari pertama lagi huhuhu. Habih tu nak carik kat mana ni? Teringat kat adik ipar di Selangor. Minta dia carikan. Alhamdulillah dapat jugak akhirnya. Mujur jugak la kat sana ada lagi. Rezeki jugak la.

BVS BATMOBILE 2015 
1-15 Nov 2019

Untuk Batmobile yang kedua masa kul 12 malam kitaorang ada kat bandar Kemaman jadi terus la tanya kat Caltex Kemaman dah boleh jual ke belum. Huhuhu budak yang jaga kaunter cakap bos takde la tak boleh bukak lagi barang ada kat dalam stor. Aduhlaaa camtu pon boleh. Dah tahu tarikh keluar tu buh la kat luar sesiap kesian kat orang yang nak beli ni haaaaaa. Pastu En Hubby minta tolong ngan budak tu minta simpan kalau ada. Dia cakap ramai sangat dah minta simpan tak boleh la bang, takut bos bising. Emmmm takpe la kalau camtu gak. 

Esoknya pepagi lagi En Hubby cakap nak keluar, KakYa dah lupa dah pasal semalam nak beli batmobile kedua tu. Gigihnya dia pepagi dah ke  Caltex Kemaman cari batmobile kedua. KakYa tak tau pon. Balik rumah Akif tunjuk ni haaaaa Umi kitaorang keluar awal pagi cari benda ni haaaa. Sambil tunjuk batmobile kedua yang dah dibeli betul betul depan lubang idung umi dia ni. Emmmm patut la pepagi buta dah keluar. 

BATMOBILE 2005
16-30 Nov 2019

Batmobile ketiga. Ok kami dapat beli Batmobile ketiga kat Caltex Sungai Ular. Kebetulan 1 Disember tu kami keluar jalan jalan ke Kuantan. Singgah kat Caltex Sungai Ular. Terus jer la isi minyak kat situ dan beli. Nasib la ada lagi seketul dapat jugak beli. Mujur jugak keluar awal kalau tak melepas gak nak dapat yang seketul ni. 

BATMOBILE  1989
1-15 Dis 2019


Batmobile keempat. Tarikh yang Batmobile tu keluar pada 16 Dis 2019, masa malam 15 Dis 2019 tu dalam jam 10.30 perut rasa lapar sangat. Jadi KakYa mintak En Hubby pegi beli nasi goreng kampung kat kedai luar taman perumahan ni. Dia dan anak anak keluar dalam kul 11 malam jugak la. 

Tunggu punya tunggu tak balik, call tak angkat whatsapp tak balas. Ntah kenapa pulak lama sangat sedangkan kedai makan kat luar jalan tu je pon. Kul 12.40 malam baru sampai umah. Rupa rupanya diaorang pegi Caltex Sungai Ular tunggu kul 12 untuk beli Batmobile ketiga. Aduhlaaaa siap tunggu tangga kat situ la pulak takut habis. Emmm nasi goreng kampung beli 15 Dis 2019 tapi 16 Disember 2019 baru dapat makan. Emmmmm Batmobile punya penangan. Bini lapar pon takpo aihhhh. Huhuhuhu ... 

BATMOBILE 1966
16-31 Dis 2019

Alhamdulillah setelah melalui pelbagai susah payah nak dapatkan 4 ketul ni akhirnya bersatula kome dalam rumah KakYa. The End. Citer tamat tanpa sambungan. Pahni jadilaa drama sangat duk menunggu benda benda gini. Poning pulak duk mikir. 


Keputusan PT3 Insyirah

$
0
0
Keputusan PT3 Insyirah | Alhamdulillah lega bila dah dapat tahu keputusan PT3 Insyirah pagi tadi.  Sejak semalam hati ni berdebar debar duk fikir keputusan peperiksaan dia yang keluar harini. Semalam duk borak ngan kakak Insyirah. "Umi abah kalau akak dapat berapa pon PT3, esok Umi abah terima seadanya ok. Umi abah kena redha ok. Jangan marah akak ok, jangan sedih sedih ok, jangan rasa hati dengan akak ok. Akak dah buat yang terbaik dan akak harap Umi abah dapat terima seadanya result PT3 akak". Ya akak, Umi abah akan terima dengan redha. 


Alhamdulillah dah balik dari sekolah, tiba kat rumah jam 12.30 tengahari tadi.  Kakak Insyirah dapat 3A 2B 2C 2D . Tahniah kakak. Ya kakak, Umi abah terima seadanya keputusan yang akak dapat. Aturan Allah adalah yang terbaik. Kita merancang Allah yang menentukan. DIA sebaik baik perancang. 


Umi abah takde nak marah akak, takde nak susah hati, takde nak rasa kecewa tapi Umi ada rasa sedih sikit sebab apa yang akak target tersasar. Akak pon nampak sedikit kecewa tadi, tapi takpe sayang ini baru permulaan. Akak usaha lagi untuk SPM nanti. Umi abah akan sentiasa ada di belakang akak dan  akan sentiasa berlapang dada menerima segala ketentuan dariNya. InsyaAllah aamin aamin.


Tahniah untuk Insyirah dan kawan kawan PT3.  Semoga terus maju dan berjaya di masa masa akan datang.

The Best 7 Dishes To Eat In Malaysia

$
0
0
The Best 7 Dishes To Eat In Malaysia | Malaysia sebuah negara yang kaya dengan penduduk berbilang kaum. Selain penduduk berbilang kaum, Malaysia juga kaya dengan keunikan makanan pelbagai citarasa. Orang kata semua ada. Oleh kerana penduduk Malaysia berbilang kaum, pelbagai jenis makanan berlainan boleh dinikmati dengan mudah.

Antara makanan kegemaran rakyat Malaysia yang menduduki tangga teratas adalah Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Sate, Roti Canai, Kari Ikan, Cendol, Ais Kacang dan banyak lagi makanan kegemaran yang disukai dan dinikmati oleh rakyat Malaysia. Ok, untuk pembaca blog KakYa, kalini KakYa nak kongsikan dengan korang 7 makanan terbaik untuk dimakan di Malaysia. 

Nasi Lemak

One of my favourite food is Nasi Lemak. Nasi Lemak is very popular dish in Malaysia. I really never get bored eat Nasi Lemak walaupon banyak kali makan. Paling best opkos la my mom punya Nasi Lemak. KakYa rasa kebanyakan orang Malaysia suka Nasi Lemak. Nasi Lemak boleh dikatakan makanan tradisi rakyat Malaysia. Semua bangsa tak kira melayu, cina dan india suka makan Nasi Lemak.

Nasi lemak adalah beras yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa dan diletakkan daun pandan bagi menambah aroma. Kalau kat Malaysia ni nak cari Nasi Lemak amatlah mudah kerana semua tempat ada jual Nasi Lemak. Nak masak Nasi Lemak pon mudah dan bahan bahan yang diperlukan senang didapati.

Nasi lemak biasanya dimakan pada waktu sarapan pagi. Ada juga yang menjadikan nasi lemak sebagai hidangan makan tengahari dan juga malam, terpulang pada keinginan dan selera masing masing.  

Nasi lemak kebiasaannya dihidangkan dengan sambal, ikan bilis, ikan, telur, kacang dan juga timun. Sekarang ni Nasi Lemak dihidangkan dengan pelbagai jenis lauk pauk lain seperti ayam goreng, sotong, udang, paru, daging, limpa, hati ayam, pedal ayam dan pelbagai lauk lain lagi. 

sumber: bautrip.com

Nasi Kerabu

Nasi Kerabu adalah beras yang dimasak dengan meletakkan pewarna biru samada daripada kelopak bunga telang ataupun pewarna biru. Nasi Kerabu biasanya dihidangkan bersama sambal, kerabu, solok lada, ulam ulaman, budu, telur asin, jeruk bawang putih, daging bakar, ayam bakar, ikan goreng dan juga keropok keping. 

Nasi Kerabu sangat popular di negeri Kelantan dan Terengganu. Orang kata kalau nak makan Nasi Kerabu sedap silalah berkunjung ke Kelantan ataupun Terengganu. Sekarang ni semua negeri dan ada jual Nasi Kerabu, nak makan pun mudah sebab mudah jumpa. Nak buat pun senang resepi oleh google. Hanya di hujung jari jer, dah boleh siapkan Nasi Kerabu yang enak dan lazat untuk dinikmati. Kena rajin jer la kalau malas mana nak menjadi Nasi Kerabunya kak oiii. 

sumber: foodadvisor.my

Satay

Satay adalah sejenis makanan orang melayu yang dibuat daripada daging yang telah diperap dengan rempah ratus dan dicucuk menggunakan lidi sebelum dibakar menggunakan bara api. Satay biasanya dihidangkan bersama kuah kacang, nasi impit, timun dan juga bawang  biasanya dimakan sebagai hidangan pembuka atau hidangan utama. 

KakYa dan family suka makan Satay. Kami biasa akan pergi makan kat satu kedai Satay kegemaran kami di Kemaman Terengganu. Satay kat sini memang sedap dengan daging yang cukup lembut ditambah dengan rempah ratus  secukup rasa malah lazat hingga menjilat jari. Satay ni kalau korang nak tahu, akan jadi lagi sedap kalau kuah kacang dia sedap. Kuah kacang yang sedap pasti mengundang rasa Satay menjadi semakin lazatttt. Kuah kacang ni main peranan penting jugak dalam penyediaan Satay buakn semata mata Satay jer. 

Satay bukan sahaja disukai oleh orang melayu malah kaum lain juga menggemari Satay. Kalau korang nak tahu, Satay adalah makanan yang selalu ada pada musim raya. Pendek kata semua rumah ada hidangan Satay setiap kali musim raya.

sumber: astroawani 

Roti Canai

Roti Canai adalah roti nipis berbentuk bulat yang diperbuat daripada tepung. Roti canai adalah makanan tradisi kaum india yang digemari juga oleh kaum melayu dan cina. Pendek kata kat Malaysia ni siapa tak makan roti canai rugilaaa! Tula penangan Roti Canai. Semua suka! tak kira kecil, besar, tua dan muda pagi pagi kalau sarapan kat kedai mesti order roti canai. 

Roti Canai biasanya dihidangkan bersama kuah kari, kuah dhal dan juga sambal bilis. Kesedapan Roti Canai bergantung pada roti canai tu sendiri,  kuah kari dan kuah dhal yang disediakan

sumber: gluttodigest

Kari Ikan

Kari Ikan adalah menu yang biasa kita jumpa kalau pergi makan kat mana mana kedai makan di Malaysia. Kari Ikan yang sedap adalah kari yang cukup dengan segala rasa masam, manis, masin dan jugak pedas. Orang cakap kick la! Biasa orang masak Kari Ikan ada yang guna santan ada juga yang tak guna santan. Ikut selera masing masing. 

Kalau kat rumah KakYa ni semua suka makan Kari Ikan. KakYa kalau masak kari takde guna santan. Sebulan biasa dua tiga kali jugak la masak Kari Ikan ni. Dah anak anak dan En hubby suka makan kita rajinla masak. Kari Ikan ni kalau kena dengan ara masaknya boleh buat makan bertambah tak nampak orang sebelah la jawapnya. 

sumber: mstar

Cendol

Cendol Malaysia is especially tempting. Cendol , siapa tak suka Cendol? Opkos ramai yang suka Cendol tak kira kecil, tua, muda pasti suka.  Cendol, pencuci mulut manis yang diperbuat daripada ais kisar, kuah santan, kacang merah, pulut dan jeli. Tapi zaman serba moden ni Cendol juga semakin moden dengan penambahan pelbagai topping menarik untuk lebih kreatif bukan saja sedap rasa di mulut tapi cantik juga di mata. Zaman berubah kita pon kena berubah. 

sumber: vforveggy 


Ais Kacang

Bila sebut Ais Kacang, automatik kepala ni berputar kat zaman kecik kecik dan lagu ini memang best part bab Ais Kacang. Teringat la pulak. Mengimbau ke zaman kanak kanak kejap.

Ais kacang, ais ais kacang
Bila cuaca panas dan rasa dahaga
Singgah di gerai, ais kacang dipinta
Susu dan jagung
Kacang dan lengkong
Air gula berwarna…

Campur semua
Enak rasanya
Kegemaran kita semua....

Sapa tengah nyanyi tuuuu angkat tangan. Hahahaha teringat zaman kecik kecik dulu layan  Ais Kacang sambil nyanyi lagu ni. 

Ais Kacang atau ABC biasanya ada jual kat tepi jalan dan di kedai kedai tertentu. Ais Kacang  adalah air batu yang dikisar menggunakan mesin pengisar ais dihiasi dengan pelbagai topping pilihan seperti jagung manis, kacang merah, jeli, kismis, buah buahan dan pelbagai lagi topping menarik mengikut pilihan pelanggan. 

The Best 7 Dishes To Eat In Malaysia
sumber: 123rf


Terliur ke tak dengan makanan yang terhidamg kat atas ni. Ada yang terliur la tu. Sorry tau kalau buat korang terliur. Tapi memang betul, kekadang kita rasa terliur nak makan sesuatu, hati ni kan memanggil manggil jer nak makan tapi nak masak tak berapa pandai, bahan takde,  nak pergi beli sendiri kita pulak busy memanjang. Kalau gitu keadaannya tak perlu risau, tak perlu susah hati duk berduka lara.

Sekarang kan semua kat hujung jari jer, boleh order makanan melalui FOOD DELIVERY by FoodPanda Malaysia. Nak makan makanan yang korang suka, order saja. Mudah dan cepat tak perlu nak semak kepala nak fikir makan kat mana, nak pergi beli kat mana .. Tak yah fikir dah bilamana ada cara mudah penghantaran ke rumah cam gini. Order! Order! Order Sajaaaaa!!!

Iman Dapat Tawaran Ke Sekolah Menengah Agama Al Falah Kemaman Terengganu

$
0
0
Iman Dapat Tawaran Ke Sekolah Menengah Agama Al Falah Kemaman | Keputusan untuk kemasukan ke sekolah menengah agama negeri Terengganu telahpon diperolehi pada 19 Disember 2019 jam 10 pagi. KakYa semak keputusan melalui online dan Alhamdulillah Iman dapat ke Sekolah Menengah Agama Al Falah Kemaman Terengganu. 


Tarikh keputusan kemasukan ke sekolah agama keluar sama tarikh dengan tarikh Kakak Insyirah dapat result PT3. Umi terleka jap sebab sibuk dengan Insyirah. Tengahari baru Umi sempat check keputusan dan jawapan yang diterima amatlah menceriakan kami sekeluarga. Syukur sangat sangat akhirnya dapat jugak Iman ke sekolah pilihan. Terima Kasih Allah untuk rezeki yang telah KAU berikan untuk anakku Muhammad Adam Iman. 

Cara Muat Turun Video Dari Facebook Tanpa Menggunakan Aplikasi

$
0
0
Cara Muat Turun Video Dari Facebook Tanpa Menggunakan Aplikasi | Perkongsian muat turun video dari facebook yang akan KakYa kongsikan ini hanya untuk pengguna android sahaja. Jadi gang android sekalian boleh cuba cara ni nanti. Biasa kalau korang nak muat turun video dari facebook korang akan gunakan aplikasi kan? Sekarang ni macam macam aplikasi yang ada. Tapi kali ni KakYa nak kongsi kat korang tanpa apa apa aplikasi, korang masih boleh muat turun video yang korang suka ke galeri telefon pintar korang. Bagaimana cara untuk muat turun video dari facebook tanpa menggunakan aplikasi

Cara Muat Turun Video Dari Facebook Tanpa Menggunakan Aplikasi, Fb Download, Cara Download Video Dari Fb, Download Video From Facebook, Fast Facebook Video Downloader, Cara Download Video Dari Fb Guna Handphone

Caranya mudah jer. Mula mula sekali buka  dulu facebook korang dan cari video mana satu yang korang nak muat turun. Dah jumpa video mana yang korang nak, klik pada tanda 3 titik kat sebelah kanan. Rujuk gambar kat bawah. 

Cara Muat Turun Video Dari Facebook Tanpa Menggunakan Aplikasi, Fb Download, Cara Download Video Dari Fb, Download Video From Facebook, Fast Facebook Video Downloader, Cara Download Video Dari Fb Guna Handphone

Ok dah klik 3 titik tu akan keluar gambar seperti kat bawah. Korang klik pada 'copy link' untuk salin link video yang korang pilih tadi.

Cara Muat Turun Video Dari Facebook Tanpa Menggunakan Aplikasi, Fb Download, Cara Download Video Dari Fb, Download Video From Facebook, Fast Facebook Video Downloader, Cara Download Video Dari Fb Guna Handphone

Ok lepas tu korang masuk ke laman sesawang yang disenaraikan kat bawah ni. Pilih mana satu yang korang nak. KakYa biasa guna SaveFromDotNet. 


Bila dah masuk kat website yang korang pilih, link yang korang copy kat facebook tadi sila tampal kat ruangan yang disediakan. Dah tampal link nanti akan keluar video yang korang nak muat turun dan korang boleh terus klik download. 

Cara Muat Turun Video Dari Facebook Tanpa Menggunakan Aplikasi, Fb Download, Cara Download Video Dari Fb, Download Video From Facebook, Fast Facebook Video Downloader, Cara Download Video Dari Fb Guna Handphone

Dah settle download, video tu nanti akan muncul kat galeri telefon pintar korang. Apa susah, sekarang semua mudah. Tinggal rajin dengan malas jer. Jangan cakap kakak tak ajar. Kakak dah bebetul bagi ajaran ni. Ikut jer step satu persatu. Jadilaaaa nanti tu. 

Ok ini saja tutorial muat turn video dari facebook tanpa menggunakan apa apa aplikasi. Camne boleh jadi keluar entri tutorial macam ni. Ok KakYa citer sikit la. Sebenarnya KakYa ada muat naik satu video kat instagram dan ada yang DM tanya 'Akak camne akak muat turun video ni ya (merujuk video yang KakYa upload kat instagram). Boleh ajar tak camne cara nak download sebab saya nak download tapi takde butang download kat situ kak '

Ok makanya harini terjadilah jugak tunjuk ajar aka tutorial ni dan mood KakYa pulak rajin terlebih. Dah alang alang tolong ajar si dia yang bertanya terusla KakYa up satu entri kat blog. Opkoss la buat entri, kata blogger. Kena la rajin karang cerita. Tak gitu !!! Angkat bakul pegi jemur kain weyhhhh ...

Bahasa Terengganu Yang Unik! Jom Belajar Bahase Ganu

$
0
0
Bahasa Terengganu Yang Unik! Jom Belajar Bahase Ganu | Negeri Terengganu terkenal bukan saja disebabkan makanan yang sedap sedap tapi jugak bahasanya yang unik. Bukan semua orang luar dari Terenggau tahu bahase ganu bahkan sesetengah anak jati Terengganu yang muda belia masih ada yang tidak tahu maksud ayat yang dituturkan dalam bahasa ganu.

Baru baru ni anak anak KakYa sibuk duk tanya mengenai beberapa perkataan yang biasa dituturkan oleh orang ganu. Iman ada tanya mengenai ayat "kuat derak mung" . Iman tanya KakYa apa maksud kuat derak mung. Kata dia, ada kawan dia komen kat instagram kat bawah gambar dia jalan jalan kat Genting Highland. Dia cakap tak paham tapi tak tanya la pulak kawan dia terus tanya Umi dia ni haaaaa. Ok kuat derak mung maksudnya selalu sangat pergi jalan jalan kalau dalam bahasa Malaysia standart. Bila ke bahasa ganu jadi la auat kuat derak mung. KakYa sendiri pon naik pening gak camne la orang ganu ni boleh sebut ayat jalan jalan tu boleh jadi derak. Nak cari kot mana pon tak tahu la hujung punca derak tu. Sebab jauh benor lari derak dengan jalan jalan. 

Bila fikir balik mengenai ayat orang ganu ni rasa nak ketawa jugak bila dengar. Kekadang jawapan yang kita dapat daripada ayat yang dituturkan jauh benor maksudnya. Tapi itulah orang ganu, bahasa orang ganu memang unik. Ok selain ayat kat atas ni KakYa nak bagi jugak la beberapa ayat ganu yang korang boleh belajar. Mana tahu kalau datang Terengganu tetiba dengar ayat ni , kurang kurang korang dah tahu apa maksud dia.  

Mari Belajar Bahasa Ganu

Ok KakYa bagi ayat ganu yang biasa KakYa dengar jer la, sebab KakYa pon kalau cakap tak berapa nak keluar sangat ayat ganu kekadang. Bila tinggal kat Kuantan ni bahasa ganu tu lari sikit sikit. Ada tu ada la tapi ayat tu biasa dah jadi ayat standart. Sebab tu anak anak banyak tanya macam macam ayat yang dioarang baru dengar bila balik Terengganu atau bila ada kawan kawan sebutkat sekolah. Jom kita belajar bahasa ganu. 

1. Tubek - keluar 
2. Derak - jalan jalan
3. Senyum sokmo -  senyum selalu
4. Gelebek  yeng - gatal (mengada ngada)
5. Jereba - terkam
6. Tohok - buang
7. Nyakit nyamang - suka jaga tepi kain orang
8. Bahang/ tibang/ godang - pukul
9. Kekoh - gigit
10. Mamoh - kunyah
11. Nyenyeh - mengejek
12. Nganjing - mengejek dengan ayat kasar
13. Kutil - cubitan halus
14. Cobek - cubit sedikit dari bahagian makanan
15. Ranggoh/kedaroh - makan dengan gelojoh
16. Hungga - menerpa
17. Gateh/gohek - kayuh basikal
18. Gege - bising 
19. Kehek - keluarkan sesuatu dari dalam mulut
20. Plekong - baling 
21. Kecok - berjalan senget
22. Boyyeh - buncit
23. Kelik - balik
24. Agah - sombong 
25. Babil - degil
26. Nawok - menipu 
27. Bedooh - lebih lebih
28. Kekgi - kejap lagi
29. Guaner gamok - apa khabar
30. Biar soheh - biar betul
31. Dok tau starang - tak tahu langsung
32. Sabboh doh - sesuai sangat
33. Dok dang starang - tak sempat
34. Guane balah - macam mana
35. Takdok pekdoh - tiada guna
36. Takmboh - tak nak 
37. Dulli mung - apa kau peduli 
38. Tunggu tor - tunggu sekejap
39. Dokrok cetong - tak boleh harap
40. Takdok arroh - kehabisan ikhtiar
41. Buleh pekdoh- boleh sakit 
42. Awok awok mung - kawan kawan 
43. Bape yya - berapa ringgit
44. Jeluah - comot
45. Nyekik - menyampah 
46. Suke glekek - suka sangat 
47. Anguh lettung - hangus terbakar 
48. Bahang rambang - mengarut 
49. Busuk kohong - sangat busuk 
50. Maha super bedil - maha sangat
51. Ngatok mata - mengantuk
52. Srabuk perut - susah hati 
53. Kepeh blepeng - sangat kempis
54. Mak nga - cuai
55. Puah sang - boring 
56. Masang catung - tunjuk muka masam
57. Hok tule - yang  sama
58. Kecek tuwek -  sangat kecil
59. Ghengang lepong -  sangat ringan
60. Nipih nayang - sangat nipis
61. Itang legang - sangat hitam
62. Putih leppuk - sangat putih
63. Sapok jauh - sangat jauh 
64. Manis leting - sangat manis
65. Tawor hebe - sangat tawa
66. Punoh jahanang - rosak 
67. Panah sooh - panas 
68. Masang rebang - sangat masam
69. Kelecak baghak - terpelanting 
68. Nakuk pahik - penakut
69. Ketik nyamok - digigit nyamuk
70. Dok rok meppeh - tak larat 
71. Panjang jenggong - sangat panjang 
72. Berat nanang - sangat berat

Ok ini antara bahasa atau ayat ganu yang biasa kita dengar. Orang luar dari Terengganu kalau pahni dengar ayat ayat ni rasa boleh doh paham sikit sikit orang ganu cakap guane. Moga bermanfaat buat kalian semua. 


Gerhana Matahari Anulus Berlaku 26 Disember 2019

$
0
0
Gerhana Matahari Anulus Berlaku 26 Disember 2019 | Gerhana matahari anulus atau cincin akan berlaku pada hari ini 26 Disember 2019. Rakyat Malaysia seluruh negara berpeluang menyaksikan fenomena ini pada waktu yang ditetapkan.



Gerhana matahari berlaku apabila Bulan melalui antara Bumi dan Matahari, dengan itu sepenuhnya atau sebahagiannya mengaburkan imej Matahari untuk penonton di Bumi. Gerhana matahari anulus berlaku apabila diameter jelas Bulan adalah lebih kecil daripada Matahari, menyekat kebanyakan cahaya matahari dan menyebabkan Matahari kelihatan seperti anulus (cincin). 

Gerhana anulus muncul sebagai gerhana separa atas suatu kawasan yang mempunyai beribu-ribu Bumi kilometer lebar.Gerhana anulus akan dapat dilihat dalam Arab Saudi, Qatar, United Arab Emirates, Oman, selatan India, Sri Lanka, Sumatera, Malaysia, Singapura, bahagian Borneo dan Guam.

Pensyarah ilmu falak dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Profesor Madya Dr Baharrudin Zainal berkata, gerhana anulus itu berlaku serentak, dengan bulan menyentuh pinggir barat matahari kemudian menutupi dan meninggalkan matahari.

"Bahagian utara bayang antumbra ini menjangkau sehingga ke Tanjung Piai, Serkat dan berakhir di sempadan kawasanTeluk Kerang di Pontian ke Pengerang, Johor. Selepas itu, bayang antumbra merentasi laut China Selatan dan mencecah di Borneo, sebelum menyeberang lautan Celebes dan lautan Pasifik dan berakhir ketika waktu maghrib di barat kepulauan Guam.

"Bayang-bayang antumbra bulan yang melebar, menyebabkan gerhana separa ini boleh kelihatan pada hampir semua kawasan di Asia Tenggara,"


Umat Islam juga dianjurkan untuk menunaikan solat sunat gerhana atau kusuuf bermula jam 11.24 pagi sehingga gerhana berakhir.

Jangan Sibuk Life Orang!

$
0
0
Jangan Sibuk Life Orang!  | Lumrah kehidupan manusia didunia ini sibuk menjaga kehidupan orang lain walaupun si polan itu tidak dikenali di alam nyata sekadar di alam maya sahaja. Ibarat semua benda yang si polan buat nak di ambil tahu. Kemana si polan pergi, apa si polan beli, mana si polan makan dan pendek kata si penyibuk life orang ni ibarat cam bom jangka bakal meledak bila bila masa eesama 1001 cerita. Semua benda orang buat dia sibuk nak ambik tahu nak ambik cakna. Kekadang KakYa pelik jugak dengan spesis manusia seperti ini. Spesis manusia yang takde life gamaknya. 


Korang tahu tak bila korang terlalu menyibuk dalam memikir dan mengatur life orang lain korang dah buang masa dengan life sendiri. Ya la korang sibuk hal si polan tapi korang sendiri terlupa hal yang korang perlu selesaikan. Setiap orang ada life masing masing jadi jangan kita sibuk life orang lain. 

Fokus pada life kita sudah jangan melebih lebih dengan life orang. Orang tak suka. Tambah tambah lagi kalau life korang masih samar samar. Jadi jangan suka suka nak sibuk life orang. Who are you suka suka nak ambil tahu  nak ambil cakna dan susun atur life orang? Tak pasal pasal nanti kena setempek kat muka baru korang rasa nak berhenti dan duduk diam!


Daripada korang duk sibuk fikir life orang, ada baiknya korang fokus pada life korang. Perbaiki diri korang agar jadi lebih baik bukan sekadar duduk berdiri di tempat yang sama. Improve diri korang jadi lebih baik. Life kita hanya kita yang boleh mengubahnya bukan orang lain. Moga kita happy dengan kehidupan masing masing.  



Selamat Kembali Ke Sekolah Insyirah, Iman dan Akif

$
0
0
Selamat Kembali Ke Sekolah Insyirah, Iman dan Akif | Assalamualaikum. Syukur ke Hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNYA, bertemu kembali kita pada hari pertama tahun 2020. Tahun 2019 telahpun berlalu, penuh dengan kenangan pahit manis bersama dan akan sentiasa dikenang. Selamat tahun baru 2020 sahabat.

Gambar Akif pon takde kat rumah pagi tadi. Umi lupa nak tangkap gambar. Ni En Hubby yang snap masa hantar Akif ke sekolah pagi tadi. Ada la jugak sekeping. 

Alhamdulillah, sesi persekolahan bermula pada hati ini 1 Januari 2020 bersamaan hari Rabu. Untuk tahun ni hanya Akif yang berada kat rumah. Kakak Imsyirah dan abang Iman dah masuk asrama semalam. Jadi KakYa hanya uruskan Akif jer la pagini. Insyirah dan Iman masing masing urus diri sendiri kat asrama. Semoga anak anak Umi cekal dan tabah dalam mengharungi hidup di asrama.

Gambar baju sekolah takde laa pagini sebab Iman kat asrama. Ni Umi sempat tangkap gambar masa hantar dia kat asrama semalam. 

Kakak Insyirah tahun ni dah masuk tahun ke empat kat asrama jadi Umi takde la nak terasa sangat, cumanya hati Umi sedikit terusik la jugak pagi tadi sebab tahun ni tahun pertama Iman kat asrama. Bagaimana la keadaan dia kat asrama dengan kalut pagi pagi mandi berebut mandi dengan penghuni asama yang lain. Umi doakan semoga Allah SWT permudahkan semua urusan Iman kat asrama. Ya Allah, KAU jagalah dia untukku. Hanya padaMU kuserahkan segala galanya. Aamin aamin. Terima kasih Allah.

Selamat kembali ke sekolah buat anak anak Umi Insyirah, Iman dan Akif.  Umi doakan semoga anak anak Umi akan kekal bersemangat sepanjang tahun untuk menuntut ilmu. Semoga sesi persekolahan 2020 ini memberi lebih motivasi dan semangat buat anak anak untuk terus menuntut ilmu. Semoga anak anak umi Nur Aina Insyirah, Muhammad Adam Iman dan Muhammad Akif Imtiyaz akan terus melakar sejuta harapan untuk lebih cemerlang dan terbilang bagi sesi persekolahan 2020 ini. 

Tinggi harapan Umi dan abah untuk melihat anak anak Umi berjaya dunia dan akhirat. Semoga 2020 anak anak akan terus memanfaatkan masa terbaik dalam melakar kejayaan. InsyaAllah aamin aamin. 

Jahit Lencana Sekolah Dan Name Tag Anak Anak

$
0
0
Jahit Lencana Sekolah Dan Name Tag | Jahit lencana sekolah dan name tag anak anak, tugas wajib Umi setiap tahun bila sesi persekolahan bermula. Sehari sebelum hantar Kakak Insyirah dan Iman ke asrama KakYa dah settle jahit lencana dan jugak name tag Insyirah, Iman dan Akif. 

Settle jahit lencana dan nametag. Umi jahit tangan jer. Walaupon tak secantik jahitan mesin yang penting anak anak dengar sini. Umi jahit penuh keikhlasan dari hati tau anak anak!

Bukan tak nak jahit awal tapi tarikh pendaftaran  sekolah Iman 30.12.2019, nak kena beli lencana sekolah untuk Iman dulu baru boleh jahit. Yang kakak Insyirah, pakai lencana dah beli tahun lepas masih elok bekum guna lagi. Name tag pulak KakYa jahit jer name tag yang dah tempah beberapa tahun lepas tapi tak pakai sebab Iman pengawas jadi name tag dia lain. Kakak Insyirah pon pakai name tag lama yang masih belum pakai. 

Letak jer kat tengah tengah pastu pinkan dengan peniti. Nanti nak jahit takde la lencana tu gerak gerak sangat. Kalau ikut lampiran bergambar untuk sekolah Iman ni ler cara letak lencana sekolah. 

Bila kita sentuh bab pakaian anak anak, KakYa pasti mak mak kat luar sana mesti sibuk duk menampal nametag dan lencana pada baju sekolah anak anak sebelum sesi persekolahan bermula Ada yang tempah kat tukang jahit, ada yang jahit sendiri ada jugak yang guna gam untuk letakkan name tag dan juga lencana. KakYa lebih suka jahit sendiri lencana sekolah dan nametag anak anak. Sejak diaorang sekolah memang tak pernah hantar kat tukang jahit ataupon guna gam untuk tampal. 

Masa mula mula jahit nametag nampak cam dah elok jer letaknya. Dah sama kiri kanan. Tapi lepas jahit nampak tak sama. Kena la pulak bukak balik jahitan. Huhukhuk!

Bila jahit tangan sendiri, KakYa rasa satu kepuasan la. Lagipon takde la susah sangat bab bab menjahit guna tangan ni. Senang jer sebenarnya antara rajin dengan malas jer. Kalau rajin menjadi laaa. Kalau malas memang tak boleh nak cakap apa lagi dah la. 

Oleh kerana tak berapa sama kedudukan nametag, untuk bagi betul betul sama, KakYa gunakan pita ukur barula sama kiri kanan.

Alhamdulillah berjaya jugak jahit lencana dan name tag anak anak untuk kesekian kalinya. Semoga anak lebih bersemangat untuk terua menuntun lmu dunia dan juga akhirat. 

Kempen Peluk 10 Saat

$
0
0
Kempen Peluk 10 Saat | Hebatnya kuasa pelukan. Sudahkan anda memeluk ahli keluarga anda hari ini? Hanya dengan 10 saat, hubungan kekeluargaan anda akan bertambah baik. Cubalah!


Mulai hari ini peluklah pasangan anda, anak anak anda, adik beradik anda selama 10 saat. Ingat ye, jangan peluk yang bukan mahram pula. 


Yang Sedang Mendung Langit Tapi Mata Aku Yang Turun Hujan

$
0
0
Yang Sedang Mendung Langit Tapi Mata Aku Yang Turun Hujan | Harini hari keempat Iman kat asrama. Tolak dua hari Jumaat Sabtu baru ni boleh balik untuk permulaan. Lepas ni balik dua minggu sekali sama seperti kakak Insyirah. Citer hari pertama hantar Iman kat asrama. Cuaca mendung mengiringi perjalanan kami dua beranak. Aku pergi dengan Iman jer 31.12 baru baru ni. En Hubby tak dapat pergi kerana ada urusan yang perlu diselesaikan.  Insyirah dengan Akif aku tinggalkan kat rumah sebab sebelah tengahari aku nak kena hantar Insyirah kat asrama pula. Biar dia siapkan segala kelengkapan yang nak dibawa sesiap. Nanti takde la terkejar kejar.


Pendaftaran kemasukan asrama SMA AL FALAH ambik masa tak sampai 5 minit pon. Aku antara yang tiba awal jadi terus ke kaunter pendaftaran dan bayar yuran asrama pastu dah siap terus boleh bawak naik  barang Iman ke dorm. Masa duk simpan barang kat locker banyak pesanan yang aku titipkan buat Iman. Al maklum la ini kali pertama Iman masuk asrama. Pengalaman pertama untuk dia.

Banyak benar pesanan yang aku perlu sampaikan ditambah lagi dengan pesanan yang abah dia minta sampaikan. Bab pesanan bukan masa hari hantar jer aku dan en hubby duk pesan tapi selepas dapat tahu Iman dapat asrama hari hari kami suami isteri duk bagi pesanan penaja untuk dia. Ya la cabaran tinggal kat asrama ni banyak yang aku baca, ada banyak cerita positif dan banyak jugak  cerita negatif daripada pembacaan aku. Jadi aku sebagai mak kena lebih alert bab bab ni dan aku bagi pesanan untuk Iman agar dia beringat, berwaspada dan sentiasa berhati hati dalam setiap langkah. Moga Allah pelihara baik baik Muhammad Adam Iman walau dimana berada.  Umi doakan  yang baik baik untuk Iman. Aamin aamin.

Selesai simpan semua barang Iman, perasaan aku ni tetiba jer sayu sedih lain macam jer rasa masa nak tinggalkan dia kat asrama. Seyess rasa cam takle nak gerak kaki. Rasa cam tak nak balik. Masa aku titipkan doa untuk dia sambil peluk dia air mata aku mengalir. Bukan titik titik halus tapi laju hingga Iman sendiri pon aku nampak duk kesat air mata dia.

Ahhh kenapa aku menangis juga sedangkan aku dah tanam baik baik sebelum hantar dia kat asrama aku tanak nangis depan dia aku tanak dia berbelah bagi pula nanti. Tapi siapa aku untuk menidakkan perasaan. Walau juta kali aku pesan pada diri jangan menangis duhai hati jangan alirkan airmata depan Iman. Tapi!! aku kalah dengan perasaan. Perasaan seorang ibu pada anak yang dikandung 9 bulan 10 hari. Sungguh aku kalah bila tiba bab meninggalkan dia kat asrama. Bantu aku Ya Allah.

Sebelum aku turun ke tingkat bawah, aku sempat ronda ronda kat tingkat atas untuk tengok keadaan asrama. Alhamdulillah setakat yang aku perhati ok ok jer. Anak anak yang bersekolah kat situ pon bagus jer sebab masa jumpa dioarang lalu lalang, ada yang menegur dan ada yang bagi senyuman. Iman pon ada borak bersama abang abang senior dan tanya macam macam bab asrama. Moga Iman dapat sesuaikan diri dengan baik dalam kehidupan asrama.

Masa nak balik aku tengok kot cermin tingkap, dia duk lambai lambai sambil mulut macam tengah duk cakap. Sekali lagi air mata aku mengalir. Aduhh kalini siap pakej dengan sedu sedan la pulak. Takle nak lawan rasa sedih kalau membabitkan anak anak ni. Mendung yang sejak tadi berarak tiada tanda turunnya hujan tapi mata aku yang turun hujan. Laju membasahi pipi. Sungguh hati aku berat tinggalkan dia.

Sampai rumah dah dekat nak azan zohor. Lepas solat zohor terus hantar kakak Insyirah ke asrama. Aku lupa seketika rasa sedih bila disibukkan dengan urusan pendaftaran Insyirah yang memakan masa agak lama. Selesai urusan Insyirah dah nak masuk 5.00 petang. Fuhhh lama sangat masa berlalu. Balik rumah dah jam 6 petang. Solat asar dan doa aku titipkan buat dua anak yang akan berada di asrama sepanjang tahun 2020 ini. Moga dalam jagaan Allah sentiasa. Jaga urusan kita dengan Allah, insyaAllah Allah akan jaga kita.

Malam pertama Iman kat asrama aku buat buat busy tapi hati aku ni kuat teringat kat Iman. Air mata takyah cakap la mengalir sepanjang malam. Masuk bilik dia, tengok tempat tido, tengok barang dia, tengok baju seluar dia pon akudah nangis. Masa tengok ikan yang dia bela  kat akuarium, teringat ingat dia pesan "sepanjang Iman takde  nanti Umi jaga ikan ni ya. Jangan lupa bagi makan. Jangan bagi mati pulak ".  Ayat dia jangan bagi mati pulak benar benar terjadi masa malam pertama dia takde kat rumah. Seekor ikan laga dia mati mengejut. Aku pon tak pasti kenapa tapi memang tetiba jer yang sekor tu mati. Sebelum ni elok jer takde apa apa. Aku sedar pagi esoknya masa nak bagi makan ikan tu dah timbul dah huhuhuhu. Sedihnya rasa. Aku pon boleh nangis tengok ikan tu mati.

Malam pertama dia kat asrama aku tertidur dengan air mata dan aku mimpi buruk pasal Iman. Bila terjaga aku kejutkan en hubby dan cerita mimpi aku tu. Dia cakap jangan fikir sangat mimpi kan mainan tidur jer. Takyah nak fikir sangat la tidur jer. Aku sambung tidur tapi baru kejap aku lelap en hubby kejutkan suruh bangun. Aku terjaga dan rasa air hangat mengalir kat pipi. Aku tanya kat en hubby kenapa gerak bangun? Dia cakap aku mengigau sambil nangis nangis duk sebut nama Iman hingga Akif pon terjaga. Ohhh patutla air mata mengalir. Aku mengigau rupanya. Aku doa pada Allah agar jaga Iman dan jauhkan Iman dari perkara buruk. Tq Allah tq Allah.

Malam ketiga pon aku masih takle nak tidur lena sangat. Teringat dan termimpi mimpi Iman. Mungkin sebab aku memang rapat sangat dengan anak anak jadi hati aku mudah sangat tersentuh. En hubby duk bagi kata kata semangat, anak anak pergi belajar jer bukan pergi berperang. Doa yang baik baik untuk kejayaan anak anak. Jangan ikut perasaan sangat. Mengaji dan doa banyak banyak. Dia punya nasihat kat aku dah berbakul bakul dah banyaknya. Tapi aku ni nak ambik mood ceria semula makan masa sikit. Nama pon mak!

Semalam dah nak masuk hari keempat, alhamdulillah aku dah ok sikit dari hari hari sebelum ni. Alhamdulillah Iman pon ada call bagitahu dia baik baik saja takyah bimbang. Umi doa jer yang baik baik untuk Iman ya. Dia ada cakap dulu pepagi nak pegi sekolah cium tangan Umi abah dulu pastu Umi letak tangan kat ubun ubun sambil doakan Iman setiap hari dari kecik tapi sekarang pagi pagi takde dah semua tu. Ya Allah sentapnya rasa, rasa cam nak je pegi ambik dia kat asrama duk kat rumah. Ya Allah kuatkan aku Ya Allah. Pastu dia cakap lagi malam malam sebelum tido kalau kat umah mesti salam tangan Umi abah dulu pastu baru pegi tido tapi kat asrama Iman hanya boleh doa untuk Umi abah sambil tengok gambar. Ya Allah tersentap lagi sekali. Aku perasan ada sendu di hujung suaranya.

Aku ni dah kenapa mudah sangat terasa nak nangis nak nangis jer. Aku pesan kat dia takpe Iman takde depan mata Umi jer, kat hati Umi ni Iman sentiasa ada sampai bila bila. Jaga diri elok elok, belajar rajin rajin, solat jangan tinggal, jangan putus doakan Umi abah, jadi anak soleh dan belajar berdikari. Umi abah sayang Iman dunia akhirat. Umi abah doakan yang baik baik jer untuk Iman. Allah jaga dia untukku.

Kita Suruh Dia! Eh Dia Suruh Kita Pula

$
0
0
Kita Suruh Dia! Eh Dia Suruh Kita Pula | Harini masa duk ajar Akif buat kerja sekolah, KakYa selitkan sekali kerja yang KakYa buat untuk dia. Satu karangan jenis keperihalan untuk dia buat. Mula mula dia cakap Umi letak atas meja dulu la nanti Akif tengok lepas dah siap buat semua kerja yang Cikgu bagi kat sekolah tadi. KakYa tinggalkan jer kat meja sementara tunggu dia siapkan kerja sekolah dia. Nanti dia buat la kalau ada masa. 

Ok ni dia karangan keperihalan yang KakYa minta dia buat. Dia baca kekuat pastu dia pandang muka KakYa cam orang bersalah. Apa hal pulak pandang lagu tu. Umi silap tulis ke? KakYa ambik dan baca lagi sekali. "Bapa kamu telah membawa kamu memancing ikan di sebatang sungai. Ceritakan pengalaman kamu itu". Takde apa yang salah pon semua ok jer ni. Sila la buat karangan wahai anak. 


Belum buat apa apa lagi Akif dah cakap awal awal kat KakYa" Bila masa pulak abah minat memancing. Bila masa pulak abah bawak Akif pegi memancing. Nak citer pengalaman camne kalau sekalipon abah tak pernah bawak Akif pegi memancing". Cer Umi jer la citer kot kot Akif boleh reka. Pastu Umi tulis la dulu nanti Akif baca. Hurmmmmm camno nak cakap dah kalau lagu tu jawapan dia. Ada ada jer la dia ni.

Ohhhh anak! Dengan DakKecik sorang ni memang tak boleh nak jangka betul jawapan dia. Boleh pulak, kita suruh dia, balik balik dia suruh kita yang buat. Hadoi la. Dia cakap jugak tadi , "Cikgu BM ajar pengalaman kena cari takle dapat kalau tak cari". Ya ya ya memang la kena cari pengalaman tu tapi ni sekadar cerita jer nak oi. Awak reka jer la lagumana pon janji siap satu karangan macam Umi nak. Takde la susah mana pon Umi tengok senang jer. "Senang bagi Umi, susah bagi Akif sebab Akif takde pengalaman. Umi cakap joran tadi kan kan kan? Joran pon Akif tak kenal huhuhuhu".

Ohhh tidakkk .. Umi ni baca tajuk ke tak ni? Cer Umi baca tajuk betul betul dulu. Pastu Umi  tolong la Akif goreng la citer Umi macam Umi selalu goreng mee kuning tu. Haduh la nak oi cepat la buat. Tanak buat cakap jer la takyah bagi macam macam jenis alasan nak oi. Umi ko pening. "Ok la Umi, esok la Akif buat yang ni, sekarang masa main bola. Akif nak pegi main dulu. Umi jugak cakap petang petang kena riadah baru sihat". Ya la ya la esok pon esok la nak. Esok ntah hapo hapo pulak dia menjawap. Nak cari alasan apo pulok nanti. Akalan dia memang!!! Sejenis yang suka menguji Umi dia. 

Rahsia Dan Doa Anak Soleh, Letakkan Tangan Atas Ubun Ubun Mulakan Dengan Asmaul Husna

$
0
0
Rahsia Dan Doa Anak Soleh, Letakkan Tangan Atas Ubun Ubun Mulakan Dengan Asmaul Husna | Mulakan dengan letakkan tangan di ubun-ubun kepala anak. Mulakan dengan Asmaul Husna.

Ya Fattah (Yang Maha Membuka Pintu Rahmat)
Ya Alim (Yang Maha Mengetahui)
Ya Nur (Yang Mencipta Cahaya)
Ya Hakim (Yang Maha Bijaksana)
Ya Rashid (Yang Maha Pandai)
Ya Hafiz (Yang Maha Memelihara)
Ya Muhaimin (Yang Maha Memelihara)

YA ALLAH BUKAKAN PINTU KEFAHAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN, CAHAYAKAN HIKMAH KEBIJAKSANAAN, KECERDASAN DAN KEPINTARAN KEPADA ANAK2 KAMI DAN JAGAKAN ANAK KAMI DALAM JAGAANMU DAN PENGAWASANMU YA ALLAH.

Seterusnya titipkan doa ini.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

الرَّحْمَنُ (1) عَلَّمَ الْقُرْآنَ (2) خَلَقَ الْإِنْسَانَ (3) عَلَّمَهُ الْبَيَانَ (4)

*Pasakkan niat di dalam hati ibu ayah buat anak-anak.

Ya Mujib.


Kredit: Nor Fatihahnoor

Aib

$
0
0
Aib | Aib bermaksud perbuatan keji atau kekurangan, kelemahan, ataupun kecelaan yang boleh menjatuhkan maruah seseorang. Seseorang itu akan berasa malu dan terhina akibat perkara tersebut. Jika ia diceritakan kepada orang lain, bererti telah mendedahkan aib orang itu. Siapa yang menutup aib orang lain, kelak di akhirat Allah akan menutup pula aibnya. Sekiranya didedahkan aib di akhirat, luruhlah daging-daging muka kerana tersangat malu.

Maksud Aib, Jangan Buka Aib Orang, Jaga Aib, Jangan Buka Aib Orang , Jangan Sebar Aib Orang, Dosa Buka Aib Orang, Hukum Buka Aib Orang

Setiap manusia dijadikan oleh Allah memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Mencari-cari kekurangan, kelemahan, dan kecacatan orang lain adalah perbuatan yang tercela. Nabi Muhammad s.a.w. berpesan di dalam sebuah hadis baginda, "Wahai golongan orang yang beriman dengan lidahnya dan tidak beriman dengan hatinya.

Janganlah kamu mengumpati kaum muslimin dan janganlah kamu mengintip hal-hal yang memalukan mereka. Sesungguhnya siapa mengintip hal-hal yang memalukan saudaranya, nescaya Allah mengintip hal-hal yang memalukan pula. Dan siapa yang diintip oleh Allah auratnya (hal yang memalukannya), nescaya didedahkan-Nya sekalipun orang itu berada di tengah-tengah rumahnya." (Riwayat Abu Daud daripada al-Barra' bin Azib r.a.)

Tutuplah aib orang lain, Allah akan tutup aib kita. "Dan barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim sewaktu di dunia, maka Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan akhirat."

(Hadits Riwayat Imam at-Tirmidzi)

Kalau kita tutup aib orang lain, jangan risau Allah akan tutup serapat-rapatnya aib kita, di dunia mahupun di akhirat. Kalau kita buka aib orang lain, 'jangan risau' juga, Allah akan bukakan seluas-luasnya aib kita di akhirat. Ditayangkan di padang awam untuk tontonan umum. Bayangkan kalau semua orang tahu keburukan kita.

Ya Allah, malunya pasti tidak terperi. Kenapa aib orang kita buka sedangkan aib kita, kita tutup? Sebab kita pasti akan berasa malu dan sedih dengan kesalahan sendiri. Orang akan memandang rendah terhadap kita. Pasti perasaan yang sama berlaku pada orang yang kita aibkan.

Doa Menutup Aib 

اَللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِيْ وَآمِنْ رَوْعَاتِي

"Ya Allah, tutupilah segala keaibanku, dan amankanlah ketakutanku."

Ingatan buat KakYa dan juga sahabat;

"Kita memerlukan hanya beberapa saat untuk 'share' aib orang lain, tapi akibat perbuatan 'share' itu akan kita tanggung sampai Mahsyar"

"Daripada sibuk dengan aib dan cemuh dosa orang lain, lebih baik sibuk fikir tentang dosa sendiri. Kat akhirat nanti yang akan ditanya dosa sendiri, bukan dosa orang lain"

"Apa sahaja yang kita sebarkan aib atau fitnah di socmed, then apabila kita meninggal dunia, perbuatan jahat kita itu terus mengalir sebagai dosa tanpa henti. Kita nak ke macam tu? Tepuk dada tanya iman. Jika tak nak dosa terus mengalir sehingga akhirat, lembutkan hati untuk mohon maaf. Dan stop untuk menyebarkan aib atau fitnah orang"

"Cakap tentang dosa orang. Cakap tentang keburukan orang. Buka aib orang. Nampak biasa, tapi kat akhirat nanti ada lah 'sahamnya'. Jangan seronok sangat berbicara tentang orang lain. Nasib kita dekat akhirat nanti tak tahu lagi macam mana"

Bersangka baiklah sesama kita. Agar hati lapang fikiran pun tenang. Jangan guna kelemahan orang lain. Untuk peluang baik pada kita. Jangan  kita hebah lkan kelemahan orang untuk orang tertarik pada kita. Allah SWT jaga aib kita. Jagalah aib sekeliling kita. Jangan kerana lidah badan binasa. Hidup kita ni biarlah bercerita yang baik baik saja. Dengar yang baik baik saja dan kalau nak menyebarkan sebarkan yang baik baik saja. InsyaAllah segalanya akan menjadi yang baik.  Jadilah hamba yang terbaik. Aamin.


Jan Giveaway + BW by Lieyzanordin

$
0
0
Jan Giveaway + BW by Lieyzanordin | Pagi ni dah settle awal semua kerja kerja rumah. Jenguk blog sekejap pagi ni mata terpandang satu giveaway kat blog LN. Terus jer terdetik rasa nak join. Giveaway pertama yang KakYa join untuk tahun 2020. Seyes ahhh lama betul tak join giveaway yang dianjurkan oleh rakan rakan blogger. Korang yang bergelar blogger meh sini join sekali. Giveaway ni telahpon bermula pada 4 Januari 2020 dan akan berakhir pada 4 Januari 2020. Banyak lagi masa untuk korang join.

Giveaway

Giveaway

Cara nak join mudah jer. Syarat dia pon takde la berat sangat untuk korang ikut.  Mudah dan simple jer tak susah. Korang ikut semua syarat yang dah ditetapkan, settle satu kojer. So, tunggu apa lagi jom la join sekali gaiss kita memeriahkan lagi giveaway ni. Tunjukkan support korang sesama rakan blogger. Manalah tahu kot kot join giveaway ni ada rezeki boleh menang hadiah. Doa banyak banyak moga Allah bagi kemenangan. Aamin aamin. 

Korang yang nak join tu boleh klik mana mana banner kat atas dan jangan lupa ikut semua syarat yang dah ditetapkan. Tak ikut syarat tak aci tau. Orang dah bagi syarat ikutla ya. Jangan skip semua syarat. Support la sikit. Happy giveaway gaissss.

Done support! Wish me luck 2020. 2020 please be nice to me okey. Good luck and all the best buat semua peserta yang join giveaway ni. Jangan lupa follow blog LN tau. KakYa punya nombor 1111 fuhhhh cantekk betul nombor ni.


January Giveaway by Awesome Dreamer

$
0
0
January Giveaway by Awesome Dreamer | Giveaway kedua yang KakYa join pagi ni. Dah terjebak pulak dah join giveaway. Alhamdulillah ada kelapangan masa terus KakYa join satu lagi giveaway anjuran blogger Nurul Atikah. Kita support gaisss. Ok ni first time NA buat giveaway bersempena hari lahir beliau pada 9 Januari 2020 baru baru ni. Hari lahir yang ke berapa? Sila tanya tuan badan okey!  KakYa nak bagi ucapan sikit untuk beday girl. 

Selamat hari lahir Nurul Atikah. Semoga terus di panjangkan umur, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah,  diberikan kesihatan yang baik, sentiasa dalam lindungan dan redha Allah SWT. Aamin aamin. 



Syarat untuk join giveaway ni takde la susah mana. Sebab tu la KakYa join. Apa syarat syarat dia. Satunya follow blog Nurul Atikah (DONE : 871) dan satu lagi follow instagram T.Ordinary (DONE) Dah follow dedua ni boleh la korang buat satu post kat blog korang dengan tajuk January Giveaway by Awesome Dreamer. Masukkan banner kat atas dan jangan lupa backlink ke entri giveaway Nurul Atikah. Dah siap! Mudah dan senang nak join. Tinggal rajin dengan malas jer. Jadi apa tunggu lagi korang, jom la join KakYa sekali kita sama sama memeriahkan giveaway Nurul Atikah. Due date untuk giveaway ni 31 Januari 2020. 

Done support! Wish me luck 2020. 2020 please be nice to me okey. Good luck and all the best buat semua peserta yang join giveaway ni. 

Apabila Marah Dua Hati Mula Berjauhan

$
0
0
Apabila Marah Dua Hati Mula Berjauhan | Kadang kadang bila keluar jalan jalan kat mana mana  pernah tak terserempak dengan situasi mak marah anak atau ayah marah anak? Kalau setakat marah biasa biasa kita rasa ok lagi la kan? Tapi kalau dah tahap tinggi suara hingga ke atas Gunung Kinabalu pon boleh dengar, kita sendiri pon rasa tak selesa. Si anak apatah lagi, mesti dia malu sebab mak ayah dia duk marah marah marah dengan suara yang tinggi. Apakah kesalahan si anak hingga sedemikian rupa dimarahi si bapa atau si ibu. Tapi kan bila ramai yang tengok gelagat mak ayah cam gini, semakin kuat pulak suara diaorang tengking dan marah anak. Memang jenis suka perhatian ke camne. Oh mintak jauh la perangai cam gini.

Kekadang datang juga fikiran tak berapa baik di hati KakYa, mak ayah budak ni memang jenis suka marah marah anak kot atau sejenis yang suka naik tangan pada anak. Itu yang biasa KakYa fikirkan bila berdepan situasi seperti ini. Tapi siapa kita nak judge orang. Tak perlu la nak judge orang, sebab kita tak tau apa masalah diaorang. Jadi tak perlu la kita nak jadi hakim untuk keluarga orang lain. Kita jaga keluarga kita sudah. Jadi tok hakim untuk keluarga sendiri.

Tapi yang jadi masalahnya, bila kita nampak atau kita sendiri dengar orang lain memarahi anak mereka, kita rasa tak selesa kan? Ya la duk terjerit jerit dengan suara yang lantang kat tempat awam dengan tangan kaki semua bergerak ibarat nak bersilat amat tidak wajar dilakukan oleh seseorang bergelar ibubapa. Apalah sangat kesalahan si anak hingga sebegitu rupa dimarahi. Kot ya pon si anak buat salah bukan itu cara terbaik untuk mengajar dan mendidik si anak. Sebaiknya kita bertenang dalam menangani situasi "nak marah anak" . Selagi boleh sabar banyakkan bersabar. Sabar kan separuh daripada iman. 

Apabila Marah Dua Hati Mula Berjauhan, Jangan Marah Anak, Cara Ajar Anak Degil, Cara Ajar Anak Dengar Kata, Kesan Marah, Punca Marah, Akibat Marah Anak,  Cara Kawal Marah

Itu situasi orang, bagaimana pula dengan kita. Takkan kita takde walaupon sekali duk marah marah anak kat tempat awam. KakYa kalau kata takde tu memang tipu la kan. Memang ada, masa diaorang kecik kecik dulu, bila bawak kat tempat awam ada jugak benda yang dioarang buat  akhirnya membangkitkan kemarahan KakYa. Selalu la jugak diaorang kena marah kat tempat awam. 

Tapi cara KakYa bukan tengking dan tinggikan suara pada anak anak. Ohh memang KakYa elak la tengking atau marah marah anak kat tempat awam. Kat rumah pon takde nak tengking tengking anak inikan pula kat tempat awam. Mintak jauh la sifat camni. 

KakYa dan suami lebih kepada marah nasihat. Ada la sesekali keluar jugak suara keras bila tiba part diaorang bergaduh tak hingat dunia. Biasa kalau gaduh dan nangis nangis memang KakYa akan bagi hukuman. Kalau diaorang tengah main ke, buat apa apa aktiviti ke masa tu .. KakYa akan terus bawak diaorang balik. Tak boleh main dah sebab gaduh. Bagi diaorang hukuman agar lain kali diaorang beringat. "Ni Umi, abah tak suka ni kita gaduh gaduh nanti jadi cam aritu terus tak dapat main, kena pulak balik rumah kan tak best. Jadi kita jangan gaduh". 

Anak anak KakYa ni kalau kena hukum diaorang mudah serik. Tak mudah nak ulang benda yang sama. Sebab diaorang lebih berhati hati lepas dah kena sekali. Orang cakap BERINGAT.

Bila diaorang dah makin membesar dan pandai bawak diri (kakak 16, Iman 13 dan dakkecik 11 tahun) diaorang gaduh cara lain pulak. Biasa la bila dah namanya anak anak ada jer la benda yang boleh buat dioarang bergaduh. Tapi takde la sama gaduhnya masa kecik. Gaduh bila dah besar ni setakat cam gitu jer takde la haru biru jadinya. Part gaduh pon bukan berat mana, mulanya gurau gurau jer lama lama bila dah penat bergurau mula la bergaduh. 

Tapi diaorang boleh selesaikan sendiri sebab masing masing dah besar. Umi abah takde nak masuk campur sangat sebab diaorang tak keterlaluan. Sesekali jer la kalau Umi abah jengilkan mata dioarang diam la. Tahu takut! Jangan pulak nanti Umi jadi Hulk nak oiii.

Nasihat Buat Ibubapa Yang Suka Marah Marah Anak 

Ingatan buat KakYa dan mak ayah kat luar sana. Sama sama kita muhasabah diri.
- Kita adalah orang matang anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?
- Kita orang besar mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?
- Kita adalah orang yang berpengalaman anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan. Oleh itu, mereka memerlukan suara yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit makin berjauhan. Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat. Jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang. Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia. Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita. Perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita? Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita. Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa. Jadilah ibubapa terbaik untuk anak anak. 

Custom T Shirt Printing - Printcious

$
0
0
Custom T Shirt Printing - Printcious | Pernah dengar mengenai Printcious? Printcious adalah laman web yang menyediakan khidmat design pelbagai jenis hadiah  dan cenderahati mengikut  design yang korang suka. Korang boleh buat apa saja design yang korang nak mengikut kreativiti yang ada dalam diri korang atau dalam bahasa mudah nak sebut, custom made. Nak design baju, mug, bantal, kanvas, button badge, keychain, totebag dan macam macam lagi. Semua ada kat Printcious.

Cara Cetak T Shirt Di Printcious, Cetak Baju Design Sendiri Di Printcious, Custom Made T Shirt Di Printcious, Tempat Cetak T Shirt Murah, T Shirt Printing,

Cara Cetak T Shirt Di Printcious, Cetak Baju Design Sendiri Di Printcious, Custom Made T Shirt Di Printcious, Tempat Cetak T Shirt Murah, T Shirt Printing,

Cara Cetak T Shirt Di Printcious, Cetak Baju Design Sendiri Di Printcious, Custom Made T Shirt Di Printcious, Tempat Cetak T Shirt Murah, T Shirt Printing,

Cara Cetak T Shirt Di Printcious, Cetak Baju Design Sendiri Di Printcious, Custom Made T Shirt Di Printcious, Tempat Cetak T Shirt Murah, T Shirt Printing,

Cara Cetak T Shirt Di Printcious, Cetak Baju Design Sendiri Di Printcious, Custom Made T Shirt Di Printcious, Tempat Cetak T Shirt Murah, T Shirt Printing,
Kali ni KakYa tak nak fokus pada barangan lain tapi KakYa nak kongsi  mengenai custom made t shirt di Printcious. Minggu lepas KakYa ada tempah t shirt custom made di Printcious. Alhamdulillah dah selamat diterima beberapa hari selepas tempahan. Kenapa KakYa pilih Printcious sedangkan banyak lagi kedai online lain yang buat custom made t shirt di Malaysia.  Salah satu sebab KakYa pilih Printcious, sebelum ni KakYa pernah guna khidmat Printcious dan KakYa amat berpuas hati dengan servis yang ditawarkan. Mudah dan senang, semuanya dihujung jari.

Cara Cetak T Shirt Di Printcious, Cetak Baju Design Sendiri Di Printcious, Custom Made T Shirt Di Printcious, Tempat Cetak T Shirt Murah, T Shirt Printing,

Kalau dulu nak tempah Logo t-shirts   atau Family t-shirts design sendiri nak kena cari kat mana orang buat, kena pergi kedai, kena buat lakaran logo sendiri. Tapi sekarang ni tak perlu susah payah nak ke kedai, online jer dah boleh buat tempahan custom made t shirt yang kita suka. Printcious kan ada! Klik jer website Printcious, pilih t shirt mana berkenan, masukkan design atau gambar yang korang suka, edit text dan boleh submit order. Semua boleh settle sekelip mata. Mudah dan jimat masa. Klik klik klik jer.

Cara Cetak T Shirt Di Printcious, Cetak Baju Design Sendiri Di Printcious, Custom Made T Shirt Di Printcious, Tempat Cetak T Shirt Murah, T Shirt Printing,
Banyak pilihan! Pilih  mana satu design yang korang berkenan atau custom made ikut gaya yang korang suka. 

Cara Cetak T Shirt Di Printcious, Cetak Baju Design Sendiri Di Printcious, Custom Made T Shirt Di Printcious, Tempat Cetak T Shirt Murah, T Shirt Printing,
KakYa pilih design yang sedia ada sebab  berkenan ngan LIMITLESS ni.  Dah pilih mana berkenan jangan lupa pilih saiz. Korang design ayat lagu mana yang korang nak letak kat baju korang tu.

Cara Cetak T Shirt Di Printcious, Cetak Baju Design Sendiri Di Printcious, Custom Made T Shirt Di Printcious, Tempat Cetak T Shirt Murah, T Shirt Printing,
KakYa cuma tambah nama anak anak kat bawah bagi sikit kelainan. Nampak la kelainan sikit bila buat sendiri.

Cara Cetak T Shirt Di Printcious, Cetak Baju Design Sendiri Di Printcious, Custom Made T Shirt Di Printcious, Tempat Cetak T Shirt Murah, T Shirt Printing,
Dah puas hati dengan design yang korang buat, terus jer masukkan kat dalam bakul dan buat pembayaran.

Cara Cetak T Shirt Di Printcious, Cetak Baju Design Sendiri Di Printcious, Custom Made T Shirt Di Printcious, Tempat Cetak T Shirt Murah, T Shirt Printing,
Settle bayar  3 helai baju. Satu untuk KakYa, satu untuk En Hubby dan satu lagi untuk Dak Kecik.

Cara Cetak T Shirt Di Printcious, Cetak Baju Design Sendiri Di Printcious, Custom Made T Shirt Di Printcious, Tempat Cetak T Shirt Murah, T Shirt Printing,
Lepas dah buat bayaran akan dapat email dari pihak Printcious. Settle semua, tunggu jer t shirt korang tiba kat depan pintu rumah.

Cara Cetak T Shirt Di Printcious, Cetak Baju Design Sendiri Di Printcious, Custom Made T Shirt Di Printcious, Tempat Cetak T Shirt Murah, T Shirt Printing,
Yeayy dah selamat sampai kat rumah. Tak sabar nak bukak ni!

2Cara Cetak T Shirt Di Printcious, Cetak Baju Design Sendiri Di Printcious, Custom Made T Shirt Di Printcious, Tempat Cetak T Shirt Murah, T Shirt Printing,
Tadaaa dah siap dah t shirt KakYa.  T shirt yang KakYa pilih ni dah siap ada tulisan LIMITLESS, KakYa cuma tambah nama anak anak kat bawah. Simple but nice.

Cara Cetak T Shirt Di Printcious, Cetak Baju Design Sendiri Di Printcious, Custom Made T Shirt Di Printcious, Tempat Cetak T Shirt Murah, T Shirt Printing,
Ni untuk Dak Kecik. Nak jugak dia. KakYa pilih jer mana design sedia ada yang dia suka dan letak nama dia kat bawah gambar. Cun!

Cara Cetak T Shirt Di Printcious, Cetak Baju Design Sendiri Di Printcious, Custom Made T Shirt Di Printcious, Tempat Cetak T Shirt Murah, T Shirt Printing,
Lepas basuh terus jer pakai. Ngam ngam dengan Dak Kecik. Saiz L paling besar untuk kanak kanak. 

Ingat Hadiah Ingat Printcious!

Untuk dapatkan hadiah terbaik buat seseorang yang disayangi korang boleh gunakan servis dari Printcious. Apa tunggu lagi dapatkan t shirt dan hadiah idaman hati yang korang DIY sendiri untuk yang tersayang hari ini juga. Ingat hadiah ingat Printcious. 

Maklumat Terkini BSH 2020

$
0
0
Maklumat Terkini BSH 2020| Maklumat terkini permohonan dan semakan kelayakan Bantuan Sara Hidup BSH 2020. Bantuan Sara Hidup (BSH) merupakan bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada rakyat yang layak. Bagi pemohon isi rumah, pembayaran dilakukan sebanyak 3 kali (fasa). Fasa pertama adalah pada bulan Januari, fasa kedua pula pada bulan Mei dan fasa ketiga pada bulan Ogos 2020. Untuk info lanjut boleh semak di bawah.

Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020, Maklumat Terkini BSH 2020 , Permohonan BSH 2020, Tarikh Dan Kaedah Pembayaran BSH 2020

Permohonan BSH 2020 

Tempoh Pemohonan dan Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 akan dibuka mulai 1 Februari 2020 hingga 15 Mac 2020. Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya: 

- Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat.

- Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut: 
• Elaun Pekerja Cacat 
• Bantuan Penjagaan OKU 
• Bantuan OKU tidak berupaya bekerja 
• Bantuan Orang Tua 

- Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya: 
• Pemohon yang belum membuat pendaftaran Permohonan BSH termasuk Kategori Baharu; atau 
• Permohonan BSH 2019 yang tidak lulus dan menepati syarat kelayakan BSH 2020; atau 
• Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020 

Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 

Pemohon BSH yang layak menerima bayaran Fasa Pertama adalah Pemohon berstatus Lulus BSH 2019 (Kategori Isi Rumah) yang melepasi beberapa proses tapisan daripada Agensi Kerajaan antaranya Status Pemilikan Kenderaan yang realistik bagi golongan berpendapatan rendah (B40). 

Tarikh Dan Kaedah Pembayaran BSH 2020

Tarikh bayaran Fasa Pertama BSH 2020 mulai 20 Januari 2020. Pembayaran Fasa Pertama BSH 2020 adalah secara Pengkreditan terus ke akaun atau Tunai di kaunter BSN (termasuk kategori pedalaman Sabah Sarawak) – mulai 1 Februari 2020. Semakan status bayaran BSH 2020 boleh dibuat melalui pautan KLIK SINI .


Viewing all 1856 articles
Browse latest View live